ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Proton X50 2025 kini dibuka – Pakej istimewa untuk 10,000 pelanggan terawal, siri jelajah ke seluruh negara bermula!

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini secara rasminya membuka tempahan untuk model X50 2025, menerusi acara pelancaran penuh semangat yang bertemakan “Sedia Untuk Menggegar”.

Model dipertingkatkan ini menandakan langkah penting dalam evolusi SUV segmen-B terlaris di Malaysia, dengan lebih 140,000 unit telah terjual sejak pengenalannya pada tahun 2020.

Dibangunkan bersama rakan strategik, Geely yang memasarkan model ini sebagai Binyue dan Coolray di lebih 51 pasaran, secara tidak langsung X50 2025 telah mencatat lebih 1.2 juta jualan gabungan global.

X50 2025 didatangkan dalam tiga varian, iaitu Executive, Premium, dan Flagship. Kesemua varian dikuasakan oleh enjin 1.5L i-GT turbo (133 kW, 290 Nm daya kilas) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan.

Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.6 saat, 0.3 saat lebih pantas berbanding model sebelumnya, di samping mencatat peningkatan kecekapan bahan api sebanyak 4.7 peratus.

Sistem inforianya hadir dengan skrin besar 14.6 inci, kali ini dengan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu, yang pertama seumpamanya di dunia.

Ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan ADAS Tahap 2, menjadikannya antara SUV paling pintar dan selamat dalam kelasnya. Nilai tambah ciri baharu melebihi RM10,000, menjadikannya antara yang paling berbaloi di pasaran.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Pakej eksklusif pra tempahan “Ready To Roar”

Untuk masa yang terhad, bermula 5 Julai sehingga tarikh pelancaran rasmi, 10,000 pelanggan pertama yang menempah dan mendaftar X50 2025 akan menikmati:

  • Rebat tunai RM1,000
  • Kad Touch ‘n Go edisi khas
  • Tawaran GEMPAK! eksklusif (akan diumumkan semasa pelancaran rasmi)
    *Promosi tertakluk kepada terma dan syarat

Sebagai simbolik pelancaran ini, Proton telah bekerjasama dengan kumpulan De Fam untuk melancarkan lagu tema rasmi “All-New Proton X50 Ready, Set, Roar” yang menggambarkan semangat berani, bergaya dan progresif SUV ini.

Ia akan dipaparkan menerusi pelbagai di seluruh platform media sosial, kandungan kempen, dan persembahan langsung sepanjang acara utama.

Jelajah “Roar of Amazement” bermula!

Siri Jelajah Roar of Amazement akan bermula hujung minggu ini di seluruh negara bagi membawa pengalaman SUV ini lebih dekat kepada rakyat Malaysia.

Pengunjung berpeluang menyaksikan X50 2025 secara dekat, bersua dengan personaliti media sosial dan memenangi pelbagai hadiah eksklusif melalui aktiviti interaktif.

Orang ramai dijemput untuk ke Setia City Mall pada 5 hingga 6 Julai, bilik pameran Proton terpilih atau melayari laman rasmi proton.com untuk membuat tempahan.

Untuk maklumat lanjut dan jadual penuh jelajah, ikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial utama.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Berikut adalah perincian ringkas Proton X50 2025 mengikut varian:

Proton X50 2025 1.5TD Executive (spesifikasi asas)

  • Enjin i-GT 1.5TD
  • Transmisi Dwi-Cekam 7-Kelajuan
  • Lampu hadapan LED
  • Jejalur lampu belakang LED
  • Rim Aloi 17-inci
  • Pengelap cermin hadapan automatik (Auto Rain Sensing)
  • Paparan Meter LCD 8.88-inci
  • Pendingin hawa automatik
  • Kemasan tempat duduk fabrik
  • Unit inforia 14.6-inci
  • Apple CarPlay® dan Android Auto™
  • Kamera undur
  • 6 beg udara SRS
  • Brek parkir elektrik (EPB)
  • Penghidup enjin kawalan jauh

Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)

  • Bantuan Pertukaran Lorong (LCA)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Amaran Trafik Silang Belakang (RCTA)
  • Amaran Pembukaan Pintu (DOW)

Proton X50 2025 1.5TD Premium (penambahan dari varian Executive)

  • Rim Aloi 18-inci
  • Pintu belakang berkuasa
  • Tempat duduk kulit buatan/sintetik (Leatherette)
  • Tempat duduk pemandu larasan elektrik 6-hala
  • Lampu suasana berirama
  • Kamera definisi tinggi (HD) 360° + Pandangan lutsinar 180°
  • Sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS)

Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)

  • Brek Kecemasan Kendiri (AEB) dan Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Kawalan Jelajah Adaptif dengan Fungsi Henti dan Mula (ACC)
  • Kawalan Jelajah Pintar (ICC)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
  • Kawalan Pemusatan Lorong (LCC)
  • Kawalan Suluhan Lampu Tinggi Pintar (IHBC)
  • Maklumat Papan Tanda Jalan (TSI)

Proton X50 2025 1.5TD Flagship (penambahan dari varian Premium)

  • Spoiler belakang yang sporty
  • Warna luaran dwitona (bumbung hitam)
  • Bumbung suria panoramik
  • Kemasan dalaman dwitona
  • Pengecas nirwayar
  • Pelindung suria separa telus
  • Bantuan Parkir Automatik (APA)

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto rasmi

Foto di bilik pameran (Hoi Keen 4S Kuantan)

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply