ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syed Zainal bakal kembali ke industri automotif!

Views

dato-sri-syed-zainal-with-one-of-5-early-customers-of-preve-nurhafizah-hamrun

Ini adalah berita yang akan menggembirakan kita semua terutama sekali peminat Proton. Menurut laporan dari btimes.com.my , bekas Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir bakal kembali ke industri automotif, tetapi buat masa ini beliau ingin fokus kepada perniagaannya sendiri terlebih dahulu. Setelah melepaskan jawatannya di Proton, beliau telah kembali ke dunia korporat dengan menjadi Pengerusi Eksekutif Brainy Bunch Islamic Montessori Bhd yang merupakan pusat pendidikan awal berkonsepkan Islam.

Sebelum ini ada beberapa khabar angin yang mengatakan beliau bakal kembali menerajui Proton yang kini diambil alih oleh DRB-HICOM Bhd dan Felda Global Ventures Holdings Bhd tetapi beliau telah menafikannya. Kini beliau sedang menjadi pemegang saham beberapa syarikat yang berkaitan minyak dan gas, pendidikan, bioteknologi, makanan halal, pengurusan dan lain-lain. Selain itu beliau juga menjadi Nazir Masjid Al-Falah dan baru-baru ini beliau muncul dalam program Halaqah di TV9 sebagai ahli panel.

* Saya ada juga berhubung dengan DSSZ dan menurutnya, kini beliau rasa amat gembira dengan apa yang dilakukan sekarang. Semoga beliau berjaya dalam bidang yang diceburi dan tak sabar untuk menantikan beliau muncul semula dalam automotif. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

11 Comments


  • Lama tak nampak dia.. last masa tgk rancangan Halaqah TV9…

    hopes he will resume his post at PROTON, no one do better than him managing Proton.. just imaging with cash rich DRB with well genius PROTON guy like him… love to see the result..


  • read below, definitely he will come back to auto industry!!!

    KUALA LUMPUR (April 15, 2013): Prices of imported cars can be reduced, but first there must be a thorough study on its impact on the second-hand car market, said former Proton Holdings Bhd managing director Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (pix).

    The intention to reduce car prices needs to be studied well and comprehensively so that it would benefit all stakeholders in the automotive industry, he added.

    “It (reduction of car prices) has long been pursued by the government. (While) it can be done, a few things should be taken into considerations like the impact on the second-hand car market as well as distinguish the imported cars from those assembled locally,” he told reporters on the sidelines of a signing between Answers-in-Law and AirAsia BIG here on Friday.

    Commenting on the promise by the Barisan Nasional and Pakatan Rakyat’s election manifestos to lower car prices, Syed Zainal said a reduction should be done in stages.

    “This is important to ensure the country’s economy remains robust and the car market continues to be stable and sustainable.”

    On whether he plans to come back to the auto sector, Syed Zainal said he is happy with what he is doing now.

    “I am already happy with what I am doing. For the time being, I am focusing on my own business. My intention is to help the small and medium scale industries,” he said, adding that he is involve in the education, halal and oil and gas industries.

    “I want to focus on what am I doing now… (But) once (the) auto (industry) is in your blood, it’s always in your blood,” he added.

    Syed Zainal had helmed Proton for six years before resigning on July 4, last year after the national car maker was taken over by DRB-Hicom Bhd. Prior to joining Proton, he was the deputy managing director of Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd.

    http://www.thesundaily.my/news/661548


  • Do go back to Proton, DSZ. DRB can’t keep the promise because until today, they (DRB management) still didn’t announce the Proton Plans.

    To DSZ, if you read this, please reconsider or you can be Vice Adviser of Proton. How’s that? To Tun Mahathir, you should give the right place to right person and DSZ is the one.


  • Saya tengok perkembangan Preve ni, makin hari makin ramai Chinese pakai. Confident level pada kereta Proton dah meningkat kot.

    Kalau DSSZ kembali ke Industri, mungkin Proton mampu bersaing apabila harga kereta turun sebagaimana akur janji ahli politik.

    Saya cuma berpendapat model Persona perlu pengganti.


  • Mmm… apa yg sy perasan, Tun M x gemar DSZ nie kat prootn secara politikalnya. Bagi Tun, DSZ hanya menjalankan tugasnya saja, dan tugasannya ini dilihat kurang berjaya kerana Proton masih tidak pulih sepenuhnya dari kerugian besar hasil salah pengurusan silam; T Mahalel. Lihat sahaja bagaimana Tun M memuji pengerusi barunya dulu, Dato’ Nadzmi sewaktu prootn mula mencatat untung sedangkn itu adlah hasil pengurusan cemerlang oleh pengarah urusannya; DSZ.

    So, seandainya DSZ kembali ke proton lagi, beliau kena buktikan sesuatu. Come on DRB, xkn x nampak potensinya lagi? mmg payah nk puas hatikan KPI Tun M nie kn?:) Apa2 pun, Tun M adalah negarawan yg harus dihormati, Tanpa cetusan ideanya ini, Proton x mgkin ada.

    cheers!


  • berita yg menggembirakan 🙂

    DSZ harus diberi banyak ruang utk menjalankan projek2 proton beliau.
    Che Det seharusnya memberi sokongan penuh pd DSZ.
    politik cte politik, bisnes cte bisnes; jgn sbb politik, bisnes hancus.

    keje ikhlas, inSyaAllah berkat!


  • Dari mula aku perasan yg TUN tak suka DSSZ, tak tahu lah knp…. walaupun DSSZ dah buat lebih baik dari tengku mahalel, masih jugak tak pernah aku dgr dia seperti mengucapkan terima kasih kpd DSSZ, yg pelik nyer, dia masih puji melambung2 TM… entah ler…


  • Pada Tun, T Mahalel telah berjaya membawa keuntungan berjuta2 ringgit kpd proton. malah bandar@kilang proton di Tanjung Malim adalah hasil keuntungan proton ketika di bwh Mahalel.

    Namun….

    Itu cerita lama..sepatutnya ia tidak boleh dibandingkan zaman T Mahalel dgn zaman DSZ. Dulu rakyat Msia hanya terdedah dgn model WIRA, ISWARA, PERDANA. Sebaliknya sekarang, dgn globalisasi, AFTA, WTO dll lagi, proton sudah tentu akan terjejas dgn kemasukan pelbagai model luar yg mampu dimiliki oleh rakyat msia yg mana kebanyakannya sudah berpendapatan tinggi hasil usaha kerajaan sendiri.

    So masing2 ada zaman kegemilangan tersendiri. tapi aku cukup kagum dgn DSZ kerana mampu membawa proton ke satu langkah lg dgn pengenalan pelbagai model baru terutamanya EXORA dan PREVE.

    Proton di bawah DRB? mcm sunyi sepi je..takkan masih mengharapkan preve hatchback je?


  • DSSZ kembali ke Proton? Mcm mustahil pada saya..
    Walau apapon, dia tetap antara yg terbaek..
    Sedih dgn proton.. terlalu kerap bertukar tangan..akibatnya dasar, polisi, halatuju di ubah di enjak..
    hilang momentum..aku tak ckp sapa2, baik zaman TM baik zaman DSSZ..
    Dalam hal ni, proton patut belajar dari sejarah.. kat mana dia Berjaya… kat mana dia silap.. yg silap jgn la ulang..
    Skrg ni aku tgk makin sunyi proton..


  • CEO letak le sapa pun, tapi selagi approving authority mcm Board yang bengap dan tak reti nk appreciate design dn technology, proton tetap akan ketinggalan… learn how Kia retain his designer Peter schyrer… dia dilantik terus jd presiden Kia… beri full power pada dia utk transform Kia

    Proton should do the same… cari top designer dari luar, willing to accept his idea n design… strict audit on all vendor… and approve le design yg kelas2…

    kalau asik duk fikir kroni vendor…abis le..balik awai le…

Leave a Reply