ARKIB

KATEGORI

Buletin

Surau Madani jadi surau pertama di kawasan Rehat dan Rawat dapat kebenaran tunai solat Jumaat

Berita Tempatan

Views

Surau Madani di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan kini mendapat kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat selepas menerima kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.

Kelulusan itu diberikan di bawah Seksyen 47, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Mufti Negeri Sembilan, Prof. Madya Datuk Dr. Faudzinaim Badaruddin berkata, faktor jarak yang jauh dari masjid berhampiran menjadi antara sebab utama kelulusan diberikan memandangkan ia menyukarkan para pekerja di kawasan itu menunaikan solat Jumaat.

“Kadangkala mereka tidak sempat pergi ke masjid yang terdekat kerana jauh.

“Jadi, kita melihat ada keperluan dan hajat untuk memberikan kebenaran mendirikan solat Jumaat di kawasan ini agar pekerja-pekerja tidak terlepas daripada kewajiban,” katanya ketika berucap di surau itu, semalam.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Beliau turut menyeru orang awam yang tinggal atau berada berhampiran R&R Seremban arah selatan agar mengambil peluang untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Madani.

Surau ini juga menjadi surau pertama di kawasan Rehat dan Rawat yang diberi kebenaran mendirikan solat Jumaat dan dijadualkan berlangsung buat kali pertama pada 4 Julai ini.

Ia mampu menampung sehingga 150 jemaah lelaki dalam satu-satu masa. – KOSMO! ONLINE.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply