ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Darby Auto Connexion (Kuching) yang dinaik taraf dibuka secara rasmi

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia baru-baru ini telah meraikan pembukaan rasmi Sime Darby Auto Connexion (Kuching) yang dinaik taraf. Bilik pameran di Kuching itu direka dengan standard Jenama@Peruncitan global Ford. Ia menempatkan ruang jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung untuk memenuhi segala keperluan pelanggan.

Terletak di Jalan Rock di Kuching, kemudahan seluas 2,033 meter persegi itu mempunyai satu bilik pameran yang mampu menempat enam buah kenderaan dan 13 ruang penyelenggaraan yang lengkap dengan sistem pengangkat. Kemudahan itu turut dilengkapi sebuah lounge pelanggan dengan Wi-Fi percuma. Pelanggan boleh menikmati minuman panas dan snek percuma ketika menunggu kenderaan mereka diservis.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, Sime Darby Auto Connexion (Kuching) merupakan satu lagi bukti jelas tentang pelan pengembangan rangkaian dan peningkatan aspek khidmat pelanggan. Ia membantu menyokong jumlah pelanggan yang pantas berkembang di Sabah and Sarawak.

Kemudahan baharu itu dikendalikan oleh sepasukan juruteknik bertauliah. Pusat Servis Sah Ford itu juga dilengkapi dengan peralatan diagnostik dan perkakasan khas, selain menyediakan bekalan alat ganti tulen sepenuhnya. Semua kakitangan Ford Sime Darby Auto Connexion (Kuching), termasuklah juruteknik, jualan dan servis telah menerima latihan amali yang diiktiraf di seluruh dunia.

Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, Truong Kim Phong pula berkata, kemudahan baharu Sime Darby Auto Connexion (Kuching) ini mengukuhkan lagi kepercayaan syarikat bahawa kualiti pengalaman pemilikan yang disediakan adalah sama seperti kualiti kenderaan Ford yang bertaraf dunia.

Bilik pameran di Kuching terletak di lokasi strategik iaitu Lot 19, Block 10, 1 ½ Mile, Rock Road, 93200 Kuching, Sarawak. Waktu operasi bermula dari jam 8:30pg – 5.30ptg dari Isnin hingga Jumaat, dan dari 8:30pg – 12:30tgh pada Sabtu. Manakala waktu operasi Pusat Servis pula bermula jam 8:00pg – 5:00ptg dari Isnin hingga Jumaat, 8:00pg – 12:00tgh pada hari Sabtu.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian hotline bilik pameran Kuching – bilik pameran 082-523-855, pusat servis 082-523-655 atau layari laman web www.sdacford.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply