ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Malaysia curi tumpuan orang ramai, papar iklan FOOH menampilkan Lewis Hamilton

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila melancarkan kempen pemasaran unik dan berani menerusi pendekatan Fake Out-of-Home (FOOH) untuk mempromosikan Shell V-Power, dengan kerjasama kreatif daripada GrowthOps Asia, Edelman (PR) dan Invictus Blue (media).

Kempen ini menampilkan papan iklan maya yang memaparkan Lewis Hamilton dalam jentera merah Scuderia Ferrari HP, yang dipaparkan secara digital di beberapa mercu tanda ikonik Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Petaling Street, dan Menara KL.

Visual yang mengagumkan ini bukan sahaja mencipta ilusi realistik, malah berjaya mencetuskan kekaguman dan perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Antara yang memberikan reaksi positif ialah pengguna Instagram @taraanisha yang berkata,

“Pasukan pemasaran dan kreatif Shell patut dapat kenaikan gaji dan percutian berbayar. Mereka benar-benar tahu menghasilkan karya iklan yang memukau. Memang terbaik!”

Dilancarkan secara digital pada 20 Jun 2025, kempen ini meraih lebih 1.65 juta tontonan organik dan ribuan komen dalam tempoh singkat, menjadikannya tular di pelbagai platform media sosial.

Kejayaan ini turut disokong oleh paparan OOH tradisional di sekitar ibu negara untuk memberi impak visual yang lebih luas.

Menurut Pengurus Besar GrowthOps Asia, Chris Greenough, pengaktifan ini adalah gabungan emosi dan kejuruteraan yang kuat.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Pihaknya tahu rakyat Malaysia mempunyai hubungan istimewa dengan Lewis Hamilton, jadi ini peluang sempurna untuk berhubung dengan mereka.

Kempen ini juga merupakan sebahagian daripada kempen global “Feel It All” Shell, yang meraikan 75 tahun kerjasama inovasi antara Shell dan Scuderia Ferrari HP.

Selain pengalaman visual yang menakjubkan, pelanggan yang mengisi minyak dengan Shell V-Power kini berpeluang memenangi pengalaman VIP sukan permotoran yang eksklusif di Singapura.

Pengurus Besar Shell Mobility & Convenience Malaysia, Seow Lee Ming, menambah, tahun ini menandakan 75 tahun kerjasama inovasi antara Shell dan Scuderia Ferrari.

Pihaknya berbangga kerana Shell V-Power merupakan satu-satunya bahan api yang digunakan, dipercayai dan disyorkan oleh Scuderia Ferrari HP di litar, dan kini boleh dinikmati oleh para pelanggan mereka di jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply