ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Proton Perdana kini dibuka, harga dari RM100-150 ribu!

Views

Proton kini membuka tempahan model terbaharunya Perdana mulai hari ini. Wakil kami melaporkan model tersebut bakal dilancarkan secara rasmi sebelum akhir bulan dan harganya bermula dari RM100-150 ribu seunit. Model ini bakal ditawarkan dalam versi 2.4 liter dan buat permulaan akan menggunapakai enjin dari Honda Accord. Mulai 2017, Proton akan menggunakan enjin Petronas NE01 pada model Perdana secara berperingkat-peringkat.

silhoutte perdana

Mulai hari ini juga logo Proton berwajah baharu dengan menampilkan elemen tiga dimensi pada imej harimau. Bentuk perisai diluar masih dikekalkan dan Perdana akan menjadi model pertama yang akan membawa emblem baharu ini seterusnya diikuti dengan model-model baharu yang lain. Cogan kata atau tagline korporat baharu Proton turut ditukar kepada “It’s in the drive!”.

logo baru proton

Proton juga akan menyeleasikan isu berkaitan model keluarannya yang telah dibangkitkan oleh pengguna seperti Oil Cooler Hose dan kini pihak Proton sedang menempah alat ganti yang baharu. Penggantian kepada pemilik kenderaan yang terlibat akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Laporan lanjut menyusul.

VIDEO: Proton – it’s in the drive

Posted by funtasticko.net on Monday, 15 February 2016

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments


  • For RM100K, what do you get? – Gen-8 accord platform, 4 airbags, ABS, no ESC.
    And at RM150K, you will get 2.4 engine, bodykit and ESC.

    At the price and spec, nothing much i can say. Only good luck for this accordana.


    • Kereta perdana ni pun tiada smart keyless entry mcm IRIZ. Mungkin juga Hill Hold Assist tiada. Blind sport monitoring, autodim mirror, roller blind juga tidak ditawarkan untuk spec 2.4.

      Hasil pemerhatian saya, setakat ni segment D yang mempunyai spec yang baik vs harga adalah Nissan teana.


  • Proton hendaklah mengekalkan / menambahkan lagi ciri-ciri keselamatam seperti yang ada pada Proton Iriz.. jadikan Iriz sbg benchmark ciri-ciri keselamatan.. jgn dikurangkan.. ini model Proton yang paling premium.. tak kan lah nak ikut jejak langkah Perodua yang tidak meletakkan VSC/ESC/VSA sbg standard..!


  • Top-notch safety untuk semua varian adalah benda paling penting wahai Proton….Iriz boleh je…Perdana pun mesti la boleh juga…kalau tak, tak boleh la nak skor 5star Asean NCAP dengan Australian NCAP….premium model tu, takat 4star je malu la…:( saya harap, spec pre-launch ni hanyalah sementara dan ada lagi yang Proton belum beritahu….harap sangat final nanti ada common tech yang premium car ada seperti: blind-spot monitoring, dan segala benda alah elektronik yang lain, mula2 market mmg slow…bila owner puas hati, owner akan recommend pada orang lain…tak gitu? Mcm tu la Korean brand masa diorg mula2 berwajah baharu….susah nk ubah mind-set org….cuma, jangan tersalah langkah je la…..please, teruskan konsep “safety-first” yang anda sudah amalkan.
    Semoga berjaya Proton…banggakan Malaysia 🙂


  • gambar atas yang menunjukkan spec tu. ada logo lama proton, mungkin lama punya..

    klaau rasa tak dapat lawan market dengan model segmen segmen sama untuk harga tu, takkan proton nak jual kot. accord baru pun macam2 aksesori ada. keyless? bcm? ada econ button tak? autonomous braking, lanewatch etc..?

    nway, saya percaya pada improvement proton sekarang, insyaAllah


  • Tun Mahathir, ini belum sampai tahap Lexus dan Infiniti yg anda cakap sebelum ini malah tidak setanding Accord 9th gen. Hyundai dan Kia yg aksesori lebih lengkap dan canggih pun tidak dapat jual dgn baik mcm mana Proton harap Perdana dpt jual dgn spec dan harga mcm ni? Turunkan harga 2.0 ke bawah 100k utk men-wow-kan org dan maksimum 130k utk full spec klu nanti enjin turbo baru masih boleh naik harga. Tapi sekarang keyless entry dan ESC mesti ada Iriz yg krg drpd 40k pun ada ESC.


    • ye betul..maybe sebab tu x boleh nak tmbah sistem keselamatan byk2.. or mungkin tu pamplet lama.. model ni pun x boleh consider 100% by Proton sbb platfom sah2 dari Accord..

      tp memang sepatutnya Proton tmbah sistem2 keselamatan elektronik.. sebab da safety features tu seolah2 da jd trademark buat Proton..hmmm

Leave a Reply