ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Agya dan Daihatsu Ayla kembar tak seiras dari Indonesia

Views

Pasangan kembar tak seiras dari Indonesia Toyota Agya dan Daihatsu Ayla telah dilancarkan baru-baru ini. Jika anda semua masih ingat kereta konsep Daihatsu A-Concept yang dipamerkan di Indonesia Internasional Motor Show (IIMS) tahun lalu, ini adalah versi produksi kepada model tersebut. Projek ini merupakan Low Cost dan Green Car (LCGC) yang dibangunkan secara usahasama antara Toyota dan Daihatsu, khusus untuk rakyat Indonesia.

Toyota Agya dan Daihatsu Ayla telah dibangunkan menggunakan platform Daihatsu Mira e:S dan direka sepenuhnya oleh pereka Indonesia. Kedua-dua model ini juga seakan-akan model Daihatsu Mira e:S terutama sekali dibahagian bumper belakang, bentuk teingkap, garisan badan dan bentuk lampu belakang. Bahagian dalamannya juga hampir sama dengan Daihatsu Mira e:S, cuma rekaan yang sedikit berbeza, kurang aksesori dan menggunakan warna yang lebih gelap.

Toyota Agya dan Daihatsu Ayla menggunakan enjin 1.0 liter VVT-I, 3 silinder yang boleh menjana 68 hp dan tork 93 Nm. Dari segi penggunaan bahan api, model ini mampu pergi sejauh 22 hingga 30 km untuk seliter petrol. Transmisi automatik dan manual boleh dipilih sebagai pelengkap kepada enjin tersebut. Dianggarkan model ini berharga bermula dari Rp75 juta sehingga Rp100 juta.

Adakah Perodua akan menggantikan Viva dengan model ini nanti? Diharapkan Perodua mendapat lebih kebebasan untuk merekabentuk modelnya sendiri selepas ini, biarlah berbeza sepenuhnya dengan model asal. Apa pendapat anda?

sumber : www.dapurpacu.com

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


  • Ayla looks like alto + i10. Ayga loks boring same as alza face. If p2 gonna bring this platform home , hope apply more creative design.


    • sangat banyak elemen Myvi sebenarnya di sini
      1.dashboard design& layout
      2.rim(totally Myvi,no change)
      3.headlights
      4.front bumper Agya
      5.centre lever cluster
      6.meter display(previous gen Myvi, or new Avanza)
      7.front hood

      surely ada penglibatan Perodua dalam projek ni, dan pastinya ni pengganti Viva, mungkin front fascia berbeza
      tp kalau betul ini pengganti Viva, pls jangan buat alasan ‘cost effectiveness’ utk import & rebadge dr Indonesia


  • Ini bermakna Jepun tidak mempercayai Perodua lagi. Menariknya, ekonomi Indonesia sekarang ni memang tengah boom, macam di Malaysia sekita 1989-1996 dulu. Daihatsu Indonesia juga dapat kepercayaan reka kereta sendiri oleh tangan-tangan orang-orang mereka sendiri ‘start from scratch’. Ada sesuatu yang perlu kita lakukan. Harapannya, NAP yang akan datang ni boleh naikkan semula sektor automotif malaysia. Kita tak mahu jadi jaguh kampung sahaja.


    • Mmm… Jepun bukan x caya kat perodua, Bisness strateginya mgkin adalah melabur pada yg lebih yg mempunyai pasaran yg lebih besar. Even market kereta2 jepun di indonesia melebihi 90% penguasaannya. Berbanding di M’sia, kita ada perusahaan kereta sendiri, X berbaloi bagi jepun buat pelaburan utk bersaing 1 by 1 dgn perusahaan yg mendapat sokongan drp kerajaan. Dah tentu utk itu, depa guna strategi lain; perodua sebagai subsidiary company jer – Kereta M’sia, tapi owner jepun punya:)

      Sektor automatif di M’sia perlu berkembang, seprti mana matlamat penubuhannya sebahagian drp titik tolak utk menjadikn m’sia negara maju 2020 nanti. Kita nak lihat bukan shaja proton berkembng tetapi ada beberapa company automatif negara berkembang juga dan menjadi iconic kepada pembangunan negara. x gitu?

      Perodua plak, harap akan keluar drp kepompong toyota/daihatsu suatu hari nanti dan mampu mencipta nama bukan dibalik bayang2 company besar itu.

      salam n cheers!


      • selagi tak buat kereta sendiri, selagi tu la byk bergantung kat org lain. apa business plan perodua sebenarnya, adakah nak kekal sebagai car assembler atau nak jadi lebih dari itu?


  • mereka cakap jer Indonesian yang reka sendir.. selagi kerja di bawah org jepun.. semuanya di kawal… kelulusan semua dari pihak Toyota dan Daihatsu… perodua nak reka kereta sendiri? Herm makin mahal lah kereta tu kerana mereka akan gunakan moulding baru bukan yg dah sedia ada…….


  • indonesia hanya hub pengeluaran, mungkin hanya sdikit penglibatan dlm rnd. lgpun tenaga buruh murah dan pasaran kereta kecil besar di sana.

    kalau perodua rebadge dan tukar bumper dan dashboard saja pun tak apa, sebab, dr segi pelaburan, perodua viva bukanlah penyumbang besar dlm jualan mengikut MAA. buat apa labur byk dalam produk yg xjual byk n profit margin rendah? baik tumpukan pada model kompak sedan yg baru atau pengganti alza/myvi. vw/toyota pun bt begitu. byk sykt jepun juga bt mcmtu skrg, subaru, mazda dsbgnya.

    Rp75j-Rp100j (rm30-45k) bukanlah murah sgt juga utk kereta yg basic dan safety features x brapa tgi spt ini. sy x nmpk airbag pd Toyota Agya tu. mgkn boleh dptkan spec sheet?


  • xpyah nk design sendiri sgt.. spare part susah nak cari.. kene booking mcm proton 2.. myvi, g kedai halfcut, terus dapat.. murah pn murah.. xpyah booking.. malaysia mmg patutnye xpyah buat kereta sendirik.. buang karen.. bukan ramai mane pon penduduk Malaysia nie. Negara Maju lg besar dpd Malaysia pun tak buat kereta dorang sedirik..


  • dlm masa 10 tahun akan datang, indonesia boleh atasi malaysia dari segi ekonomi, kalau kat Malaysia ramai pakai myvi atau viva, kat Indonesia ramai pakai Avanza dan Jazz


    • errrr…. sekarang ni kalau tak silap memang ekonomi Indonesia dah lepasi MAlaysia dah… dia dah jadi the biggest economy dah kat ASEAN ni…


      • Mmm… ekonomi indonesia mmg berkembang dgn GDP melebihi 6.4% pada suku kedua tahun nie; biggest economy kat ASEAN. M’sia plak dlm sekitar 5%. Namun lebih 60% disumbangkan melalui permintaan domestik drp rakyatnya yg berjumlah 240 juta itu bagi mengimbangi penurunan eksportnya dengan jurang perdagangan terburuk yg pernah direkodkn. Inflasinya pun dlm lingkungan 4.6% berbanding M’sia 2.3%.

        Jualan kenderaan di Indonesia meningkat 15% dari tahun sebelumnya dgn jualan melebihi 100 ribu pada bulan Julai; suatu peningkatan terutamanya drp pembeli golongan pertengahan dan ini memberi petunjuk n keyakinan kepada company automotif dari jepun khususnya membuat pelaburan besar di Indonesia.

        Apa2 pun hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri:)
        Pertumbuhan yg begitu drastik mempunyai risikonya utk kembali lemah jika pertumbuhan pesat itu tidak dijaga dan dikawal rapi. Ambil sebagai contoh; India.

        Cheers!

Leave a Reply