ARKIB

KATEGORI

Buletin

Styling cues/element yang ada pada P3-21A adalah evolusi daripada model-model Proton!!!

Views

Pendapat anda tentang P3-21A

Setelah semalam kita digemparkan dengan kebocoran gambar di atas, hari ini saya telah membuat beberapa pemerhatian atas rekaan tersebut. Yang pastinya P3-21A adalah evolusi daripada model-model Proton sebelum ini. Saya akan memberi penerangan secara ringkas, harap anda semua bersetuju dengan pengamatan saya & jika ada kekurangan boleh ditambah diruangan komen.

Styling cues/element :-

  1. Lekuk di tepi hood depan – styling cues Exora & Waja
  2. Bentuk lampu depan & kombinasi susunan lampu – styling cues Savvy dengan mengekalkan ciri-ciri “tiger eyes” tetapi dengan tambahan DRL & bersambung dengan gril
  3. Flying gril yang melintang dengan logo yang besar – styling cues EMAS, yang merupakan identiti baru kereta Proton masa depan
  4. Lekuk di tengah hood depan – styling cues Satria Neo
  5. Lekuk di tengah gril – styling cues EMAS & masih membawa elemen gril wau bulan dari model Gen.2, Persona & Satria Neo yang diolah dalam bentuk “single graphic face”
  6. Air scoop pada bumper tengah – styling cues EMAS & Lotus Eterne di bahagian bawahnya
  7. Wheel arch – styling cues Satria Neo
  8. Kink/Lekuk di bahagian sisi – styling cues Exora
  9. Side mirror – styling cues Persona Elegance & Saga FL/FLX (carry over parts)

* ni baru bahagian depan, belum sisi, belakang & interior lagi…hahaha… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

155 Comments


  • Bro, Wheel arch – styling cues Satria Neo + Exora. Tapi selalunya tayar proton ni ke dalam sikit daripada mud guard tu, nampak ‘kartun’ sikit macam Exora.

    Untuk yang minta bumper ada kink macam Inspira/Audi & grille +lampu macam Tuah tunggu 2 tahun lepas model ni keluar sebab masa tu model FL akan guna design-design tu.


  • Alah, asal kuning menyala sgt nih??!! mcm x seswai kalo sedan kaler terang benderang mcm nih. kalo keta kecik2 xde bontot ok lah kot. tp kalo kaler mcm oren mcm savvy tuh rsanya lg ok kot. depan x sma mcm tuah pn. tuah lg cantik 😉


  • This car look are not so bad at all, design very simple and nampak senang di terima but I wonder about their quality interrior, try to bench mark Korea car…. Material tlg lah guna yg berkualiti…. May be green enviroment punya material why not….. Just my 2 penny


  • tuah nampak cantik part bumper depan ade lekuk skit kt bawah lampu tue..p321a nie ok dah..cuma kalau lekuk tue ade macam tuah..lagi nice..


  • Desain ini nampak sangat ‘safe’ dan continental, sesuai dengan konsep global car Proton. Bagi saya ianya sesuatu yang bagus kerana Proton tidak perlu bersusah payah membuat update yang kerap ke atas kereta ini memandangkan desainnya yang nampak boleh bertahan lama. Tengok contoh Waja yang boleh dikatakan masih fresh walaupun sudah hampir 10 tahun. Begitu juga dengan Gen2/Persona sekarang. Itu yang bagus jika desain adalah simple dan tidak terlalu over the top macam Mazda. Kita lihat Mazda 6 dalam satu generasi saja desain lama sudah nampak bosan kerana desain baru nampak begitu cool. Ianya secara automatik menjatuhkan value kereta lama. Tengok contoh BMW 5 Series. Desain yang sebegitu nampak everlasting walaupun sudah lebih 10 tahun.


  • bg saya, design mcm ni pun dh kira cantik. gambar ni basic p321a ja. cuma warna kuning mcm ni x sesuai sgt.. ambik la kuning lain.. paling penting rekaan dalaman sebab saya mahukan keselesaan dan memandu yg tidak memenatkan. secara keseluruhan.. dh cantik dah.. nak mcm mana lagi..


  • Plat holder pun bawa masuk crash test .. nampak remeh kat mata kita..

    Makin lama tgk. Makin lawa ar kete ni.. pastu kalau bawa tag inspira “Smart guys get it” lagi masyuk.. 😛


  • Nampak sangat pengkomen2 kat blog automotif ni tak ambil peduli fakta2 yang blogger lain dah provide.

    Warna KUNING tu digunakan untuk tujuan crash test. Takde maknanya PROTON nak tiru kaler Myvi tu. Aku rasa dah banyak kali tulis pasal kaler kete ni..awat susah sangat nak paham???

    p/s: sebelum komen, cuba sekali lalu baca komen yang lain dulu boleh?

    p/s/s : bagus pemerhatian saudara campromania. ini baru betul peminat sejati automotif. yang pastinya rear end takde styling cue model2 lama.. 😉


    • ade jugak ke komen sengal psl PROTON tiru warna KUNING MYVi? apa yg boleh aku kata ttg org yg komen tu ialah: BANGANG!!!! abis tu, dia pernah tngok kaler kuning evo 7? dia pernah tngok kaler kuning lambo? dia pernah tngok kaler kuning bumblebee? ade org pernah ckp myvi tiru wrna kuning jenama lain? !@#$%^&*? punya manusia yg taksub dgn kereta lagi kecik, lagi mahal…


      • Eh kenapa emo sangat ni…relax la bro..
        tak semua org sudi nak baca semua komen…mayb diorg tal tau..
        Jangan la emo sgt…bahasa jiwa bangsa…relax sudah..

        p/s: Nampak smart juga…kita tunggu launch nanti & versi2 facelift yang akan datang..


  • Sepatutnya Proton patut kekalkan design original concept Tuah bumper tu ala style Inspira lagi menarik, ada lekuk di tepi bumper.

    Untuk off-set design yang simple, patut highlight parts dengan chrome (door handle, window linings, number plate belakang, foglight housing, tepi housing grill depan). Sepertimana design cues dari Kia Forte 2013 baru, banyak parts yang ada chrome highlight untuk deflect body Forte yang juga simple dan boring.

    Andai benar kalau design belakang P3-21A nie macam Audi A4, overall nya memang mantap.

    Model ini cukup baik untuk pasaran ASEAN dan China. Untuk pasaran global memang sukar lah dengan launching Kia Forte 2013 baru kelak. Belum lagi Hyundai Elantra baru dengan variant Coupe, Hatch dan Touring Wagon, enjin diesel terbaru.

    Spied: Redesigned 2013 Kia Forte slips out
    http://www.leftlanenews.com/kia-forte-2013.html

    Itulah beza nya kompeni kereta yang jualan tahunan jutaan unit dan produk replacement lifecycle tempoh kurang 4 tahun saja. Tengok Honda USA sekarang dah nazak disebabkan design Civic kantoi nak kejar Forte dan Elantra, design CRV baru tu bukan kah nak tiru Sportage dan Sorento (kononnya CRV 7 seater serampang dua mata tikam Sportage/Sorento sekaligus)? Oleh itu Proton harus bijak dan kritikal dari segi design dan tahu pasaran yang strategik.


    • Mmm… bagi saya grill tu, sesuatu perlu dilakukan atau kita tak tau kalau proton dah jangka dan ada perubahan bila dah finalise nanti. Pasal bumper tu kalau dilihat model tuah tu mmg dah cantik dah dan itu inovasi terbaru yg proton bleh buat. Tapi nowdays, konsep begitu utk mantain 4, 5 tahun lagi dah tak laku lagi bila merz, bmw dan beberapa lagi model terdahulu dah explore language design begitu.

      Cheers!


    • lekuk di tepi bumper itu adalah “side chin styling /curve”, lekuk tajam di body itu adalah seperti bloodline bmw (bole juga di tafsir sebagai shoulder line).

      readers peminat automotive juga kena banyak bacaan rekabentuk design keta sperti di cardesignnews, carbodydesign dan mcm2 lagi yg focus pada rekabentuk..baru lagi memahami term2 dan juga knp rekabentuk sebegitu di buat…

      merekacipta bukan sekadar melukis…


  • boleh tahan la depan. tapi lampu depan tak bape nk cun bersambung dgn grille. lampu belakang camne plak? still 1-piece mcm tuah jugak ke? kalau sama jugak memang tak lawa lah. kete proton ni selalunya nampak agak ‘kecut’ skit dan lonjong ke atas. apsal eh? kene design mcm audi ke bmw ke nampak kembang dan merayap skit. hehhe.. apa2 pun gudlak utk warga proton! kipidap!


    • tag line proton is ‘design to cost’.. target buyer for all proton cars is golongan pertengahan not for Ferrari, BMW or others hi-end model buyers.. biarpun their 1st global car.. global buyer still got golongan berpendapatan kecil rite.. like me.. huhu
      nway.. this is just my think what proton tried to do..


  • bagi saya design ini dah cantik… part grill tuh tanak komen sbb nih keta untuk buat langgar dinding jerk… mungkin versi produksi nanti lain skit…

    cuma.. tertanya2 apa kehebatan italdesign sebenarnya kalu sekadar tune sikit2 hasil kerja team proton yg dah sedia cantik itu… takde wow factor yg dibawa team luar nie yg entah berapa banyak proton laburkan pada mereka…. kalu setakat apa yg dilihat buat masa ini …. tak perlu buang duit jauh2.. team proton sendiri pon mampu…. mungkin sekadar untuk membawa nama italdesign bila nak pasarkan nanti secara global?

    camnerpon takanak komen lebih2 lagik… mungkin sentuhan italdesign nih dpt kita tengok pada interiornya nanti… mungkin? tunggu dan lihat….


    • Saham naik 50sen hari ini sahaja. Mungkin news usahasama dengan Hwa Tai, sales Lotus kat China lebih kurang 300 unit setahun, Exora menang kereta elektrik terbaik, dan tak lupa dalam racing. Satria Neo menang rali dan proton tak payah lagi bazirkan duit berebut nama Team Lotus dengan Tony Fernandez sebab dia dah bagi nama tu kat proton semula lepas dia ‘Tune’ Khazanah swap share MAS dengan share Air Asia.

      Keluar gambar kereta kuning ni pun turut bantu fuel the speculation.


  • My wish to Proton:
    Good Luck for NCAP crash testing.. hope can get full star rating..

    p/s: jom ler beramai2 kita doakan Proton dapat full start rating.. nanti yg untungnyer rakyat Malaysia gak… 🙂


  • Kalau gambar depan P321A dah ada, mesti provider spyshot ni ada gambar belakang dan interior sekali…kan?

    Orang yg spyshot gambar ni pasti ada masa nak belek2 dan ambil gambar daripada angle lain juga.

    Unless orang tu langsung tak prihatin Proton akan keluar model baru..


  • The side mirror signal lamp seems like using persona/saga fl type. why not CLEAR ACRYLIC from the concept? that one will be nice for all!


    • production and concept berbeza. kalau tuah Keluar sejibik, mahu ke ko beli 90-100k. itu pun kalau vendor berteknologi tinggi di malaysia nh boleh buat.


    • kompom la multi link..igat ape suspension murah cam Hondata city,toyolta vios,toyolta alltis,kia forte pakai torsion beam..torsion beam bawak mcm lahanat..tp satu je kelebihan..kabin luas…kikikiki


      • Exora penyek tu sbnrnye nk wt p321a. Diorang potong sbb nk estimate berat p321a.. aslnye mmg nk ganti persona… tp sale persona ok lg.. tu yg dorg xjdgnti persona.. pahtu tayar memang balun 16 terus cam exora turbo. Tyr kmgkinan besar import.. gt radial.lg cengkam.. Gajah Tunggal-GT. Dengo gitula.. sbb cmpeni tyr mesia ni kerek xnk optimize tyr untuk exora n p321a. Mentang2 thai de market..suplier ckp `use it or not`. +


      • nape tayar import, local player tak leh meet capacity ker. Continental @ kedah under renovation. GY @ shah alam tak cukup dah capacity. silverstone lak cap ayam. ( Ker derang nih dah finalize JV ngan TOYO?)
        Please arr jgn guna Gajah Tunggal ker aper ker…testing tak tahu kemana. janji lembut, kurang noise, jalan.
        Dry testing kemana, wet testing kemana. prrfff

        off topic.
        DSZ pon kena speculate nak beli proton ke eh. http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20111117002408/Article/index_html


      • Dorg da test tyr tu..lg baik lg cengkam.. pastu dorg leh nego spec y p1 nk..rege lg baik.. lg pun gt de market kt china.. tp dorg kate blom finalize pun.. sje mngetest sbb tauke tyr mesia kerek.. xpastila la nk sumbat kt exora turbo ke or p3.. y penting rim xtra1inci


      • lor lebih cengkam tak semestinyer bagus. uniformity, noise. friction semua kena amik kira. cost of transportation lagih mesti mahal. not make sense la kot.

        satu lagih, after tayar botak. nak dapatkan performance exactly like factory setting. kena pakai exactly tayar sama. maner nak dapat GT radial proton spec kat mesia nih..prfff…

        betul ker tokey tayar mesia kerek. yang aku tahu GY nasution ngan Continental Bobby tuh ok jek. ker proton yang tak garang nak dictate?


  • dah cantik..setuju kalau guna side mirror konsep tuah tu,nampak kena dgn body kereta,setuju jugak dengan gril depan tu nampak kosong je sbb logo besar tapi ‘tangannye keciiikk’ je,sekurang-kurangnya guna blade yang agak tebal cam persona e skrang ni.mungkin proton leh wat ‘ somting’ utk baiki kekurangan pada bahagian grill dpn ni..nak tanye lps proton wat crash test ni x nak offer member blog ni berpeluang try test tengok n drive p3 ni…amacam tuan rumah…asyik-asyik member media je..


    • yang sy perasan, blog automotif PT@nk tu.. kalau takde berita pasal Proton, mmg berapa kerat je komen kan? hehe…

      So, blog Bro campro ni as long as memaparkan perkembangan terkini automotif tempatan, rasanya boleh capai pencapaian sebagaimana “Saga pernah take over myvi sales’.. bahasa dalam tu..hehe


      • btul tue, nak nak lagi kalau pasal berita terkini pasal racing la, model kereta terbaru / teknologi bmw la..saper nak komen…bukannya berkait rapat pun dgn pengguna/pembeli…majoriti mmg nak tau pasal benda yang lebih rapat dgn diri sendiri..klu bmw tu berapa kerat je yang mampu beli..tapi oleh kerana blog adalah milik persendirian maka layan jer la. kalau rasa tak nak komen jgn komen, rasa taknak baca jgn baca


      • dan satu lg, insyaAllah kalau ade rezeki yg melimpah ruah utk aku taun ni atau taun depan, leh la aku sponsor owner blog ni utk cover story auto dari seluruh dunia. go glokal la pulak lepas nih. 😀


  • xyah citer byk..aku bangga gan kerajaan Malaysia,proton.DSZ,r,akyat malaysia n sume pembeli protong tak kira kt iran indinesia,iraq,saudi..kikiki..keta memang best…cantek giler…


  • saya rasa bila kereta ni launch mesti ade B-line, M-line dan H-line kan? dan model yg kita tgh bcg ni rasanya B-line.

    Kalau betul tekaan saya… B-line ni dah nampak ok… mcm mn plak rupa M-line dan H-line nanti? mesti lagi cun mengancam dan mewah…

    saya teka je…..


    • keta nie memang best..gabungan kepakaran seantero DUNAI..design &styling=Italdesign Giugiaro+proton:,marketing=proton+lotus:,engineering=proton+lotus+delphi+Borgwarner:,plant=tanjung malim(kawan aku study kt marseille university france citer lecture die ade bgtau kilang protong kt tanjung malim memang best woooo)testing:Malaysia(humidity,temp tinggi)…tp satu je aku takut..takut2 vendor2 local yg suport keta nie cap ayam…hihihihi


    • yg ni tuah kan? bagi aku kalau proton nak pakai nama persona pun ok kalau persona skrg akan eol sbb mmg biasa pengeluar kereta pakai semula nama2 yg dah ada sbb mudah org nak kenal, satu lagi sbb mmg dimensi kereta bertambah dr semasa ke semasa wpun dlm segmen sama..cth cam civic dulu dgn skrg..makin besar..altis, accord dll

      cuma tu la pasal persona skrg belum eol jd p3 ni akan pakai nama lain…


  • Ada bagus juga pic ni x penuh, masih ada elemen suprise lagi, bg sy grill honeycomb lebih nampak menarik kalau digabungkan dgn chrome bar, syle honeycomb mcm vw golf sesuai


  • nak komen pasal INTERIOR lak(walaupun tak tgk lagi hehehe).. seperti ramai yg minta, klu boleh wat soft plastic(maybe cost mahal) at least mcm interior honda civic skrg.. like the touch door panel. pastu klu boleh dlm kabin jangan kasi nampak skru2 yang ikat komponen dalam kete.,. klu tengok dalam interior honda civic(aiseh jadi reference lak huhu) susah nak jumpe skru2 tu.. sbb tak feel premium klu nampak skru2 tu.. huhu..

    and lastly, seperti mana kete2 continential, depa sgt2 pentingkan sound profing(resenya nye la kot. rasanya exora pun dah wat test mcm2 pasal nie) seperti masa tutup pintu dan bonet belakang bunyi mesti syok dengar (exora skrg sy rasa mcm dah ok, civic skrg lagi best kot mcm tutup pintu peti ais huhu), bunyi tingkap letrik tak dengar bunyi motor (yg dengar bunyi cemin tu naik bergesel dengan getah tingkap), pemegang penumpang yang atas kepala tu tak berbunyi klu lepaskan(ia akan slow2 naik balik).

    sori, sy bukan nak kata sy lagi bagus dari engineer proton, just nak share pandangan sy ja 🙂 klu kete nie ada sume features mcm forte skrg (keyless entry, push start button, paddle shift, rear camera, 6 cd) mesti lagi syok.. hehehe


  • kalau ada yang perasan dan ambil perhatian, cuba tengok panel gap kete ni.. dah makin cantik. tak macam gen.2 dulu..especially kat fender, headlamp & bumper.


    • Cuba perhatikan bahagian di sepanjang A-pillar yg bersambung dgn windscreen. Windscreen kelihatan agak tenggelam jika dibandingkan dgn model2 Proton terdahulu. Style begini boleh dijumpai pada Honda Civic, Opel Astra, VW Scirocco atau kebanyakan kereta eropah.

      Atau ia sekadar illusi optik, maafkan saya.


      • Haha, saja tanya benda ni. Sbb dari situ kita boleh tahu intention pelayar internet.

        Cuma masa Myvi dulu, saya lihat ‘search query’ lebih specific kepada carian “Myvi 2011”. Manakala P3 ni pula lebih kepada “Persona R”. Saya rasa ada sesuatu yg Proton kena lihat. Antaranya ialah penggunaan nama P321a ni agak kurang catchy dikalangan kebanyakan orang. Tak semua orang akan alert jika Proton guna nama coding macam ni. Ni adalah salah satu teknik marketing.

        Ada baiknya jika Proton dah confirm nak keluarkan satu2 model baru, keluarkan teaser atau paling tidakpun nama model tu. Sebaiknya nama mesti ada continuity daripada model2 terdahulu Proton. Jangan keluar model baru, cipta nama baru. Orang pening dan tak nampak consistency.

        Rasanya tak salah kalau P3 guna nama Persona. Sebaiknya guna nama All New Persona 2012. Atau Persona Espire 2012. Dalam masa sama teruskan dgn jualan Persona Elegance. Lagipun ia masih banyak permintaan.

        Harap DSSZ baca komen ni..huhu


      • Sekadar cadangan untuk bro Campro, kalau serius untuk menjadikan blog ini sebaris dengan blog lain terutamanya yang berbahasa Inggeris, bro kena gunakan hosting dan domain name sendiri. Banyak kelebihan guna platform wordpress berhosting dan domain sendiri, antaranya banyak plugin kita boleh letak, pilihan theme beribu-ribu, dan kita senang nak mereka bentuk blog kita jadi macam mana.

        Sekadar cadangan, sebab saya tengok blog bro banyak pengunjung, sayang pulak kalau tak dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan, selain membuktikan kepada pengunjung internet di luar sana bahawa blog automotif berbahasa Melayu juga tidak kurang hebatnya.

        Cuma kelemahan blog berhosting sendiri ni kita kena bayar sewa server dan domain name tiap2 bulan atau secara tahunan, mengikut berapa keperluan yang kita mahukan, bergantung kepada jumlah trafik bulanan.. Apa pun selamat maju jaya untuk Funtasticko Design.. 🙂


      • bro fastblox, sy sebenarnya dah lama nak buat macam tu, berapa rate bulanan dia? bayar terus ke wordpress ke melalui org lain? sy kalau ada nak sponsor domain/hosting blog ni memang sgt2 la di alu2 kan, hehehe…


      • Ada banyak penyedia hosting, yang terbaik contohnya Server Freak http://www.web-hosting.net.my/

        Yang murah setahun lebih kurang RM100 sahaja, tapi saiz server kecil, tak sesuai untuk blog dengan jumlah pengunjung tinggi. Saya guna pakej dengan bayaran bulanan sebulan RM69.00 untuk server, untuk domain name pulak murah, RM40.00 setahun. Pakej yang saya gunakan 200GB sebulan, dah cukup dah tu.

        Bab sponsor tu susah sikit, tak ramai yang sanggup..hehehe.. Tapi sebenarnya berbaloi guna hosting ni, kita boleh letak iklan, Innity contohnya, dapat jugak income tiap-tiap bulan, dah boleh tampung kos sewa server dan domain name.

        Kalau berminat, contact je Server Freak, dia orang boleh setupkan, cuma bayar kos yang dia orang tetapkan je, bergantung pakej mana yang kita nak..


      • Bro Campro pun ada produk yg marketable. Jadi bolehlah guna hosting n domain sendiri ni utk iklankan produk sendiri. Sengaja saya tanya soalan tu. Sbb, bila kita posting sesuatu topik, kita kena study juga demographic audience kita. Gunakan wording yang catchy dan mesra browser (high impact search queries).

        Kalau gunakan bahasa inggeris, penetration lebih meluas. Contoh blog saya (yg entah apa2 tu), unique audience saya cuma 200-300 je sehari. (Cuma masa Myvi dan P321a, hits terlalu meningkat). Tapi saya berjaya penetrate penggiat 3d daripada Spain, Italy, India dan beberapa negara lain spt Thailand, Indonesia dan Philippines. Tapi apabila coverage dah diverse macam ni, posting yg keluar pun tak boleh melibatkan Malaysia saje la..kena global pulak. Part ni memang susah sikit. Kena study citarasa global.

        Funtasticko boleh setaraf Paultan jika berusaha lebih. Kami kat sini menyokong sangat2. Terbayangkah bro kalau dipanggil oleh Proton utk media test drive? Masa tu saya pun nak tumpang semangkuk. Hahaha


    • Hahah…Jari aku sampai penatlah buka Funtasticko ni tp yg best awek aku pun dh pandai baca blog ni!!

      *kereta kuning ni makin lama tgok makin cun!!! “aku rasa kereta KUNING ni ada hantu lah,Hantu Punya PROTON”….xsabar nya nak tunggu tahun depan.


  • aku dpt citer yg ni mmg nak hantar utk buat crash test.
    so yg dihantar tak spec penuh. hanya dlm 60% je dari original part.
    termasukla grill depan.

    enjin na/turbo dgn cvt 6/7 gear. tapi ada rumour siap ada switch on/off air bag kat passenger. mungkin utk safety time bawak baby carrier. stereng skang guna yg exora punye dulu tapi mmg ada stereng yg lain. tapi tak tau masa hantar ni guna stereng exora ke stereng baru.


  • em,mcm saya ckp sblm ni, design dia lebih kearah kia dr hyundai, means more on european style.
    Pdpt saya,saya salute italdesign. Bukan senang nak wat design yg proportion, simetri dgn model prtn lain n mngekalkan identiti prtn dlm masa yg sama up to date.
    Nak wat design cantik2, saya yakin ramai bleh buat, tp nak wat design sejajar ngan engineering punya knowledge,amat susah. Design bukan saja rekabentuk,tp kena pastikan juga design itu memenuhi piawaian kselamatan pelanggaran, aerodynamik, budget manufacturer, kos kereta,maintenance n juga kebolehan vendor utk mghasilkan parts pada kos yg ditetapkan, dlm masa sama mngikut objectif,tema serta halatuju manufacturer.
    Sebab tuh,ada design simple, ada design complicated. Masih ingat dulu dlm 5th gear, renault megan versus golf mk5. Klu ikut design,mmg megan lg fluiditic,lg elegan, tp nak tkr mentol lampu amik masa dkt 1 jam n kena panggil mekanik bertauliah n cost dia mcm anto kete g servis. Golf, design simple,tp ttp elegan, amik masa xsampai 5 minit tkr mentol n xperlu panggil mekanik bertauliah,tkr sendiripun bleh.
    Design juga kena amik kira menda camtu. Kita xnaklah p321a nanti jd mcm megan, kos tinggi nanti org bising plak bila nak maintain kete.
    Pasal gril tuh,mmg pada mata saya nampak kosong,pkai honeycomb lebih cantik@buh chrome ke. Tp gambo saya tgk dl mmg ada chrome pada grill di sekeliling shape grill tuh. Xtaulah premium specs@diaorg discard utk cut cost. Mmandangkan utk anto crash test,biasanya xanto kete lawo2 sgt coz biasa anto sampai 30 biji utk crash test. Dl masa exora, ada jugak yg sebijik kete cost dkt rm sjuta.
    Tp itu pndapat peribadi ajer. Slamat beramal.


    • good info bro…
      setuju dgn design yg not too complicated & easy to maintenance but at the same time nampak sedap mata memandang….
      bro tau tak p3 ni dia guna tilt and telescopic steering wheel atau just tilt je?

      just nak teka aku rasa sambungan gap antara fender dgn bumper depan p3 lebih kurang macam bmw 3 mk5,honda Odyssey mk3


  • ni info yg saya dpt,bukan official,so anggaplah rumours aje. Warna ada 5, blue lagoon, tranquility black, genetic silver, pearl white n fire red.
    Enjin 1.6 iafm plus 5 mt, 1.6 iafm plus 6 speed cvt vt2(executive spec), 1.6 cfe 7 speed cvt vt3.(premium spec)
    Dimension 4540 L x 1775 W x 1595 H.
    Target kerb weight 1342kg.(premium spec)

    tp ni hanya spekulasi,jgn jadikan official k 🙂


      • xpe,biasalah,byk nak bace komen2 kat atas. Warna blue lagoon tu warna br, fire red tu ada kat gen2 cps bumbung itam fl2. tp warna yg 2 ni blum cnfirm. Ada baik klu bg 5 kaler. Tp klu nk jimat cost, 3 kaler jek katanya pemilihan kaler p321a pun di pilih dgn teliti coz kena bg warna global@senang penerimaannya. Hrp2 pearl white ada coz nampak elegan berbanding solid white. Warnapun payah kusam berbanding solid white yg mudah jd kekuningan ckit2 bila lama2.
        Pasal stering tuh,xdpt info lg bro, cume ada dgr, p321a nih,mgkin jgk ada mcm exora,ada versi prime(klu xda jgn mrh).
        Enjin cfe tune pun jd persoalan coz cfe ada 2 tune. Mcm exo turbo,mgkin 138bhp, prime 156bhp. Xtaulah. Bergantung pada mgt n board punya decision. Klu info org hnt bgtaupun, blum tentu jd production. Begitu juga ngan r3,mcm spyshot neo lotus renault tuh. Sume kena tggu green light mgt n board. Hrp2,xmghampakan.


    • Saya tak rasa Bro Mat ni buat spekulasi..Ni lebih kepada info daripada insider. boleh kata 70% accurate. Varian yg disebut tu agak realistik. Kita tunggu insider lain bagi maklumat lagi…

      Tapi confirm nanti ada yg bunyi, “mana turbo manual?”…dan ini ialah komen2 daripada mereka yg memang taknak beli pun kereta ni.


  • aku dah agak dah.. sure ade yg pengomentar kat sini akan ckp tiru miyabi ‘lagi lagi tak best’ tu… setakat ni ada 3 warna je tuk production, hitam, silver & putih… warna2 lain sedang dlm perhatian.. tp mugkin tuk FL nnt.. huh ada FL?..


  • okla..awal2 proton design simple2 dulu.. lepas ni maybe akan guna design TUAH untuk ganti bumper depan/lampu/side mirror pada model di atas.. Jadi la P3-21A FL (facelift) / SE / whatever?


  • klu DSZ kata p3 ni bukan pengganti persona
    so aku nak cuba speku kemungkinan nama yg bakal digunakan….
    ~nama baru….misalnya espire atau nama yg bakal terpilih kalau proton buat contest lg..
    guna semula nama2 yg popular dlm model proton
    ~wira…..maybe utk menyambung legasi model yg pernah gah suatu ketika dulu(walaupun gen2/persona adalah wrm) so aku rasa xde masalah klu nak revival blk nama ni
    ~waja….nampak mcm kena jg dgn rupa paras p3 ni…kalau kt luar guna impian bunyi mcm classy kalau dlm konteks global xde memberi persepsi buruk/negatif…

    at the end,adakah nama baru p3 akan berakhir dgn ‘a’ spt lazimnya,so kita tggu & lihat…


  • boleh dah kumpul duit buat plan nak buat first car ni..insyaAllah

    nway funtastickodesign ni dah jadi tempat wajib untuk masuk la..makin kurang dah ke p@ultan..


