ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Honda HR-V facelift dibuka, bakal dilancar pada suku ketiga (Q3) 2025

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini membuka tempahan Honda HR-V facelift di semua pusat pengedar sah Honda di seluruh negara, termasuk di platform dalam talian rasminya.

Bakal dilancarkan secara rasmi pada suku ketiga (Q3) 2025, model SUV popular segmen-B ini bakal menawarkan gaya terkini, prestasi dinamik dan fungsi serba boleh yang menepati keperluan gaya hidup masa kini.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2015, HR-V telah mencipta impak besar dalam segmen SUV tempatan dan menjadi model bukan nasional paling laris dalam kategori B-SUV.

Sehingga Mei 2025, lebih 169,000 unit HR-V telah terjual di pasaran tempatan, menjadikannya antara model kegemaran pengguna bandar dan luar bandar.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

HR-V facelift menampilkan reka bentuk yng lebih segar dan gaya premium. Varian HR-V e:HEV RS kini tampil lebih berani dengan elemen baharu termasuk:

  • Jeriji hadapan minimalis serba baharu
  • Rim aloi dwi-tona 18 inci
  • Jejalur lampu belakang LED penuh

Penampilan keseluruhan HR-V memberikan aura yakin dan sofistikated dari setiap sudut, sesuai untuk mereka yang mahukan SUV berprestij dengan gaya moden.

HR-V facelift ditawarkan dengan tiga pilihan rangkaian kuasa, termasuklah:

  • e:HEV 1.5L – Menjana 131PS dan 253Nm daya kilas, memberikan pecutan lancar serta kecekapan bahan api optimum dengan pilihan tiga mod pemanduan: Econ, Normal dan Sport.
  • 1.5L DOHC VTEC Turbo – Untuk pemandu yang mahukan prestasi lebih agresif, dengan 181PS dan 240Nm daya kilas.
  • 1.5L DOHC i-VTEC – Pilihan enjin yang lebih menjimatkan dengan kuasa 121PS dan 145Nm daya kilas.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Teknologi hibrid Honda bukan sahaja menawarkan prestasi responsif, malah memberikan keseimbangan terbaik antara kuasa dan kecekapan, sesuai untuk pemanduan bandar mahupun jarak jauh.

Ciri  keselamatan kekal sebagai keutamaan Honda menerusi Honda SENSING, pakej bantuan pemandu yang kini dilengkapi dengan ciri tambahan seperti:

  • Pancaran/Suluhan Pemanduan Adaptif
  • Lampu Membelok Aktif

Ciri-ciri ini menjadikan HR-V facelift sebagai SUV pintar yang bukan sahaja bergaya tetapi juga memberi ketenangan minda di setiap perjalanan.

Untuk lebih pilihan, HR-V facelift kini hadir dalam dua warna terkini, iaitu Phoenix Orange Pearl dan Crystal Black Pearl. Pilihan warna ini menyerlahkan lagi gaya sporty dan premium model baharu ini.

Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan awal menerusi laman rasmi prebook.honda.com.my atau aplikasi mudah alih HondaTouch.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply