Tenaga Setia Resources Sdn. Bhd. pengedar 3S Honda yang ditubuhkan pada tahun 2002 dan sebelum ini terletak di Jalan 222 , hari ini telah dinaik taraf kepada Pusat (4S) penuh yang menawarkan khidmat jualan, servis, alat ganti dan semburan cat di bawah satu bumbung. Tenaga Setia Resources melabur RM28.5 juta dalam pembesaran dan penempatan semula Pusat (4S) mereka di Seksyen 51 dengan tujuan untuk terus menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap kepada pelanggannya.
Upacara pembukaan rasmi telah dihadiri oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Yoichiro Ueno yang merupakan tetamu kehormat, selain rakan sekerja serta pelanggan lama Tenaga Setia Resources Sdn. Bhd. Dalam ucapan perasmian, Encik Ueno berkata, “Menaik taraf, pembesaran dan penempatan semula Tenaga Setia Resources ke lokasi baru yang lebih luas dan strategik menunjukkan dedikasi untuk sentiasa memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka di Lembah Klang”. “Saya memuji usaha Tenaga Setia Resources bagi meningkatkan kemudahan serta menggabungkan pusat pembaikan badan dan cat,” tambah beliau lagi.
Selangor dan Kuala Lumpur adalah pasaran terbesar bagi jenama Honda. Dalam rekod baru-baru ini jualan bagi bulan Julai 2012, Kuala Lumpur dan Selangor menyumbang 50% daripada jualan keseluruhan. Sejak penubuhannya, Honda Malaysia telah bekerja rapat dengan peniaga untuk meningkatkan perkhidmatan mereka dengan memperoleh status 3S atau 4S yang menyediakan pakej perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan di seluruh negara. Sehingga kini, terdapat sebanyak sebanyak 61 peniaga Honda seluruh Malaysia, 56 yang beroperasi sebagai Pusat 3S Honda manakala 5 daripada mereka telah dinaik taraf kepada Pusat 4S.
Untuk membuat temu janji dan masa operasi, pelanggan boleh menghubungi Tenaga Setia Resources di talian 03-7784 8211 (Jualan), 03-7784 8311 (Servis) dan 03-7784 8511 (Badan dan Cat) atau layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
OPpA GangNam Stlye!!!
hahahaha..baru nk komen g2 jugak..