  • bro campro.. cues paling penting dari utusan..
    “Malah ada di antara laman web tersebut memberi perincian lengkap dengan mengatakan bahawa P3-21A merupakan evolusi atau mengambil kira elemen-elemen daripada model-model Proton sebelum ini antaranya, lekuk di tepi hud depan daripada Proton Exora dan Proton Waja.

    Bentuk lampu depan dan kombinasi susunan lampu diilhamkan dari Proton Savvy dengan mengekalkan ciri-ciri mata harimau tetapi dengan tambahan lampu siang (DRL) dan bersambung dengan gril.

    Ciri lain ialah flying grill yang melintang dengan logo yang besar yang diambil dari EMAS (Eco Mobility Advance Solution) – identiti baharu kereta Proton masa depan.

    Selain itu, lekuk di tengah hud depan daripada Proton Satria Neo, lekuk di tengah gril juga daripada MAS dan masih membawa elemen gril wau bulan daripada model Proton Gen.2, Persona dan Satria Neo yang diolah dalam bentuk grafik tunggal.

    Air Scoop pada bumper tengah diambil daripada EMAS dan Lotus Eterne di bahagian bawahnya, Wheel Arch daripada Satria Neo, lekuk di bahagian sisi daripada Exora dan cermin sisi daripada Proton Persona Elegance dan Saga FL/FLX.”…

    ayat sapa la tu ek.. hahahahaha


  • tahniah kpd bro campromania…wab da makin byk pencinta2 produk temptn comen…info yg terkini dan sensasi mengalahkan wab bahasa inggeris popular tanah air…harap2 lepas nie byk la syakat2 keta nk iklan yea..


  • “Malah ada di antara laman web tersebut memberi perincian lengkap dengan mengatakan bahawa P3-21A merupakan evolusi atau mengambil kira elemen-elemen daripada model-model Proton sebelum ini antaranya, lekuk di tepi hud depan daripada Proton Exora dan Proton Waja”

    Wartawan tuh tak salah copy ayat dari blog ini kerana dia ada menyebut penyata seperti diatas. Pendapat saya saja


  • saya rasa ok saja apa wartawan tu tulis….. dia tak ckp dari pemerhatian dia tp dia kata perincian dari laman web…. cuma dia tak sebut site mana….. takde masalah disitu


  • Salam,
    Cun ler wpun kaler kuning..maybe yg show room punye lg lawa kot..

    skit le nk komen..
    pesal kutuk Utusan plak..siap tuduh psl GE le.. pe lah mentaliti negatif cmni.. sangka baiklah sama..sesama umat.. benih pemikiran opposition subur y ekt sini..

    wartawan tu bukan ckp dr view die..dia dh quoted sumber tu somewhere dr blog.. sepatutnya pemilik blog ni rasa happylah juga ayat2 Utusan sudi jdkan sumber..
    jgnlah sombong sgt bro.. dunia ni sementara aje..


    • memang masa sekali imbas baca saya tak perasan dia quoted tu, cuma sebagai wartawan profesional, dia kena la buat pemerhatian sendiri, bukan sekadar ambil & tulis balik dengan olahan ayat yang sikit je..kan ada gambar, dia sendiri boleh observe & boleh keluarkan sesuatu yang lebih baik dari pemerhatian saya tu.. bukan sy nak sombong pun.. banyak lagi kekurangan yg ada pada pemerhatian saya tu.. 🙂


    • namanye equilibrium bro. nape main pemikirn oppo plak ni, xkan xbljr sains politik kot. nway, utusan mmg byk berita salah pun.

      nama pn akhbr perdana, at least huraikan dgn ayat yg lebih pro, ni sejibik je.


  • Bukan bro semua tak tau… kia pun amek orang putih gak nak desain kete. So persamaan desain memang tak dapat elak… biasalah tu. Takyah komplen lah pasal tu.Klu tengok desain vw pun boring gak..tapi kereta akan datang kete-kete vw didesain oleh Italdesign yang desain proton emas..nanti bro akan tengok desain vw sama dengan proton emas..he..he.

    ..yang penting persona r ade klas..


  • thumb up jika kereta p3-21A kereta proton yang nampak WOW! mantop! …

    aku suka kereta ini kerana ia bagi aku la kereta prootn yang lain dari yang lain lebih hebat daripada vios/city//cruze/civic/ insyallah.

    front design ada iras-iras civic euros memang sesuai dengan citarasa aku.
    syabas proton!

Leave a Reply