ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Spyshots terbaru P2-30A aka Global Small Car (GSC)!

Views

950x653xproton-savvy-spy-2013-950x653.jpg.pagespeed.ic.sd39yRm-Gh

Spyshots terbaru P2-30A aka Global Small Car (GSC) yang menggunakan Savvy sebagai mule telah ditemui oleh salah seorang pembaca paultan.org. Gambar Savvy ini telah berjaya dirakamkan oleh Freddie Leong di Lebuh raya KESAS minggu lalu. Apa yang dapat kita perhatikan, jelas Savvy ini lebih lebar dari model sebenar.

Mungkin saiz sebenar P2-30A aka Global Small Car (GSC) lebih besar daripada Savvy kerana model ini akan berada dalam segmen B (kategori Ford Fiesta). Kita juga pernah mendengar khabar angin model ini bakal menggunakan enjin baharu NFE 1.3 & 1.6 liter. Model ini dibangunkan menggunakan platform terbaru yang juga bakal dikongsi bersama dengan model pengganti Saga (Saga R) & mini MPV jika mengikut plan asal Proton.

Jika ada rakan-rakan yang tahu informasi tambahan mengenai model P2-30A aka Global Small Car (GSC) sila lah kongsikan bersama kami di ruangan komen. Terima kasih. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments


  • salam
    dari hatchback..aku lebih berminat yang ini…
    selain dari proton emas dan juga reev..inilah kereta yang aku minat…savvy…problem cuma bab enjin n high maintainnace…

    selain itu…dia punya handling superb….kalau stakat 5 dewasa masuk dalam n abik selekoh n maintain dari kl terenggau dalam 150km perjam…n masih jimat minyak..

    menarik2….


  • Maknanya DRB-HICOM setakat meneruskan legasi perancangan DSZ dahulu.

    DSZ pernah bagitau akan ada engin Gen-Y yang patuh Euro 4 dalam sesaran 1.2l, 1.5l, 1.6l, 2.0l.

    Jadi segmentization produk Proton selepas ini lebih kepada Toyota di Malaysia;
    i. 1.2l & 1.5l – Savvy R (GSC), Saga R, Mini MPV? (Vios, Avanza)
    ii. 1.6l – Preve, Preve Aeroback, Exora (Altis)
    iii. 2.0l – Exora, Perdana R (Camry)
    Kalau macam ni takdelah berlaku pertindihan produk dalam satu segmen.

    Ramai yang tunggu EMAS yang ItaldesignGiugiaro feature dengan Proton satu masa dulu kan. Kereta kompak ni sebenarnya dah pun direalisasikan dalam bentuk VW Up, Seat Mii, Skoda Citigo memandangkan VW telah beli company ItaldesignGiugiaro ni.


  • yup…mana perginya EMAS…tak ke lama sangat untuk kuarkan kereta tersebut..aduslah…kuarlah slow2 dulu..lepas tu nak kuar versi elektrik ke hbrid ke cite lain dah…tak salah pun..selama ni perodua buat tukar kosmetik pun boleh lancar kononnnya kereta baru…aduslah….

    hope2 drb akan lebih agresif….email kat lukman dah bagi dah…kalau ada lagi yang tak puas hati nanti nak email lagi…mana tau cadangan dan kritikan d terima…yelah.orang bisnes kan..kena dengar apa pengguna mahu….

    aku tertunggu lama dah EMAS….cun tu


  • Mmm… kalau ikut perkembangan, GSC nie adalah dibangunkan dari model EMAS nie kalau x silap ar, cuma rekabentuk dan konsep EMAS itu sendiri akan disusun semula n diberi pengubahsuaian mgkin DRB/proton xnk amik risiko memperkenalkan konsep ciri SUV dlm sebuah kenderaan compact seperti dlm konsep EMAS tu sbb x ikut trend masakini. Harap2 nie ar ‘myvi killer’ seperti yg DSZ cakap tu hehehe…

    cheers!


  • modal nak amik maner nak develop bebanyak nih…
    may be berita dibawah nih menjawab….

    “Sources close to DRB-HICOM said it is planning to relocate the complex in Shah Alam to Proton City in Tanjung Malim, Perak.

    “The idea to redevelop the site is to boost DRB-HICOM’s property development division and future earnings. The move to Tanjung Malim will also help cut costs and make Proton more efficient in production as it consolidates its business,” said a source.”

    Read more: DRB-HICOM to redevelop Proton’s Shah Alam plant http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20130604002306/Article/index_html#ixzz2VCt4gAw5


  • Setuju dgn gie7.. savvy is a great small car..

    Cumanya bro salah faham savvy la low mentainance.. service pun dah separuh dari kereta lain.. keta lain service setiap 5000km, savvy 10000km.

    Enjin pun bg saya baik juga senang jer nak naik sampai 150kmh. serius senang..
    Handling takpyah cita..

    Kalau yg mahal pun ialah harga parts dia je la kalau rosak mahal sikit coz barang renault..


  • yup imran..maksud saya yang maintainance pasal enjin spare part dia..tu je.yang lain tak dengar lagi masalah savvy ni….power window ke ape ke…sbb ada 2 orang kawan pakai….dia kata slamber je berdesup….wp muatan ramai tapi dengan performance kereta kecik dengan handling..memang superb…

    kawan sorang ni cukup berbangga dengan savvy dia tu…cuma kalau barang proton enjin dia lagi bes ar kot…lagi rendah dia punya barang dia….

    kalau enjin campro boleh d kecikkan d masukkan dalam proton stingray,harap2 ada enjin baru yang menjana proton baru ini…hope2 design dia pun cun melecun….

    n jangan lupa legasi handling superb savvy


  • Masalah marketing Savvy ini mula-mula sekali sebab codename dia masa develop dulu TRM= Tiara Replacement Model. Tiara ni banyak sangat masalah dulu, samapikan tercabut ekzos pun pernah ramai kena.
    Lepas tu dia guna pula enjin Renault. Ramai fobia guna Tiara guna enjin Citroen. Dekat sini dah jadi minus point lagi.
    Yang ketiga, dalam masa yang sama keluar pula Myvi. Saiz lagi besar dari Wira (kabin bukan bonet). Lepas tu ada bau-bau bacang dengan Toyota/Daihatsu, jadi orang pilih Perodua.
    Yang keempat, design la. Bonet depan tiara macam tutup jamban. Belakang pulak macam hidung waja dok tepek kat bontot Savvy. Design macam katak pun ada juga.
    So, itulah antara sebab2 model Tiara ni gagal. Bukan Tiara aje, Gen-2 pun sama. Legasi Tengku Mahaleel. Syok sendiri buat kereta yang tak ramai nak beli. Sebabnya? Tengku Mahaleel ni rally driver, dia jiwa racing memanjang.


  • Berdasarkan gambar diatas, saya xboleh nampak yg Savvy ni lebih lebar. Cuma daripada slope bumbungnya macam ada ‘expansion’..

    Berkenaan Savvy, saya adalah pemilik Savvy 2006. Plus point ialah pada service intervalnya yg setiap 10,000km. Minus pointnya, spare part yg sedikit mahal.

    Terus terang, saya tak hantar service kereta saya ke Proton setelah habis warranty. Saya hantar ke bengkel ‘bwh pokok’ yang techniciannya pernah kerja di SC Proton. Bengkel saya tu banyak buat kereta pelik2, contoh, Mazda 5 MPV, Merc E Class, Toyota Mark. Bengkel tu juga specialist kereta Mini.

    Owner bengkel tu cakap, kereta paling tak banyak masalah ialah Toyota sebab teknologi yg digunapakai ialah teknologi lama.

    Itu jelah…


  • Hrp model Savvy ni boleh dihidupkan semula. Road Handling nya amat bagus. Cuma masalah design pintu ( tinggi rendah) & bonet belakang agak kureng sikit. Bonet belakang boleh buat mcm style vw polo. Bumper belakang kena panjangkan ke belakang , baru namPak lebih cantik.


  • aku rasa savvy antara kereta proton yg terbaik. handling bes, power mencukupi, minyak jimat macam hybrid, ruang belakang selesa. Cuma cara marketing aje yg silap. Sekarang kalau beli untuk buat kereta belasahan memang sesuai.


  • Still a lot of people love savy. Ok if proton want to use renault engine, fine but make punch cvt compatible for it. This will ensure another level of fuel economy as well as fuss free transmission compared to a robotised shifter. Hmmmmmmm

Leave a Reply