ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Camry dan 86 rancakkan industri automotif tempatan

Views

Baru-baru ini UMW Toyota Motor telah melancarkan dua model terbarunya, sedan mewah segmen D, Toyota Camry dan kereta sports generasi baru yang dibangunkan bersama Subaru, Toyota 86.

Toyota Camry serba baru dipasang tempatan di fasiliti pengilangan UMW Toyota Motor iaitu Assembly Services Sdn Bhd di Shah Alam. Perkembangan ini adalah seiringan dengan matlamat syarikat dan Toyota Motor Corporation, Jepun bagi menyokong usaha-usaha kerajaan Malaysia ke arah menggalakkan pemasangan tempatan dalam industri automotif Malaysia. Beberapa perubahan telah dilakukan di bahagian luaran yang bertujuan menyalurkan satu citarasa prestij dengan imej premium pada Toyota Camry.

Ia menawarkan penjimatan bahan api dan kuasa yang hebat yang merupakan elemen penting dalam kenderaan moden, peneraju kelas segmen Kenderaan Penumpang Bersaiz Pertengahan. Di bahagian dalam, ia tertumpu kepada reka bentuk berprestij dengan elemen ruang, kemewahan dan ketelitian selain sentuhan pakar yang berteknologi tinggi.

Model ini terdapat dalam tiga varian, yang merangkumi model teratasnya iaitu 2.5V, diikuti 2.0G dan 2.0E. Varian 2.5V menawarkan enjin baru 2.5 liter dan transmisi automatik 6-kelajuan, manakala 2.0G dan 2.0E dilengkapi enjin 2.0 liter dan transmisi automatik sequential shift.

Harga yang ditawarkan bermula dari  RM 149,900 bagi varian 2.0E, RM 157,900 bagi 2.0G dan varian 2.5V, yang merupakan varian teratas, dijual pada harga RM 180,900. Empat pilihan warna ditawarkan – Attitude Black adalah warna baru, disusuli warna `signature’ Camry iaitu White Pearl, Silver Metallic, dan Medium Silver Metallic.

Toyota 86 serba baru secara khusus dibina sebagai kenderaan penggemar kereta yang boleh dipandu. Bahagian luaran memaparkan gaya kereta sports yang menarik dan melakar pernyataan peribadi dengan dinamik pemanduan intuitif yang mana setiap orang boleh hargai. Susunan enjin di depan, pacuan roda belakang adalah mengikuti konfigurasi enjin yang menepati gagasan popular `kereta sports sebenar’.

Dijana oleh enjin 2.0 liter, pelanggan mempunyai pilihan transmisi 6-kelajuan automatik atau 6-kelajuan manual. Kedua-dua pilihan didatangkan dengan Kawalan Daya Cengkaman (TRC) dan VSC (Kawalan Kestabilan Kenderaan) yang mempunyai fungsi VSC Sports yang memadamkan kebanyakan bantuan pemanduan bagi memberikan pemandu lebih banyak kawalan. Ciri-ciri keselamatan dinamik lain termasuk ABS, dengan EBD (Edaran Kuasa Brek Elektronik) dan BA (Bantuan Brek).

Toyota86 dijual pada hargaRM 243,000bagi transmisi manual dan RM 249,000bagi transmisi automatik. Enam pilihan warna ditawarkan – Satin White Pearl, Crystal Black Silica, Sterling Silver Metallic, Lightning Red, Galaxy Blue Silica, dan Orange Metallic.

Tempahan bagi Toyota Camry bermula pada 2 April dan Toyota 86 pada 9 April. Sejak itu, UMW Toyota Motor telah menerima lebih daripada 3,400 tempahan bagi  Toyota Camry dan lebih 30 tempahan bagi Toyota 86.

Sila muat turun informasi produk Toyota Camry &  Toyota 86 untuk maklumat lanjut :

Product Information Release (Toyota Camry)(1)

Product Information Release (Toyota 86)

* Agak lewat berikan info ini kepada anda semua disebabkan kesibukan tugas & kekurangan maklumat. Terima kasih kepada sahabat saya Arish Qutb Ahmad Khan kerana sudi berkongsi maklumat ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

13 Comments

Leave a Reply