TQ Manufacturing, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH), hari ini melancarkan siri jerayawara #HelloTQWBingo bagi model kenderaan elektrik (EV) sulungnya, TQ Wuling Bingo yang akan bermula pada Julai 2025 di seluruh negara.
Pelancaran ini menandakan satu lagi pencapaian penting hasil kerjasama strategik antara TCMH dan SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling), yang kemudiannya dijenamakan sebagai TQ Wuling.
Gabungan kepakaran tempatan TCMH dalam pengilangan dan pengedaran dengan teknologi EV global SGM Wuling menyaksikan terhasilnya model Bingo, sebuah hatchback elektrik sepenuhnya yang bergaya, pintar dan mampu milik untuk pasaran Malaysia.
Menjelang pelancaran rasmi hujung tahun ini, rakyat Malaysia kini berpeluang melihat lebih dekat model TQ Wuling Bingo menerusi jerayawara pra tonton awam yang bakal berlangsung di lokasi-lokasi utama seperti berikut:
Lokasi | Tarikh | Masa |
---|---|---|
Ping Min PJ (PJ ATWATER) | 4 – 6 Julai | 12 p.m. – 10 p.m. |
Finch Bazaar, The Campus Ampang | 10 – 13 Julai | 10 a.m. – 10 p.m. |
Ping Min Hub KL | 18 – 20 Julai | 5 p.m. – 12 a.m. |
IOI City Mall Putrajaya | 23 – 27 Julai | 10 a.m. – 10 p.m. |
Sutera Mall JB | 8 – 10 Ogos | 10:30 a.m. – 10:30 p.m. |
Queensbay Mall Penang | 14 – 17 Ogos | 10:30 a.m. – 10:30 p.m. |
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Acara ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah eksklusif, termasuk persembahan langsung di lokasi terpilih.
Bingo EV direka khas untuk pemandu bandar yang mahukan gaya dan praktikaliti dalam satu pakej mampu milik. Ia menampilkan reka bentuk retro-moden yang unik, dengan garis badan aerodinamik, bunyi kabin minimum dan jarak pemanduan yang dipertingkat.
Dengan harga sasaran bawah RM100,000 melalui pemasangan tempatan (CKD), model ini menyasarkan pembeli muda dan urban yang mahukan EV sebagai kereta pertama mereka. Warna pastel dan pilihan dua tona menjadikan Bingo bukan sahaja mesra poket, malah menawan dari segi estetik.
Ketua Bahagian Perniagaan TQ Manufacturing, Wan Wei Sun berkata, model ini menyatukan dua dunia, pengalaman lebih 70 tahun TCMH dalam industri automotif tempatan dan inovasi teknologi EV kompak dari SGM Wuling.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Model Bingo adalah model pertama TQ Wuling di Malaysia, dengan kenderaan yang akan dipasang secara tempatan di fasiliti TCMH yang telah menghasilkan lebih satu juta kenderaan. Kilang ini mematuhi piawaian antarabangsa dan diiktiraf sebagai antara yang terbaik dalam industri tempatan.
SGM Wuling pula merupakan peneraju global dalam segmen EV kompak, dengan lebih dua juta unit EV telah terjual di seluruh dunia.
Bingo didatangkan dengan bateri MAGIC EV yang terbukti selamat. Setakat ini tiada kes kebakaran mahupun letupan dilaporkan dan ia turut menerima pensijilan IP67 untuk perlindungan habuk dan air.
Untuk maklumat lanjut dan lokasi jerayawara, orang ramai boleh layari laman sesawang rasmi TQ Wuling tidak lama lagi.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI