ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada model baharu dari Proton sehingga 2013???

Views

Betul ke berita dari theedgemalaysia.com yang Proton tidak akan mengeluarkan sebarang model baharu sehingga kemunculan model gantian Perdana hujung 2013? Adakah ini cuma khabar angin atau spekulasi semata-mata? Jika benar, bermakna projek P3-22A (Prevé hatchback) dan P2-30A(Global Small Car) telah pun menjadi sejarah. Setakat ini DRB masih lagi membisu dan tidak menyatakan apakah perancangannya untuk masa depan Proton. Yang pastinya info dan berita mengenai Proton semakin kurang dan tidak semeriah dulu. Kita tunggu apa yang akan berlaku nanti.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

80 Comments


  • proton dh semakin membosankan……….bkn nk kutuk tp seriusla sejak ketiadaan aura DSSZ nie, layu semacam je proton…..bangkitla segera proton oooiii…..bkn mase nk tido balik nie…


  • Datuk Lukman was CFO to DRB, he is an accountant/ACCA.. but people said he doesn’t want to listen other people opinion..

    He is not same like Tan Sri Tony Fernandes.. he is also an accountant/ACCA, but he listen & appreciate other people opinion…

    I’m an accountant too..


    • who say TFrnds listen to others..get ur fact right bro..haha.. he not diffrnt from others kapitalise based CEO/owner.. like a leeches… ask all union leader u will knw the real answer..ask MAHB staff…you will knw… you ask his lower staff..u will… dont ask the senior mgmt.. hoho


  • Betul la proton makin boring, FD pun dah tak rancak lagi hanya segelintir pengomen tegar dan proton fanboy yg tinggal. Dengar citer gen2 second jatuh teruk tahun 06 05 04 sekarang trade in market belas2 ribu je. (advertised tinggi boleh tapi no taker) Mungkin akan alami nasib yg sama dengan tiara,juara,savvy. Yang ura2 nak sambar preve hold dulu kerana takut pelaburan anda senasib diatas.

    My 2cent opinion no harm ye.


  • mmg dh agk bende ni akn berlaku.nasib sama mcm modenas.tolongla kalo beli share tu truskn legasi proton.buat penambahbaikan.bukn beli utk wat koleksi berape bnyk company yg dibeli.patutnya syarikat automotif ni dijual pd yg btol2 nk majukan industri automotif.bukan pikir nk buat duit je.tp produk buat lebih kurang.


  • cooling period kot..memandangkan yg pgg ceo skung akauntan..gaji lak kene selaraskan 900..si dany lak wt hal..tngk la nnt..yg pnting DRB mmg ske wt duit je..mcm modenas..diam je…


  • patut la mkin xrancak skrg berita pasal proton…xmeriah la Blog ni skrg..dlu klu pasal proton,blog ni yg pertama..tp sy msih jenguk blog ni
    ingt kn bila Drb amek alih dpt la byk suntikan modal tp skrg xnmpk apa2 pn lg…ptutnya dtruskn la apa yg drncang dr DsZ…
    baru la nmpk mcm xsenyap sgt…bila la lg spyhot2 akn dpt dihat n dbc di blog ni…xsabaq btui dgn projek proton yg sblum ni….harap Drb Xhold la…


  • Kalau benar berita itu, memang hampa. DRB tidak boleh cakap apa-apa yang tidak pasti seperti penghujung 2013 mungkin akan mengeluarkan model Proton Perdana.

    Macam mana pula model model yang dapat bersaing di tempatan dan antarabangsa seperti Proton P3-22A (Preve Hatchback) dan P2-30A (GSC – Emas)? Kedua-dua model atau sekurang-kurangnya P3-22A keluar pada pertenggahan 2013 dan P2-30A pada akhir tahun 2013 atau awal 2014.


      • Bagi aku, Proton tidak seharusnya mengeluarkan model bersaing dengan Toyota Camry, Honda Accord mahupun Hyundai Sonata dalam segmen yang sama.

        Proton perlukan model-model yang dapat dibeli oleh rakyat tempatan terutamanya dan juga yang dapat bersaing di antarabangsa.

        Keluarkan P3-22A dan P2-30A baru cakap pasal Proton Perdana.

        Terima kasih.


      • Masa belum tiba untuk Proton mengeluarkan segmen D. Segmen A, B dan C yg dapat dimiliki oleh kebanyakan orang harus dikeluarkan dulu dengan mutu yg terjamin.


      • klu mcm tu kereta pertama 100% buatan proton sepatutnya saga / wira replacement dan bukannya waja sbb saga/wira pd masa tu lebih mampu milik dan lebih sesuai utk mass market, daripada waja yg pd masa tu utk niche market (skrg spt inspira)


  • Mintak banyak bersabar. DRB masih dalam proses mengenali selok-belok biznes MEMBUAT kereta. Selama ni diaorg tau pasang+jual aje. Itu pun kekadang melatah jugak Chevrolet contohnya. Mana-mana syarikat kalau mengambil alih perniagaan baru, perlu meneliti dengan lebih dalam. Sememangnya itu adalah langkah yang bijak.

    Duit yang dilaburkan membeli saham sememangnya tinggi. Bila dah beli kena cari pulangan. Mereka yg bijak tidak akan melabur tanpa usul periksa. Setahu saya diaorg masih membuat audit dalaman dan memanggil auditor luar untuk periksa hal kewangan. Bila dah nampak, baru dia boleh menganalisa dan tengok buruk dan baiknya.

    Sememangnya syarikat perlu berdaya saing. Bukan setakat keluar model baru sahaja. Duit pelaburan mesti memberi pulangan. Hanya bila Syarikat itu untung, baru ia boleh mengorak langkah lebih luas, menjaminkan pekerjaan dan memberi peluang pada industri sokongan. Sabar.


    • setuju ini mmg nature of bussines.kte sbg orang luar mungkin terasa perbezaan sebab proton dibeli dlm keadaan on track for many new product. buat mse ni mungkin bnyak facelift model je kot akan dikeluarkan…. insyaallah project tu akan diteruskan cme masa je x tahu bile,sbb semua projek on going adlah projek mass production bkn nye niche product. skrg pn dgr citer p2 bnyk benchmark kete compact other brand baru utk viva replacement…


  • Dooms day proton semakin hampir. Mgkin 5 tahun lepas diorang di atas skg zaman kegelapan sudah kunjung tiba. Sepatutnya progression dan momentum proton tak bole terhenti and pause ketika org luar menaruh harapan ke atas proton. Masyarakat start giving trust tapi tp proton mula memberikan isyarat yang berlawanan.

    Proton makin sukar nak catch up dgn market competitiveness. First global car pun sudah byk yg goyah dgn byk kesilapan2 kemudian ditambah berita yang negatif. Mcm mn mahu bersaing dgn pengeluar kereta dunia lain yang semakin hari jauh meninggalkan proton. Sedangkan take over process dan audit saja ambil masa dkt setahun then baru nak start buat decision dan dasar. Biler pulak nk start new product development? 2-3 tahun lg? Totally a waste. Proton baru berdiri tp org lain dah jauh berlari.

    Jika masa depan proton tu sendiri sudah tidak menentu apatah lg masyarakat sekeliling . tak mustahil proton bakal dalam kenangan.


    • satu je yg menarik dn buat saya tertanya2 kenapa perlu lakukan urusan jual beli ketika proton dlm process recovery and build up momentum? klo berlandaskan bisnes ini satu tindakan kurg bijak.tp apakan daya nasi sudah menjadi bubur


      • ntah la. Tapi kalau betul tanggapan saya, DSSZ dah nampak apa yg akan berlaku dan saya rase die dah mengkaji pro cons pengambilan nh. Lebih baik die tarik diri dari berperang idea dengan Big bos atas..


      • Proton sebelum ini adalah GLC. Kebanyakan syarikat yang terbesar dari segi aset di Malaysia adalah GLC. Mana-mana kerajaan pun tidak efektif untuk mengurus syarikat kerana mereka adalah process oriented kata omputeh. Sedangkan pesaingnya badan komersil. Bayangkan cuma Proton sahaja yg diuruskan oleh kerajaan selain dari kereta Russia tu. Selebihnya ditadbirkan oleh badan komersil. Ada yg terbesar diuruskan oleh keluarga dan disokong penuh oleh kerajaan tempatan (VW+Porsche).

        Proton tidak boleh maju jika diuruskan oleh accountant. Ini bukan Petronas yang dilindungi oleh akta. Proton lebih terdedah pada banyak faktor luaran.

        Sekiranya perjalanan sesuatu badan tidak lancar, sememangnya ada pembaziran dari segi peggunaannya. Wang dan masa yang dilabur perlu memberi pulangan lebih dari kos dan inflasi. Sambil itu, pasaran yang dinamik, yg sentiasa berubah, bukan tempat bagi badan terurus. Bila pasaran berubah, bukan sahaja produk berubah, tapi pengurusan, sumber bahan, segalanya turut berubah.

        Satu satunya yg dititikberatkan oleh GLC adalah sokongan pada industri tempatan. Burok-baiknya ada. Namun diringkaskan, industri tempatan terlalu bergantung pada GLC sebagai sokongan walaupun sudah lama beroperasi. Bukan di industri otomotif sahaja. Ini termasuk Oil and Gas serta Tenaga da Komunikasi.

        Dari segi Khazanah pula, mereka perlu menguraikan pegangan saham dalam GLC ini. Ia memberi peluang pada pelabur, membawa masuk duit luaran. Menaikkan nilai di pasaran bursa. Pembebasan industri memberi peluang untuk maju. Tetapi adalah susah bagi mereka (pekerja dan vendor) yg berjaya dalam fasa GLC untuk menempuh zaman komersil.


      • brazbuz, persoalan anda sangat bagus.
        sedang berada di puncak dan dalam laluan yg bwtul, tiba tiba ditukar pengurusan.
        tun mahathir letak jawatan ketika dia berada di zaman kegemilangan, bukan ketika dia berada dalam keadaan yg teruk spt zaman kejatuha. ekonomi atau dia dicemuh. itu tindakan sendiri tun mahathir.
        tetapi, bagi proton, tun juga berada di dala. proton, telah berlaku rombakan ketika perjalanan untuk menjadi lebih maju.

        soalannya, kenapa perlu tukar pengurusan? adakah ada lopong atau masalah ygawm tidak nampak?
        nazdmi salleh, khazanah, dsz adalah orang yg ada di atas. adakah kereana seorang, proton perlu dirombak?

        gua rasa ini sebab najib yg but kpi. kpi khazanah kalau boleh nk serah dn kurangkan pegangan di dalam glc. sebab nk capai kpi, khazanah jual proton. tiada fleksibiliti di dalam manage kpi.

        mahu naikkan sebelah pihak dgn merugikan sebelah pihak.
        ini bukan transformasi najib oii.. ini tunggangkasitebalik….
        najib……adakah mk kurangkan pengaruh tok det?


  • Mmm… bagi sya citer2 proton x menonjol la nie, kita faham proses peralihan pengambi-alihan nie. Mgkin ambil masa sikit. Tapi jgn lama sangat ye DRB. Harap tempoh bertenang nie akan berakhir dan strategi plan kemajuan proton dpt kita lihat sama2:) Semakin lama menyepi semakin banyak tanggapan2 serong nanti. Yg mmg nak lihat prootn jatuh, time nie la sesuai nak sebarkan ‘racun arsenik’ kat masyarakat luar sana. Yg mmg menyokong perjuangan industri pengeluar kereta M’sia plak mmg megharapkan sesuatu yg fresh dan membnggakan datang dari pengeluar kereta ini.

    So, sumer org masih dlm mood bertenang, bersabar dan mgharapkan sesuatu yg tidak dijangka tapi meyakinkan berlaku…

    cheers!


  • Dulu masa Proton terkapai-kapai nak dapat sokongan masyarakat Malaysia, takde yang nak ambik kisah. Bila dah tengah naik, Preve dah keluar, dah makin improved, bukan main sibuk nak beli. Hah, sekarang dah beli, buktikan kredibiliti dengan walk the talk. DSZ has done it, now it’s your turn DRB.


  • betul jugak tuh, diorang take over Proton bukannya senang, bukan semudah makan choki2.. susah kott.. korang kene fikir jugak.. preve dpt dihasilkan selepas lebih 25 tahun proton wujud… ni korang nak mengharap dalam masa yg sekejap… benda biasa jarak model baru, kemungkinan proton boleh keuarkan model facelift untuk model2 sedia ada… nak buat special edition ke… syarikat lain pun bukannya banyak pun dalam setahun keluarkan model, hanya varian baru je yg keluar… kalau satu model mercedes, diorang akan buat asal model tu untuk model wagon, shooting brake… kalau suv, akan ada special edition.. lepastu diorang ada banyak anak syarikat macam brabus, amg, boleh keluarkan model lain skit wlaupun sama je jenis…

    berila drb-hicom masa, ada benda tak kena kot… nak buat perjanjian dgn vendor baru ke… sebab nak jaga kualiti… kalau kereta tak kualiti korang jugak yg komplen….

    kereta luar yg bagus2 pun celup teknologi dr syarikat lain, boleh kurangkan kos r&d… dari segi teknologi ke… boleh kongsi…

    DS zainal abidin keluar pun bukan sebab tak puas hati dgn DRB, dia ada sebab tersendiri dia nak keluar…


  • aku setuju kalau proton keluarkan pengganti perdana..memandangkan perdana dah kire segmen mewah, so di sini kita boleh melihat kemampuan proton..kalau setakat kelas bawah2 tu, sampai bila nak maju..


  • drb-hicom adalah authorised distributor untuk VW
    so tak hairan lepas ni akan byk parts proton yg copy paste dari VW

    actully benda ni bagus,tgk aje porsche cayenne yg actualy pakai body platform & gb dari VW toureg (basic structure dr VW tp further refined by porsche) & Lambo gallardo’s enjin parts milik Audi(siap ada lambang Aaudi)


  • Drb tuggu masa jual proton. Ambik tanah dan buat pembangunan perumahan dan komersil. Drb bukannya ada niat nak buat auto biz. Beli proton rm 5 ++ per share pada harga fair rm9++ pershare. Untung lagi buat macam tu. Syed moktar ni kroni nak untung aje.


  • Saya dengar dari editor magazine, satu industri tau niat drb dari awal. Just rakyat yang sanggup diperbodohkan saja yang menganggap niat drb tu baik.


  • Dalam tempoh hingga 2013 ni, selesaikan dulu masalah OWV untuk enjin CFE!!!…. ni macam takde tindakan dari DRB…. lembab betul DRB ni, takde pemantauan kehendak pelanggan ke?


  • Sekarang orang besar Proton sedang susun $$$ susun Organisasi susun pengurusan Vendor dsbnya. Biasalah penyusunan dan auditing akaun menjadi perkara utama kerana profit oriented setelah di ambil alih oleh private body. Buat apa kelurkan model baru dan baru bila financial year semua MERAH!! Jadi tugas sekarang bagaimana nak turn kepada Black or Blue!

    Elok jugak kalau tiada model baru tetapi kelurakan model enhancement – yakni kumpul semua komplain dari SAGA, INSPIRA, PREVE, IXORA kemudian reengineeringkan – reconstruction – reproduction mana2 bahgian bermasalah.
    Kadang2 kita terpikir bukan masalah “PROTON” tetapi kualiti productionya – workmanship assemblingnya kureng!

    IXORA BOLD dengan leakagenya
    SAGA – Stabilitynya dan Engine Sound
    INSPIRA – Absorbernya yang “knocking” – July baru nak settle.
    PREVE – Entah tak pasti lagin
    Wind Noise Soundnya – For all Proton Model
    Enhance all the safety – EBD, ABS, VSC, EMP etc

    Biarlah Proton menjadi alah membeli menang memakai!

    WA


    • Triple A

      Saya rase leaking exora bold bukan satu isu, ada beberapa jer yg x pasang betul.
      Saga saya rase stability die ok untuk b segment dengan harga berkenaan. kenapa? Saga bawak 120 dah bergegar ke?
      Inspira saya x pasti.
      Preve – wind noise dah settle x silap. Salah vendor.
      Wind noise – Bising sangat ker..

      Tapi bab safety mmg kene upgrade.


    • Semua berbalik pada proton. Tidak kirala issue production ke vendor atau management bermasalah proton sbg satu organization adalah bertanggungjawab untuk semua produk di bawah jenama nya sendiri. Takkan issue material yg tak berkualiti hendak blame pada vendor sahaja. Dan bg alasan pd customer vendor bg produk yg defect. Untuk apa customer peduli sape yg salah sedang mereka dah bayar.Proton sendiri yg decide utk pilih supplier. Production assembly yg x effiecient pun proton juga yg control dan monitoring the process..so sape lg yg kita nak blame. Proton ada kuasa utk menentukan hala tuju serta tambah baik kualiti produk tapi adakah proton btul2 sudah berubah atau masih ditakuk lama cuma add improvement skit je..tunggu dan lihatla under drb nnti.


      • itu tidak dinafikan, walaupun problem vendor, proton jugak dapat nama. Itu pentingnya management untuk tolak rakan sekerja yg mcm nh,


  • Cmne nak naikkan PROTON kalau yg masuk jadi top management ada yg nak balas dendam kat PROTON c0z kisah silam jadi vendor utk PROTON…haih~~


  • On proton: maybe DRB tgh study camner nak improve proton kot. maybe orang cakap DRB just pandai pasang. tapi dari gayer derang, derang pasang bebetul, tak kompromi kot. tuh pasal ader plan yang kena hold.
    On lotus lak:
    saper ader bace top gear mesia bulan nih. enjin V8 tgh testing 10000km eh. body pon dah ader ek. cayalah wolf zimmer,

    aper aper pon gud lak, maybe we should hear more after NAP announcement. Aper kater saper saper yang pandai tuh gih apply jadi independent panel ker..kalo pandai lah.


  • Insya-Allah P3-22A on progress kalau tak de aral melintang bln dpn dh start P1 stage. Utk GSC masih peringkat stylish, ada perubahan sket. So proton ada lg Projek cuma skrg ni masih lg pd peringkat pengstrukturan semula sbb tu ‘sejuk’ sket.


    • utk gsc, boleh x proton bg:
      1. dashboard yg simple, xbyk butang.
      ini utk kasi persepsi luas utk kereta kecik.
      2. hidden space utk simpan barang.
      cth space bawah seat.
      3. multiple seat orientation
      agar sesuai bawak barang shopping skali skala.
      4. good ergonomik
      cm preve at least, lg bagus kalu guna column mounted gear & footbrake baru nmpk luaass..
      5. enjin reev mgkn boleh kuar, tp utk mula2 ni, amik enjin petrol pn ok. lg bes diesel.
      6. jgn lupa pilihan warna interior..

Leave a Reply