SISMA Auto hari ini merasmikan bilik pameran baharu Denza di Glenmarie, Shah Alam. Berkeluasan 20,000 kaki persegi, fasiliti dua tingkat itu dibina dengan kos pelaburan sebanyak RM25 juta.
Reka bentuk bilik pameran yang anggun menyerlahkan identiti terkini Denza, menggabungkan kecanggihan moden dengan kemewahan yang mampan untuk dinikmati oleh para penunjung.
Antara tarikan utama ialah galeri kenderaan yang luas mempamerkan model EV Denza terkini, dan para pengunjung yang berminat juga berpeluang untuk memandu uji.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Kemudahan ini turut menampilkan pusat servis berteknologi tinggi, menjamin pengalaman selepas jualan yang lancar dan premium.
Menariknya, Denza Glenmarie menawarkan perkhidmatan concierge eksklusif, termasuk khidmat ambil dan hantar kenderaan dari rumah atau pejabat pelanggan.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto, Syed Khalil bin Syed Ibrahim, Denza berada di landasan terbaik untuk menarik minat pemilik kenderaan premium di Malaysia.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Ia menawarkan gabungan teknologi canggih dan nilai luar biasa. Pihaknya teruja menjadi sebahagian daripada perjalanan pertumbuhan luar biasa jenama ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao, pula berkata, pelancaran Denza Glenmarie menandakan dedikasi mereka untuk menawarkan mobiliti elektrik premium yang lebih mudah diakses dan dipercayai.
Dengan pembukaan lima pengedar Denza baharu, BYD Malaysia terus meluaskan capaian rangkaiannya di negara ini, menyasarkan pasaran kenderaan elektrik umum dan premium yang semakin berkembang.
Pusat Pameran dan Service Denza SISMA Auto terletak di No 21, Jalan Perintis U1/52, Seksyen U1, Bandar Glenmarie, Shah Alam ini dibuka setiap hari mulai jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI