ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

TIPS : 5 Benda yang boleh hilangkan bau durian dalam kereta!

Views

Kami sangat yakin anda dah pernah terbaca artikel seperti ini di laman web yang lain kan? Tapi kami sengaja nak ulangkaji tips seperti ini memandangkan musim durian telah membuat ‘comeback’. Sepanjang perjalanan nak pulang ke rumah pun kita boleh lihat gerai-gerai jualan durian di tepi jalan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Jadi tidak salah rasanya, kami nak berikan lagi tips bagaimana untuk menghilangkan bau durian dalam kereta anda.

Memang bau durian boleh mengganggu hidung mereka yang tidak suka dengan raja buah ini, memandangkan ia agak meloyakan dan lebih sadis apabila si peminat durian sendawa dalam kereta yang pasang penyaman udara. Hilang terus kenyamanan udara dalam kereta tersebut. Itu ditambahkan lagi dengan bau durian ‘take away’ yang di bawa pulang ke rumah.

JOM BACA >> TIPS : Kilatkan Lampu Depan Kereta Yang Kusam Dan Kekuningan Dengan Modal Tak Sampai RM15!

Jadi ini ada 5 (lima) bahan yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau durian dalam kereta.

1. Kopi

Kopi memang minuman yang sangat mengujakan para penggemarnya dan juga mujarab untuk menghilangkan bau durian dalam kereta anda. Aromanya yang kuat dan wangi mampu menyerap segala bau yang berada di persekitarannya. Cara untuk menggunakannya adalah seperti ini, bancuh segelas kopi dengan air panas dan biarkannya selama 20 minit di dalam bonet kereta. Bau durian akan terus lenyap selepas itu. Sambil menunggu tu boleh la minum kopi secawan dulu kan?

2. Roti

Eh, lepas kopi dibantainya roti pula. Tapi bukan kami suruh anda makan roti sambil cicah air kopi tadi. Sebenarnya, roti juga mampu menyerap bau durian dalam kereta anda. Caranya seperti ini, letakkan beberapa keping roti di dalam bonet kereta selama dua hari. Setelah dua hari bau tersebut akan hilang dan anda boleh la membuang roti tu. Kalau nak elakkan pembaziran, eloklah cari roti dah yang nak tamat tempoh luputnya.

3. Cuka

Cuka bukan sahaja boeh digunakan sebagai penambah perisa dalam makanan, tapi ia juga mampu menghilangkan bau durian dalam kereta anda. Caranya, letakkan semangkuk cuka di dalam bonet selama beberapa jam. Setelah itu bau busuk durian dalam bonet kereta anda akan hilang.

4. Arang

Jangan ingat arang hanya digunakan sebagai bahan bakar. Cuba letakkan beberapa ketul arang di dalam bonet kereta dan ia akan menyerap segalau bau dalam ruang tersebut termasuklah bau hapak dan bau durian. Cara ini memang terbukti berkesan, tapi jangan la pi cucuh api pula kat arang tu, bukan nak perasap bonet kereta pun.

5. Daun Pandan

Satu lagi bahan masakan yang mempunyai aroma yang sangat wangi iaitu daun Pandan juga mampu menyelasaikan masalah bau durian dalam kereta anda. Caranya, letakkan beberapa helai daun pandan dalam bonet kereta anda dan bau durian itu akan dinyahkan dan hilang dengan pantas.

Selamat mencuba tips ini ye!

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply