ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Super GT Malaysia catat kejayaan cemerlang, Nissan dan Honda muncul juara!

Views

GT 300 Class_ARTA CR-Z GT Team_1

Perlumbaan Super GT Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu lalu telah berjaya mencatat kejayaan cemerlang dengan lebih daripada 100,000 peminat telah hadir untuk menyaksikan acara tersebut. Pelbagai acara menarik yang lain juga turut dilangsungkan sempena perlumbaan tersebut.

Antaranya ialah himpunan besar-besaran lebih 1,300 buah motosikal berkuasa tinggi di laluan lurus utama Litar Antarabangsa Sepang, konsert Dash Berlin World Tour pada malam Sabtu (15 Jun) yang menyaksikan lebih 11,000 peminat telah berparti , pameran motor yang memaparkan pelbagai koleksi kereta klasik, kereta custom dan supercar berprestasi tinggi dan acara Japan Town yang telah berjaya menarik minat pengunjung untuk berpusu-pusu ke litar merasai keseronokan hujung minggu.

Beberapa pengedar kereta tempatan juga telah mengambil kesempatan sempena Malaysian Super GT untuk memperkenalkan model dan varian baru di Affin Bank Motor Show. Antaraya adalah Subaru yang melancarkan Subaru BRZ serba baru untuk pasaran Malaysia. Sementara itu Nissan turut mempamerkan Nissan Almera dengan Pakej Prestasi Nismo yang membuat kemunculan global pertama, manakala pengeluar kereta tempatan dan bahagian sukan permotoran PROTON R3 (Race.Rally.Research) mempamerkan kereta lumba Proton Preve R3 dan Satria Neo R3 sambil menawarkan diskaun kepada peminat untuk alat prestasi dan aksesori R3.

Buat julung kalinya, sejumlah 155 buah kereta hibrid Honda CRZ berkumpul di Litar Antarabangsa Sepang dan kemudiannya diberikan masa untuk mengelilingi trek sejauh 5.543km itu. Terdapat juga kira-kira 50 buah Porsche 911 yang berhimpun di trek itu pada hari Sabtu (15 Jun) untuk meraikan ulang tahun ke-50 Porsche 911.

Perlumbaan Super GT Malaysia adalah kemuncak ccara yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat. Pelumba pasukan Calsonic IMPUL GT-R, Tsugio Matsuda dan Joao Paulo Lima De Oliveira berjaya muncul pemenang dalam saingan kelas GT 500 pusingan ke-3 siri Autobacs Super GT di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini. Mereka yang bermula dari petak hadapan berjaya menewaskan saingan terdekat dari pasukan Denso Kobelco SC430 dan Raybrig HSV-010 yang menyaksikan tiga tempat teratas milik pengeluar Jepun, Nissan, Toyota dan Honda.

Dalam kelas GT 300 pula, pelumba pasukan ARTA CR-Z GT, Shinichi Takagi dan Takashi Kobayashi yang turut bermula dari petak hadapan berjaya memenangi perlumbaan menewaskan Hideki Mutoh dan Yuhki Nakayama dari pasukan Mugen CR-Z GT diikuti dengan Katsuyuki Hiranaka dan Bjorn WirdheimGainer yang mewakili pasukan Gainer Dixel SLS di tempat ketiga.

Pada tahun ini juga berlangsung acara sokongan, iaitu perlumbaan satu tempat duduk Piala Asia yang pertama dianjurkan oleh Meritus dan perlumbaan enam pusingan Toyota T86 Celebrity Race yang dimenangi oleh Raja Drift Malaysia Tengku Djan Ley. Selain itu, peminat kereta juga turut berpeluang untuk bersaing dalam acara gymkhana yang dianjurkan oleh Racing Ultra.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply