ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUV kompak Proton?

Views

proton compact suv

Sebentar tadi saya memperolehi foto yang dikatakan SUV kompak Proton dari seorang pembaca funtasticko.net. Namun tidak dipastikan kesahihan foto ini kerana jika dilihat ia menyerupai model tanah liat belum siap yang dipamerkan pada satu sudut di studio rekabentuk semasa hari terbuka Proton tahun lalu. Mungkin juga ini versi yang telah siap namun telah diolah sedikit untuk mengaburi sedikit rupa sebenarnya.

Latar belakangnya yang seperti di studio rekabentuk juga turut kelihatan di situ. Ada dua kemungkinan di sini, gambar yang telah dirakam tetapi telah diolah sedikit dan boleh jadi juga ia hasil karya Photoshop dari individu yang pakar dalam bidang automotif. Saya akan cuba risik-risik mengenai foto ini dalam masa terdekat. Apa pendapat anda mengenai SUV kompak Proton ini?

* Proton perlu mengeluarkan SUV kompak menggunakan platform Iriz dalam masa terdekat, sebab pasaran bagi model ini agak memberangsangkan sekarang. Lihat sahaja tempahan Honda HRV yang mencecah 7,000 unit dan perlukan masa empat bulan untuk menunggu.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

43 Comments


  • nyawa proton terletak pada jualan model Saga, Persona, Iriz.. Perodua akan keluarkan model sedan mereka sedikit masa lagi.. jualan proton akan lebih muram bila model baru dr perodua ini dilancarkan.. oleh itu.. proton perlu cepat.. perbaiki transmission, tingkatkan kualiti after sales, perbanyakkan 3S / 4S centre.. percepatkan pengeluaran direct injection engine.. dan semistinya.. model saga dan persona perlu diganti secepat yg mungkin.. model suv??.. bukan keutamaan


    • Setuju bro..suv bkn keutamaan.ganti model yg dh btahun tu dulu.jgn ikut org sgt.dulu time mpv tgh hot,proton duk prabih modal buat exora.tp x laku mane..suv ni pun serupa la.

      yg paling penting persona tu..dh brape thn dh casis nye.saga pulak key model bg proton.

      2 model paling penting, dan teman harap proton ada designer lain selain azlano untuk design kete ni.

      sekian,tq


  • proton tengah tidur….elok korang kejutkan..tahun 2015 dah nak masuk suku kedua..tiada sebarang berita yang pasti tentang model yang akan dilancarkan tahun ini dari proton.


  • Jangan letak harapan yang tinggi. Saya cuma harap Proton utamakan peganti Saga, Exora dan Persona dulu dan facelift Preve dan Suprima. Kereta Persona tu buat nampak cantik dan elegance sesuai untuk perempuan dan Preve pulak buat nampak sporty sesuai untuk lelaki.


    • lepas iriz..proton senyap…
      setakat bulan ni..hanya proton exora mc2 saja yg dikeluarkan..pergi showroom pun tak rasa nak tengok belek2…
      sudah jemu tengok saga, persona dalam showroom proton.


    • Atleast Proton design kereta sendiri. Perodua xkan nak bergantung kat Daihatsu selama-lamanya. Daihatsu pon cuma laku kat jepun,indonesia dan malaysia ja.


    • kita lihat dari sudut berbeza..jualan perodua adalah tertinggi sejak beberapa tahun lepas walaupun bergantung kepada model yg mereka ada.

      berbanding proton..jumlah jualan semakin susut..proton tidak boleh terus mengharapkan pembeli akan setia dengan model2 sedia ada.

      jika tahun ni tiada model FL, kemungkinan agak sukar proton nak bersaing.


    • siapa yg pernah berpeluang masuk RND proton.. byk dah design kereta dah siap.. cuma pick over the self jer.. design bentuk mmg senang.. tp bila nak manufactured yg menjadi ssusah.. setiap parts kene design dengna betul. bila lagi compleks design lagi susah nak buat and pasang lagi mahal jadinya. so sabar lah yer tggu saga baru keluar


  • SUV bukan keutamaan Proton sebab brand image yang x cukup kuat dan mentaliti masyarakat tentang kualiti Proton masih wujud.

    Seperti yang dicadangkan dalam komen2 di atas, model Saga dan Persona perlu dihentikan pengeluarannya. Saga perlu ada pengganti utk generasi ketiga sebagai sedan segmen B.

    Satria Neo pun patut dah stop production dah. Exora MC tu saya fikir Proton boleh buat lebih baik dari segi design sebab bagi saya design sedia ada masih nampak outdated.

    Dashboard Exora patut direka semula, bukan sekadar tambah bodykit dan DRL ganti foglight. ESC tu satu penambahan yang amat dialu2kan.

    Chery Maxime lebih cantik dari Exora.


    • Mmm… X minat design Chery Maxime. MPV, tapi bentuk dh mcm wagon. Lampu blakang melintang terlalu ke atas bdn, bhgn bawah tampak kosong – x balance, dekat nampak mcm cantik tapi bila jauh mcm nampak sepet. Lampu depan agak outdated. mcm 80’s x nampak sporty. Kemasan dlm agak kemas, bleh ar bagi credit:). Tapi x tau la, citarasa masing2 kn?:P

      Cheers!


      • hahaha.. sebab saya dah tgk sendiri Chery tu.. rasa memang cantik la sebab design baru tu pun nampak fresh sikit. masa tgk kt gambar mmg x nampak cantik langsung

        Chery Maxime adalah facelift kpd Eastar, so perubahan yg drastik tu menampakkan hasil yg positif, at least bagi saya la.. kualiti pemasangan pun boleh dipuji sebab local CKD.

        Kalau Proton buat facelift Exora Bold mcm tu mungkin pandangan saya akan berbeza sikit.. terutama design interior.. dari launch nampak outdated dah…


        • Mmm… one more thing, Chery maxime nie model replacement model sebelumnya chery eastar. Means, bukanlah facelift. Same goes to mcm KIA forte model replacementnya KIA cerato… So kita tunggu jer model exora replacement nanti mcmana…:)

          Cheers!


  • Jika nak bangunkan SUV, Proton perlu juga sasarkan kenderaan SUV mereka ini digunakan untuk kenderaan official jabatan kerajaan. Sebagai contoh boleh dikatakan hampir semua jabatan menggunakan Toyota Fortuner, Nissan X-Trail atau CRV (agak berkurang dah) sebagai kenderaan jabatan.. ada juga yang menggunakan Santa Fe tapi jarang dah..

    So, jika kualiti elok dan dapat semua spesifikasi yang baik di masukkan dalam model SUV.. pasti suatu hari nanti bukan sahaja pool car kenderaan pejabat, malah project car pun akan dicadangkan proton SUV..


  • saya setuju dengan idea menggantikan Persona dan generasi ketiga saga..Proton perlu mengutamakan penjualan yang tinggi dahulu sebelum memasuki pasaran SUV dan Truck pickup..Exora perlu keluar facelift dengan rupa lebih moden serta dashboard perlu digantikan dengan gaya terkini..ingat Saga LMST ??..walau hanya facelift tetapi ikut gaya yang sesuai pada masa itu..Proton perlu buat cara begitu semula..Idea mengeluarkan SUV tidak berapa ideal masa kini berikutan jumlah jualan SUV akan jadi lebih rendah berbanding sedan dan kompak..Apabila Proton mengutamakan Saga 3,Iriz dan pengganti Persona, sudah pasti pembelian melonjak dan keuntungan itu boleh dilabur semula untuk pasaran SUV..manakala, Neo perlu dikekalkan sebagai edisi sport dimana kadar penjualan perlu lebih kecil..sambil itu Proton perlu perbaiki kelemahan terutama nilai after sale dan pusat service mereka supaya dekat kepada pelanggan..bercerita masalah kualiti…sy rasa Proton da semakin baik dan komen tentang kualiti semakin berkurangan..mengenai Perdana fasa 2 dan saga 3..tahun 2015 sudah sampai ke fasa 2..namun, berita tentang Proton semakin lambat..bagi sy better Proton melancarkan Preve facelift dan Suprima facelift secepat mengkin supaya berita tentang Proton tak terlalu suram sementara menunggu Perdana fasa 2 dan saga 3..goodluck Proton !!..cheers!!


    • Mmm… sy rasa prospek utk model2 pasaran hot prootn seperti saga, exora, dll. masih dlm keutamaan. SUV nie kiranya adalah utk pasaran baru, segment baru proton utk lebih market global berbanding domestik. Kalau prootn still dgn pasaran sedia ada, statistik jualannya tidak banyak beza. Lama2 pasaran itu akan tepu, even pasaran kereta M’sia pun average dlm 600,000 setahun. Sbb tu perodua pun dh fikir2 utk masuk ke pasaran kereta sedan B segment 2016 nie bila market kereta2 compact hatchback mendapat saingan drp model baru seperti Iriz n model2 dari company luar lain. X sabar nk lihat wajah persona baharu jika benar legasinya akan diteruskan utk bersaing dgn model2 sedan B segment lain seperti Vios n H City:)

      Cheers!


      • ye saya faham..cuma bg saya la x berapa sesuai lancar dalam masa terdekat ni..Proton perlu mengutamakan pasaran yang mampu memperoleh keuntungan dahulu.. =) …btw saya pun x sabar menunggu saga 3 dan persona 2nd generation..hope meneruskan legasi design yang mantap selepas iriz


        • Mmm… setakat nie saga, perdana replacement otw….katanya. Kalau SUV rancang nk kuar dlm 2017, by 2015 dh kena ada plan. Min pembangunan RnD satu2 model dlm 24 bulan (2 tahun).

          Cheers!


  • yg xpndainyer proton nie…(bkn pasal SUV yer semua..) nie pasal preve..kenapa proton nk buh nama preve ???kenapa x buh nama tuah..bau lah malysia!!! nie smpi nk pki nama luar…..soooo biler proton preve tuh pki nama tuah.. keluar nnti second generation boley lh uat platfrom baru mcm proton tuah thun 2010 tuuu bau lah cun…n now spatutnyer dh kuar dh second generation2 …tuah yg cun tuuu…
    proton xder srategik lah…n amat lemah thp kritikal lah….
    soo as a conclusion preve mc2 tuu tkr truss buat design yg spesifik dengan tuah thun2010 tuu…
    bau lah cun….


    • Mmm… setakat nie, model2 city, jazz, vios, swift dll. x de plak bau jepun walaupun tu model2 kereta jepun? Bagi saya, ikut kesesuaian lah… campur2 pun bleh:) cuma utk prootn; nama seperti satria, saga kekal. dan lain2 tu terpulang pada kesesuaian…

      Cheers!


  • Cantik, ramai menulis ikut hati dan sama-sama terjun ke dlm api membara….. bertempat di neraka. Positifkan minda….. putihkan hati….. dan baru 6 bulan iriz keluar.

    Kan depa kata 1 tahun = 1 model either FL, diperbahrui atau model baharu sepenuhnya. Terima kasih kepada semua yang memberi komen.

    Fikir ikut sistem, kaedah dan step by step proses dalam R&D. Nak buat thesis degree pun makan masa 1 tahun = 2 semester.

    If R&D kereta tentulah lebih dari itu kan??? Tapi bagaimana P1 boleh buat 1 tahun 1 model? mestilah ada sistem yang digunakan oleh mereka ISO9001, ISO14001, MS1722 / ISO18001, dan lain-lain. FIKIRKAN, MENTELAAH DAN SEMAK.

    Jika Iriz = 4thn R&D, maka maybe dalam pipeline dh ada 2 menanti untuk di test maknanya….. gebang macam budak2. Sama-sama lah kita bergerak kearah kebaikan dan mencapai wawasan diri, organisasi, company, masyarakat dan negara.

    Kalu anda x minat, jadi belilah kereta lain BRAND yg anda banggakan canggih sangat tu. Komen bagai ENGINEER BERTAULIAH…..IR.

    Sangat kesian kepada masyarakat yg tidak berfikir dan membaca seperti ini…. patut pun mudah di gebang oleh pengeluar kereta lain yg mahu ada menjadi barisan hadapan mereka. PITY TO ALL OF YOU COMMENTING HERE. MARI MENJADI ORANG YANG BERHEMAH TINGGI.


    • saya setuju. Anggap je la yg komen membabi buta ni tak pernah masuk universiti tak pandai buat thesis. Thesis tahu entah tidak apetah lg R&D. lol


    • Bro..Dalam dunia bisnes..siapa yang lambat akan tertinggal. Bila dah tertinggal, nak kejar semula memang dah susah. Ini bukan pasal cerita RnD semata-mata.

      Kalau RnD gempak tapi tak dapat dikomersialkan dan dikeluarkan serta dijual, RnD tersebut tidak memberi impak yang besar.

      Proton merupakan gabungan kejuruteraan dan perniagaan. Jika salah satu gagal berfungsi, ia tidak akan membawa kejayaan.


  • Selepas proton diambil alih oleh drb.. hala tuju proton nampak positif.. sehingga sales proton mencecah 140k setahun.. namun tahun2 sesudah itu.. sales proton merudum dan terus merudum… ini terjadi selepas model2 dr jepun diperkenalkan (almera,vios,city).. adalah menjadi keutamaan bg proton utk menggantikan model saga dan persona…


  • Bagus DRB telah menyuntik nilai-nilai murni kedalam hati pekerja mereka dan setakat ini usaha itu berjaya serta berterusan. Tak mudah segala titik USAHA 4 tahun R&D UNTUK DI PERKOTAK-KATIKKAN OLEH SERAKAH MULUT PEMBENCI-PEMBENCI GOLONGAN YG INGIN BERUSAHA SENDIRI MEMBANGUNKAN R&D SENDIRI …….. BERBANDING IDEA 2 YG TIADA USUL KUKUH YANG BIASANYA IKUT SEDAP MULUT & TIADA PEMIKIRAN TENTANG TREND PASARAN BAHARU ATAU JUGA KAJIAN PASARAN TEPU, TREND QUALITI, TREND R&D, TREND PENGGUNA, TREND PEMIKIRAN PEMBELI, KAJIAN FEASIBILITY, COST STUDY, BUSINESS STRATEGIC STUDY, MEDIA MARKETING STUDY DAN LAIN-LAIN.

    DALAM KATA LAIN:………… JIKA TELAH RAMAI MEMASUKI MEDAN PASARAN TEPU, MAKA P1 PERLU WUJUDKAN PASARAN BAHARU, BIDANG BAHARU, SEGMENT BAHARU DAN LAIN-LAIN. Jika ramai telah mewujudkan pasaran baharu, MAKA PERLU MODEL DIPERBAHARUI DAN DIPERTINGKAT UNTUK MODEL SEDIA ADA. SILA LIHAT MELALUI PELUANG DARI MODEL-MODEL PLATFORM SEDIA ADA.

    Dulu mudah sangat spyshot model kereta P1 di dedah oleh pekerja P1 sendiri. Ini menunjukkan SEGELINTIR daripada pekerja mereka tidak jujur. Yang tidak jujur ini perlu di kenalpasti, diberi teladan dan jika severe tindakan tatatertib diberhentikan.

    Bilangan pekerja tidak jujur ini memang banyak….. sedangkan safety & health at workplace ( MS1722/ ISO18001 ) untuk diri pekerja sendiri pun kebanyakan pekerja abaikan. Ini kan pula gambar-gambar spyshot dari dalam kilang telah didedahkan oleh pekerja yang tidak bertanggungjawab.

    Bak kata pepatah “Ada duri dalam daging”. Duri-duri ini adalah racun dalam industri permotoran…… jika gambar spyshot itu di ambil oleh PUBLIC di kawasan terbuka, sedang di testing dan bukan di kilang pengeluar …… itu bermakna anda “ong”.

    Tapi jika dari dalam KILANG, ini bermakna apa…..???? Itu bemaksud si pelaku tidak jujur telah menempah 1 tiket persoalan untuk di tanyakan oleh angel di padang mahsyar sewaktu hari pembangkitan (PENILAIAN AKHIR ATAS APA YANG ANDA KERJAKAN) dan jika tiada ulasan balas (Pembuktian oleh ANGGOTA BADAN & AMAL KEBAIKAN YANG DIKERJAKAN) maka anda bakal terjun juga ke dalam api membara itu.

    Maka jika foto-foto model baharu P1 terdedah di internet, dan ini bermakna ada pekerja tidak JUJUR. Samaada daripada pengeluar (Pekerja P1, vendor OEM, kontraktor pembekal, kontraktor baikpulih mesin, kontraktor bangunan, APPOINTED CONSULTANT pengeluar dll.), penilai (MIROS, ANCAP, ASEANCAP dll), dan penguasa (JPJ, penjawat awam, dll). Mereka-mereka yg melakukan aktiviti ini perlu di SAMAN dan di beri tindakan tatatertib atau DI BERHENTIKAN KERJA. Itu baru risiko yang anda tempah semasa di dunia dan belum di hari pembalasan.

    Hanya kerana nakkan HIT COUNTER (Trafik Internet) mencacak, duit PULANGAN IKLAN dan sanggup menyebarkan gambar-gambar spyshot dari dalam kilang dan memperjudikan masa depan diri, keluarga, MENGHERDIK company terlibat, MEMPERMAIN PERSEPSI masyarakat (DENGAN MENYIARKAN HAL REMEH-TEMEH) dan MEMPERJUDI sektor R&D negara (DENGAN MENGAJAK BERI IDEA…….JIKA IDEA POSITIF = MEMBANGUN……… JIKA IDEA NEGATIF = MENGGALAK KOMEN & BERGADUH MULUT). JIKA ANDA TERGOLONG DALAM KUMPULAN PENYEBAR INI, BERMAKNA ANDA TIDAK JUJUR.

    PERNAH KE ANDA NAMPAK SYARIKAT PENGELUAR KERETA DI LUAR NEGARA …… GAMBAR SPYSHOT KERETA MEREKA SEDANG DI R&D DI KILANG MEREKA…….

    SUDAH TENTU TIADA, KEBANYAKANNYA DI AMBIL OLEH MEDIA DI LITAR UJI KAJI DAN TEMPAT AWAM……… ITU PUN DENGAN GAMBAR SPYSHOT DI TAMPAL KOYOK. Ini adalah contoh hemah tinggi yang diperlukan.

    MOGA KITA SEMUA KEMBALI MENJADI INDIVIDU YANG BERHEMAH TINGGI.


    • saya setuju tentang isu ketidakjujuran dan segala perkara-perkara buruk, walaupun dianggap kecil tetapi tetap salah juga.Contoh seperti merokok, walaupun dianggap perkara biasa, tetapi salah kerana merosakkan diri, jika di tempat awam akan merosakkan orang lain. Membuang puntung rokok di longkang atau atas jalan juga dianggap kesalahan walaupun kecil ( orang rasa perkara biasa)-Dalam Islam dikira berdosa walaupun kecil.

      Berkaitan dengan komen, saya rasa tak kisah beri pendapat tetapi bukan menuduh atau perkara yang tidak tepat.Ramai diluar sana peminat proton yang mahukan proton maju tetapi yang mampu hanyalah memberi pendapat sahaja.Banyak juga pendapat berkaitan proton yang boleh diambil kira seperti kualiti dan servis proton.

Leave a Reply