ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota panggil balik lebih dua juta unit RAV4 seluruh dunia

Views

Berpunca dari tali pinggang keledar yang tidak selamat, Toyota telah mengeluarkan arahan untuk memanggil balik model SUV RAV4 seluruh dunia. Ini melibatkan lebih dua juta unit yang dikeluarkan antara 2006 dan 2014. Hampir 1.3 juta unit di Amerika Syarikat, 625,000 unit di Eropah dan 434,000 unit di China yang terdiri daripada model RAV4 keluaran 2006-2012 dan RAV4 EV keluaran 2012-2014.

Toyota telah mendapati bahagian tali pinggang riba dari tali pinggang tempat duduk penumpang belakang boleh bergesel dengan rangka besi kusyen tempat duduk dan mengakibatkannya terpotong. Jika berlaku perlanggaran dari arah hadapan, ia tidak mampu menahan penumpang dan boleh meningkatkan risiko kecederaan.

Untuk menyelesaikan isu tersebut, Toyota akan memaklumkan kepada pemilik yang terlibat melalui mel kelas pertama dan menambah resin untuk membalut besi kusyen tempat duduk. Tiada sebarang caj akan dikenakan untuk pembaikan ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • Itulah..kenalah buka fikiran tu tgk orang lain juga..buat perbandingan secara adil..jangan berat sebelah je..tk semestinya company luar tu bagus dari kita..tk semesti nya kita sentiasa belakang dari mereka..kalau kita lihat orang luar lagi hebat dari kita maknanya kita ada sifat superiority complex (perasaan rasa rendah dari orang lain)


    • Mmm… begitulah… setiap kenderaan tu ada kekurangan n kelebihannya. Apa yg penting bila masalah mendatang, cara bagaimana ia ditangani dgn baik pada tahap kepuasan pelanggan yg masih kekal tinggi.

      Biasalah, org kita mmg suka banding-membanding. Tapi x kena tempat n agak emosi:) Bak kata pepatah yg di modified; Gajah seberang laut, nampak tapi buat2 x nampak jer. Tapi kuman depan mata disangkanya gajah!!:P Itulah senario masy kita hari ini. Sekian utk gurauan pagi, hehe…:P

      Cheers!


    • Mmm… bunyi tikus tu tandanya ada tikus dlm kereta toyota tu:P Nanti toyota buat recall solution nya kasi free perangkap tikus sorang satu.. hahaha…gurau!:P

      Cheers!


  • Ni salah satu contoh kereta yg tak ada kualiti….sejarah toyota dgn honda dah lama…tapi kenapa benda mcm ni boleh terjadi lagi….mana dia org yg pakai toyota dgn honda mana diam jer…sorok telur agak nya….puiiiii la….


  • Jenama honda dgn toyota dah banyak menipu duit rakyat malaysia tinggal lagi org malaysia jer bodoh sombong….tgk korea dgn jepun mcm mana….

Leave a Reply