ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Beli Daihatsu Sepenuhnya, Apa Akan Jadi Pada Perodua?

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

– Toyota beli semua saham Daihatsu, tingkat hak milik dari 51.9% kepada 100%
– Tarik Daihatsu dari pasaran saham Tokyo
– Dijangka tingkatkan kedudukan Daihatsu di Asia Tenggara dan pasaran membangun

Keputusan Toyota membeli kesemua saham Daihatsu Motor Corporation yang terapung di pasaran saham Tokyo dan menjadikan syarikat kereta tersebut sebagai syarikat sendirian berhad bakal memberi Toyota lebih kemudahan dan kelonggaran untuk menggerakkan pengeluar kereta kompak itu sebagai kuasa besar di Asia Tenggara dan pasaran membangun di rantau ini.

Daihatsu yang terkenal sebagai pengeluar kereta kompak atau K-Car di Jepun tidak lagi mempunyai kedudukan pasaran di Eropah dan bergantung kepada Asia Tenggara untuk terus relevan. Melalui Perodua, Daihatsu berjaya menawan lebih 30% pasaran Malaysia dan mencatat jualan sebanyak 213,300 unit manakala di Indonesia Daihatsu menguasai sekitar 16% pasaran dengan jualan hampir 200,000 unit.

Dengan kekuatan jualan lebih 400,000 unit setahun, Asia Tenggara merupakan pasaran paling penting untuk Daihatsu dan sudah tentu keadaan ini tidak terlepas pandang di ibu pejabat Toyota. Jika kekuatan Daihatsu dan Toyota digabungkan, mereka menguasai 50% pasaran di Malaysia dan Indonesia dan 33% pasaran Thailand. Jika jumlah jualan Daihatsu dan Toyota di Malaysia, Thailand dan Indonesia digabungkan, ianya adalah seperti berikut:

Negara        Jumlah Jualan
Malaysia    300,000
Indonesia  450,000
Thailand    266,000
JUMLAH    1.016 Juta

Jumlah jualan sebanyak 1.016 juta unit kenderaan di Asia Tenggara menyumbang hampir 10% kepada jumlah jualan global toyota sebanyak 10.08 juta unit kenderaan dan ini meletakkan Toyota sebagai pembuat kereta nombor satu dunia.
Bagaimanapun Toyota masih bersaing sengit dengan Volkswagen yang menjana jualan sebanyak 9.83 juta kenderaan dan perbezaan sebanyak 150,000 unit menjadikan kedudukan Toyota kurang selesa dan sudah tentu syarikat gergasi Jepun itu akan mencari ruang untuk menambahkan jarak kelebihan mereka dari pesaing.

Asia Tenggara merupakan pasaran paling penting bagi industri automotif pada masa kini kerana ekonomi rantau ini sedang giat berkembang dan angka jualan kenderaan dijangka terus meningkat tahun demi tahun. Walaupun pasaran ASEAN tersentot pada tahun 2015 akibat penguncupan ekonomi dunia namun industri automotif rantau ini masih dianggap berpotensi tinggi dalam jangka panjang.

Volkswagen yang baru menjejak ke pasaran Asia Tenggara selama lima tahun bermula dengan gah namun skandal kotak gear DSG-II telah membuatkan ruang pameran mereka semakin sepi dan angka jualan merudum. Langkah Volkswagen untuk memasuki pasaran yang dikuasai oleh Toyota dan Honda ini diperhatikan oleh syarikat Jepun dan mereka sudah tentu tidak akan melepaskan jajahan mereka dengan begitu mudah.

Toyota dengan program IMV dan Honda dengan rantak yang serupa telah menghasilkan beberapa model khusus untuk pasaran ini dan ini telah membolehkan mereka terus kukuh walaupun terdapat cabaran dari segi sekatan pasaran dan kepentingan nasional.

ax7
Illustrasi Perodua AXIA SE sedan dari Fenoria.com

Perodua dijangka meningkatkan keupayaan pengilangan dan rekabentuk

Pembelian penuh Daihatsu oleh Toyota sebenarnya sudah dijangka oleh kami dan bibit bibit gerak ini kelihatan apabila Daihatsu melabur RM1.3 bilion untuk kilang baru di Perodua yang diletakkan dibawah syarikat usahasama bergelar Perodua Global Manufacturig Sdn Bhd.

Kilang kedua ini meningkatkan keupayaan Perodua kepada 450,000 unit setahun dari 250,000 unit setahun dengan menggunakan teknologi pengilangan automotif terkini yang diimpot dari Kilang utama Daihatsu di Kyushu. Apabila disoal oleh wartawan mengapa mereka membelanjakan wang sebegitu banyak untuk mendirikan kilang yang besar walhal angka jualan mereka belum mencecah 200,000 pada 2012 bila mereka mengumumkan pembinaan kilang?

Jawapan mereka, langkah ini diambil untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kualiti kilang dan pekerja dengan mengimpot budaya kerja baru bersama kilang tersebut. Ramai yang musykil itu adalah sebab sebenar mereka namun ianya diterima kerana tidak ada penjelasan lain yang dapat difikirkan. Tambah pula mereka terbukti telah berjaya menghasilkan hampir 120,000 kenderaan di tahun pertama operasi kilang tersebut dengan mneggunakan tenaga 1,200 pekerja berbanding dengan kilang lama yang memerlukan 8,000 pekerja.

Dengan pengilangan model sedan Perodua dijangka bermula pada suku pertama tahun ini untuk pelancaran suku kedua atau ketiga, mereka dijangka akan menambah bilangan pekerja kepada 1,700 untuk menghasilkan dua model tersebut. Tanda tanya mengenai langkah Daihatsu membuat pelaburan besar keatas kilang tersebut menjadi bertambah besar apabila mereka juga mendirikan kilang kotak gear automatik dan kilang enjin di Sendayan, Negeri Sembilan yang menelan belanja RM300 juta.

Bila beroperasi sepenuhnya, kedua dua kilang tersebut dijangka boleh menghasilkan lebih 200,000 unit pasangan enjin dan kotak gear. Perodua juga telah membina Tapak Pembuktian ataupun Proving Ground yang jauh lebih besar dan sofistikated berbanding dengan sebarang litar ujian yang ada di kilang automotif lain di Malaysia. Ini juga menelan belanja RM300juta.

Kami difahamkan bahawa Tapak Pembuktian ini lengkap dengan simulasi laluan lebuhraya, jalan bandar, jalan bukit, terowong dan lain lain keadaan laluan yang terdapat di dunia. Lazimnya Tapak Pembuktian tidak diletakkan berhampiran kilang tetapi menjadi teman kepada pusat rekabentuk dan kejuruteraan. Kami menjangka Toyota-Daihatsu akan meningkatkan keupayaan pusat rekabentuk dan kejuruteraan di Perodua dan menjadikannya sebahagian dari rangkaian pusat rekebentuk mereka. Walaubagaimanapun masih belum jelas apakah segmen yang akan menjadi fokus utama pusat ini.

12511176_10153195415967105_1081677164_o

Perodua menjadi hub ekspot serantau?

Kami juga menjangka Toyota-Daihatsu, melalui Perodua, akan membuat pengumuman tentang pembaharuan teknologi di kilang asal Perodua di Serendah yang kini menghasilkan model Myvi dan Alza pada tahap 100,000 unit setahun atau kecekapan penggunaan 40% yang jelas terlalu rendah. Amalan biasa bagi syarikat Jepun ialah untuk mencapai kecekapan penggunaan minimum sekitar 70%.

Sekiranya kedua dua kilang Perodua beroperasi pada tahap kecekapan 70%, ianya akan menghasilkan 315,000 unit kenderaan dan ini adalah 100,000 lebih dari sasaran jualan mereka untuk tahun 2016. Adakah angka lebihan itu disasarkan untuk ekspot? Kami jangkakan Perodua masih memerlukan sedikit masa untuk menjadi kompetitif secara global sebelum produk sebanyak itu boleh diekspot.

Sekiranya kilang asal Perodua, yang jauh lebih besar dari kilang baru diberikan suntikan teknologi setaraf dengan kilang Perodua Global, kapasiti keseluruhan di Serendah boleh meningkat hingga lebih 700,000 unit dan sudah tentu ini menjadikan tapak tersebut sebagai batu loncatan penting untuk Toyota dan Daihatsu meningkatkan lagi penguasaan pasaran mereka.

Ini bermaksud Serendah mungkin akan menjadi salah satu pusat ekspot kenderaan bagi Daihatsu di Asia Tenggara. Namun untuk ini menjadi kenyataan, Perodua perlu meningkatkan tahap kecekapan pengilangan, kualiti dan daya saing. Menurut Pengarah Urusan Perodua Global, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, PGM sudah melebihi tahap kualiti yang setaraf dengan kilang Daihatsu Indonesia dengan kecacatan per unit (Defect Per Unit) 0.1.

Maksudnya bagi setiap 10 kereta ada satu kecacatan yang perlu dibaiki. mereka kini sedang mengejar DPU 0.01 yang diamalkan oleh Toyota dan Daihatsu dimana hanya ada satu kecacatan bagi setiap 100 kenderaan yang dihasilkan.
Pembekal ke kilang Serendah juga perlu meningkatkan daya saing mereka dengan menawarkan komponen pada harga yang kompetitif secara global dan ini adalah cabaran yang perlu diatasi oleh PGM sekiranya mereka mahu dijadikan sebagai hub ekspot.

Kesimpulannya, pembelian Daihatsu sepenuhnya oleh Toyota berlaku di Tokyo tetapi kesan ombak tersebut dijangka akan dirasai di Serendah dalam tahun ini atau selewat lewatnya tahun 2017. Sama sama kita saksikan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


  • sepatutnya ditarik balik sebagai gelaran kereta nasional memandangkan Perodua sudah berada di bawah Toyota-Daihatsu.. jika tidak, tidak adil bg kereta import yg lain..


  • kalau kerajaan boleh buat, dah lama kerajaan tarik balik kelebihan kereta nasional daripada perodua. mesti ada halangan undang-undang dan penjanjian yang telah dimeterai sejak sekian lama.


  • GUA DARI DULU TAK PERNAH BANGGA DENGAN PERODUA.AXIA SEBENARNYA TAK ADA PESAING YANG SEBENAR.BUAT APA BANGGA DENGAN KILANG KALAU SEKADAR PEMEGANG SAHAM SAHAJA.ITULAH KALAU TAK ADA R&D.


  • “AXIA SEBENARNYA TAK ADA PESAING YANG SEBENAR”
    – Encik Taming Sari

    Itu namanya peluang perniagaan.Buat apa berebut buat barang yang ramai orang lain buat.Sah2 market share rendah.
    Perodua tak ada status kereta nasional pun saya fikir tak jadi masalah.Asalkan jualan tinggi dan cukai yg dibayar kepada kerajaan juga tinggi,kerajaan tak akan ambil pusing langsung.


    • Mmm… bagus la.. proton pun dh boleh guna peluang perniagaan seperti itu bila model A segment hatchback proton/suzuki berada dipasaran nanti beri saingan kat axia. Even model mini mpv juga utk fight dgn alza… itu peluang perniagaan jugek kn?:p

      Seingat sy perodua di tubuhkan oleh tun M 1992 bagi memperkasakan lagi industri auto dgn diberi akses luas dlm model2 segment compact disamping proton menjadi tunjang segment kenderaan yg menyeluruh. Tapi tidak lagi kali ini… perodua bukan lagi company nasional kereta m’sia realitinya. Toyota pergunakan sepenuhnya fasilitis perodua sebagai company kereta nasional dibawah DAN ( dasar automatif negara) utk bina kilang dll.bagi kepentingannya. So, terlepas la bayar segala duti n tarif sebagai pelabur asing.

      Kelakar tak, di M’sia kereta logo perodua budget perodua di pasaran eksport logo toyot/daihatsu. Alasan strategi business. Iklan global toyota/daihatsu di m’sia xde model perodua. Kat luar m’sia selit model myvi/passo sebagai model2 kejayaannya… korang x terasa tertipu ker?… Sorry:p

      Cheers!


        • Mmm… adoiii… model gen2 direbadge sebanyak 30,000 unit (kalau x silap laa…) jadi model europestar RCR under JV proton dgn company china; Youngman utk pasaran China. Even bukan sahaja rebadge tapi mendapat sokongan perundingan n kejuruteraan drp Lotus (subsidiary prootn) utk membangunkan model2 baru berasaskan model gen2 maka wujud la model seperti youngman L3, L5 even SUV baru youngman dll lah… So, mmg la kena bangga sbb company luar guna produk/perkhidmatan kita n benefit lebih kat kita. Tapi kes perodua, nk bangga macamana? Perodua dah sah2 toyota punya, guna fasilitis under DAN, utk market luar tukar logo toyota jer. Kalau sy adalah toyota mmg la sy bangga…sebb dpt pergunakan perodua. Kalau mcm tu pun bro bleh rasa bangga sebagai rakyat m’sia… nk wat camne…:P

          Cheers!


      • Proton-pemain utama automotif tempatan
        Perodua-tumpu segmen kenderaan kompak yang proton tak buat masa tu
        Perodua sukses,proton acah2 masuk market kompak dengan Savvy-jadi bahan lawak industri
        Itu cerita lama,fauzan marah ungkit cerita lama proton.ok,apa khabar Iriz?
        Ceritanya sekarang proton masih belum mampu conquer market kompak di tanahair sendiri.
        Toksah pusing jauh sampai dasar automotif la,strategi bisnes toyota la,patriotism rakyat la.Alasan lapuk semua tu fauzan.mulakan dengan produk yg baik yg lain-lain akan datang kemudian.Soalan aku pasal Oil Cooler Hose dah jawab ke belum?
        Kelakar tak JV dengan rebadge brand luar,tapi kau puji melambung?Umpama kau ludah kahak masa naik moto tapi lupa angkat visor helmet.


        • Mmm… mmg benar, proton masih belum berjaya menguasai pasaran kereta2 compact ber cc rendah sebelumnya kerana diawal penubuhannya utk masuk ke semua segment sebagai tunjang n pemain utama automatif tempatan seperti yg ko cakap… ker x tau beza misi business perodua n prooton sebelum nie?:P Tunggu jer la perkembangan 2016 dgn model baharu proton dari segenap segment populis yg digunapakai perodua sebelum ini… atleast diorg merancang n berusaha, apa2pun perancanganNya tetan yg lebih baik kn?:)

          Hehe… nk ungkit citer lama sebagai iktibar n jadi panduan memperbaiki diri jadi lebih baik itu kn bagus?:) Tapi kalau sekadar mengungkit2 citer lama sekadar nk perlekeh n merendah2kn serta menyama-ratakan perbandingan apa yg ada sekarang yg ternyata ada penambahbaikan, itukan x beretika n kurang bijak namanya:P Mgkin la dengki ker atau PHD… tapi bukan ko laa… ko kn baik orangnya:P

          Errr… perlu ker n kena jawab ker semua soalan dari ko? Ikut sy la nk jawab atau x kn? Ko dah check ker tempat soalan ko yg dh berjawab (kalau sy rasa nk jawab laa…:P) atau x?. Bukan kat threat nie kn?

          Adoii… benda baik n betul x salah la nk puji pun. Ko nk puji Perodua yg dah 24 tahun rebadge model daihatsu utk semua model2nya pun sy tak kisah… itu hak ko la (tapi sy akan tergelak jer laa.. muahaha:P) berbanding proton rebadge model niche marketnya dan model2 yg masih belum ada dlm segmentnya (rujuk mitsu-inspira, honda-accord, suzuki-A, mini MPV segment). Lagipun model lain semuanya hasil usaha sendiri. Kalau yg mcm ini sy puji n rasa bangga, ko ada masalah? Chill bro….

          Cheers!


  • Kita sekarang diambang TPP, sudah menuju kearah sistem ekonomi kapitalis.. Tiada lagi status Kereta nasianal di masa hadapan.. Tiada lagi kelebihan untuk proton Dan perodua.. Pesaingan semakin sengit dimana Kereta import dikecualikan cukai.. Peluang perniagaan terbuka luas kepada pelabur asing di Malaysia begitu juga sebaliknya.. Pelbagai jenis cukai yang dikenakan kepada pelabur asing dimansuhkan kecuali GST..

    Market share adalah bebas diapungkan, warga asing bebas membeli saham Millikan tempatan Tanpa sekatan.. Lambakan Kereta import di Malaysia Dari segment-A, B,C,D dengan harga yang murah atau 30% hingga 40% lebih murah Dari harga semasa atau harga sebelumnya..

    DAN(dasar automotif negara) tidak lagi relevan .. Persaingan Kereta tempatan Dan Kereta import sama rata.. Diulangi, segala cukai kepada pelabur asing dimansuhkan kecuali GST.. Tiada lagi had pelaburan pemilikan asing di malaysia seperti sebelumnya (51%-49%)..

    TPPA


    • Tajuk artikel “Toyota Beli Daihatsu Sepenuhnya, Apa Akan Jadi Pada Perodua?”

      Jadi setelah termeterainya perjanjian TPP maka Toyota atau Daihatsu boleh memiliki Perodua 100% Tanpa sekatan. Perodua akan jadi syarikat milik pelabur asing.


  • Memandangkan perodua memperolehi status sebagai kereta nasional, maka Toyota/Daihatsu tidak ragu-ragu dan teragak-agak untuk melabur beratus juta ringgit lagi untuk membina kilang-kilang mereka di Malaysia. Perlu diingat, perodua bukan sahaja mendapat status kereta nasional, malah mereka diiktiraf mengeluarkan kenderaan cekap tenaga (EEV), yang mana ia menjadi salah satu dasar dalam DAN 2014.

    Semua sedia maklum, polisi automotif yang tidak konsisten sejak sekian lama, antara sebab utama pembuat kereta asing tidak begitu berminat untuk membuka fasiliti mereka di Malaysia. Mereka tidak mahu mengambil risiko kerana dasar automotif yang digariskan kerajaan tidak mesra kepada mereka. Pernah satu ketika, DAN 2010 hanya membenarkan pemasangan kenderaan yang berenjin 1800CC sahaja di Malaysia!

    Sedangkan rata-rata semua tahu bahawa pasaran besar kenderaan untuk rakyat kebanyakan di Malaysia dan rantau asean adalah berenjin 1800CC ke bawah hatta 1000CC ke bawah. Tidaklah pelik jika Toyota mengambil tindakan drastik untuk melabur lebih banyak modal. Di tambah lagi dengan TPPA yang bakal dimeterai bulan Februari ini, ia memungkinkan pasaran kenderaan kian terbuka dengan lebih meluas. Ini mungkin juga langkah awal yang dilakukan setelah mereka nampak peluang pemasaran.

    Adakah proton Berjaya mengejar perodua dari segi angka jualan? Atau perodua akan terus menerajui carta jualan untuk tahun ini? sama-sama kita nantikan.


    • Mmm… disebabkan polisi DAN yg tidak konsisten nie la… company yg mmg cerdik dan luas pengalaman pemasaran dlm industri auto negara seperti toyota mudah memanipulasi n merebut peluang yg sedia ada. M’sia agak lambat sedar semua nie dan baru terhegeh2 menyusun semula peraturan n regulasi dlm industrinya. Menjadi cabaran besar bagi company tempatan seperti proton utk bersiap-siaga n menyediakan plan baru utk terus relevan bersaing dgn company2 luar dlm era afta, fta even TPPA .

      Selepas saja toyota menguasai sepenuhnya saham daihatsu baru2 nie, bagi toyota perodua tidak lagi dipandang perodua kerana every single jualan perodua menjadi petunjuk jualan model2 toyota yg akan menjadi sebahagian kiraan jualan globalnya nanti. Sepertimana sebelum nie, daihatsu nyatakan dlm annual report nya di Jepun.

      my 2 kupang:)

      Cheers!


  • government kene nilai semula value of (%) of component…analysis kembali berapa % of component yg benar2 berasal dr Negara kita…byk ketirisan – psl terlampau byk outsourcing sampai ke 4th 5th tier….pendapat aku la selagi syarikat induk pelihara kepentingan % of local ownership – vendor, tiada masalah….and gov perlu pastikan ada % of R&D derived from local vendors as well – bukan stakat tukang pasang component jer…automotive industry byk bergantung pada advancement technology vendor due to their direct accessibility..tak seperti RnD syarikat induk yg banyak nganga tunggu kene suap (proton for example) dan nak jadi project manager dok oversea je…


  • Pemurah sungguh rakyat Malaysia tolong besarkan pasaran Daihatsu yang dh failed di Eropah tu.. 300k unit compare dengan nisbah penduduk di indon.. dahsyat taw kite sgt ‘pemurah’ .

    marilah kita pakat2 beli lebih banyak Aziah.. moga Perodua Toyota menjadi gergasi dunia.. kah..kah..kah..

Leave a Reply