Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini telah menerima sebuah Kenderaan Permukaan Tanpa Pemandu atau Unmanned Surface Vehicle (USV), Swift Sea Stalker (S3) sumbangan syarikat pertahanan dari Amerika Syarikat, Swiftships.
Majlis penyerahan berlangsung di Pavilion TLDM sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 yang diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC).
Penyerahan tersebut disaksikan sendiri oleh Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Timbalan Menteri, YB Adly Zahari serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy Ithnain mewakili TLDM dalam majlis itu, manakala pihak Swiftships diwakili oleh Naib Presiden Eksekutifnya, Kristina Paskeviciute.
Swift Sea Stalker S3 merupakan sebuah platform tanpa pemandu permukaan (USV) yang bakal memperkasakan kemampuan operasi TLDM khususnya dalam aspek pengawasan, perisikan dan kawalan maritim.
S3 juga boleh dilengkapi dengan persenjataan yang meningkatkan tahap deterrence (daya cegah rintang) dalam persekitaran konflik laut moden.
Menteri Pertahanan dalam ucapannya menyifatkan penyerahan ini sebagai satu langkah strategik ke arah memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani ancaman masa depan, selaras dengan Pelan Pembangunan Angkatan Masa Hadapan (CAP55).
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
“Penerimaan S3 ini adalah simbol komitmen kita terhadap teknologi baharu dan keupayaan pertahanan pintar. Ia membuka ruang kepada TLDM untuk meneroka lebih banyak platform tanpa pemandu dalam operasi akan datang,” jelas beliau.
TLDM sebelum ini telah mewujudkan Skudaron 601 yang mengoperasikan sistem udara tanpa pemandu (UAS) ScanEagle sebagai force multiplier.
Kini, dengan tambahan aset USV seperti S3, ia mengukuhkan lagi keupayaan TLDM dalam peperangan berasaskan teknologi tanpa pemandu yang lebih cekap dan kos efektif.
Dengan penambahan platform S3 ini, TLDM bersedia untuk memperluas operasi maritim secara lebih pintar dan efisien, seiring perkembangan teknologi pertahanan global. – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Tentera Laut Diraja Malaysia
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI