ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla bikin powerbank guna sel bateri Model S

Views

Anda peminat tegar Tesla? Ini ada sesuatu dari jenama tersebut yang mungkin mampu anda miliki, powerbank yang direka untuk mengecas telefon pintar anda, diinspirasikan dari monumen adipengecas (supercharger) Tesla yang terletak di Studio Rekabentuk Tesla. Apa yang menarik mengenai powerbank ini ialah ia menampilkan sel tunggal 18650 dengan kapasiti 3350 mAh.

Sebenarnya ia menggunakan sel bateri yang sama digunakan pada model Tesla Model S dan Model X, yang membezakannya hanyalah bateri kedua-dua model kereta tersebut mempunyai kapasiti lebih sekali ganda iaitu 7000 mAh. Powerbank Tesla ini sesuai untuk semua jenis model iPhone dan telefon pintar yang dilengkapi dengan USB-mikro yang disambungkan dengan kabel bersepadu.

Pada kami setakat keluar powerbank ni sikit punya hal je pada Tesla, kereta dengan trak elektrik pun dia boleh buat kan? Powerbank ni sesuai sangat untuk dijadikan hadiah sempena Krismas nanti. Harganya cuma RM186 (USD45) seunit.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply