UD Trucks, bersama rakan pengedar tunggalnya di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) melancarkan trak tugas ringan Kuzer SKE 155 baharu yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan pasaran Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Trak ini direka bagi meningkatkan tempoh operasi, produktiviti, dan kos pemilikan yang lebih efisien, sekali gus menjadikannya pilihan ideal untuk pemain industri logistik dan e-dagang yang sedang berkembang pesat.
Berbanding generasi terdahulu, Kuzer SKE baharu menampilkan penambahbaikan ketara dalam enam aspek utama iaitu, muatan, prestasi, casis, emisi, ketahanan dan keselamatan.
Dilengkapi dengan enjin 5.2L Euro IV yang jimat bahan api, trak ini menawarkan daya kilas tinggi dan sistem suntikan bahan api inovatif, disokong oleh transmisi enam kelajuan overdrive yang menggunakan teknologi Jepun untuk pengendalian optimum.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Dua varian ditawarkan, varian 7.5 tan GVW kini mampu menampung muatan sehingga 4,880kg hingga 600kg lebih daripada model sebelumnya. Manakala varian 8.5 tan GVW sesuai untuk aplikasi muatan berat dan komersial berskala besar.
Dari segi keselamatan, Kuzer SKE baharu kini dilengkapi ciri-ciri seperti:
- Beg Udara SRS
- Sistem Anti-Kunci Brek (ABS)
- Pengawal Selia Anti-Gelincir (ASR)
- Agihan Tenaga Brek Elektronik (EBD)
Reka bentuk kabin pula telah diperakui mengikut piawaian keselamatan PBB ECE R29, manakala ciri aerodinamiknya membantu mengurangkan rintangan angin untuk kecekapan bahan api lebih baik.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Untuk keselesaan pemandu, trak ini dilengkapi lampu LED, port USB, gugusan meter mudah baca, ruang storan mencukupi serta bukaan pintu luas dengan pemegang dan tapak kaki yang memudahkan pengguna untuk masuk dan keluar.
Menurut Ketua Pegawai Operasi TCIE, Loh Thim Choy, pelanggan Kuzer SKE ini akan mendapat sokongan penuh melalui 28 pusat servis dan pengedar di seluruh negara. Ia turut merangkumi:
- UD Extra Mile Services
- UD Genuine Parts dengan waranti setahun
- UD Trust – pelan penyelenggaraan harga tetap
- Khidmat bantuan tepi jalan 24/7
- Waranti lima tahun atau 300,000km (mana-mana yang terdahulu)
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI