* Gambar sekadar hiasan
PT Proton Edar Indonesia, pengedar kenderaan Proton di Indonesia telah melancarkan variant terbaru Exora Star yang menggunakan aksesori buatan Indonesia. Dengan dua pilihan transmisi manual dan automatik, varian yang ditawarkan adalah Exora Star Automatic, Exora Star Executive dan Exora Star Supreme. Tiga pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Tranquility Black, Genetic Silver dan Solid White. Enjin masih menggunakan Campro CPS dengan kotak gear dari Mitsubishi.
Aksesori buatan tempatan Indonesia yang ditawarkan pada Proton Exora Automatic ialah head unit 2 DIN (USB, Bluetooth, CD), door visor, side body molding, tint glass dan mark top variant. Exora Star Executive pula ditawarkan aksesori buatan tempatan Indonesia seperti head unit 2 DIN (USB, Bluetooth, DVD), semi leather seat, alloy wheel, rear parking sensor, rear garnish body color, pillar B & C black colour, outside mirror cover, fog lamps, rear spoiler + HMSL (High Mount Stop Lamp).
Manakala Exora Star Supreme ditawarkan aksesori buatan tempatan Indonesia seperti head unit 2 DIN (USB, Bluetooth, DVD & GPS Monitor Roof Mounted), full leather seat, front parking camera, rear parking camera, rear garnish crome, door handle crome, bodykit front, rear and side serta rear spoiler + HMSL (High Mount Stop Lamp).
Harga yang ditawarkan pula ialah :
- Exora Star Automatic M/T : Rp. 154 Juta (RM 52,279.17) A/T : Rp. 165 Juta (RM 56,013.40)
- Exora Star Executive : M/T Rp. 168 Juta (RM 57,031.83) A/T : Rp. 179 Juta (RM 60,766.05)
- Exora Star Supreme : M/T : Rp. 188 Juta (RM 63,821.33) A/T : Rp. 199 Juta (RM 67,555.55)
RM 1 = 2,945.72 Rupiah kalau ikut Currency Converter
sumber : otomotif.antaranews.com
* JOM UNDI FUNTASTICKO DESIGN http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17
lol.. siap gune currency converter lagi..
nak tau beza harga dengan kat sini, tapi kena ingat la, memang akan berbeza sebab aksesori tu made in Indonesia… kos akan lebih murah
jgn tengok harga eksesori jer.. nak hantar kereta proton jual dekat luar negara byk benda kene pikir… pasal warranty.. parts.. service…. kalu grey import takper nie under proton…. walau jual tak bnyak service mcm kat edar kene ada…. harap2 berjaya lah kereta kita kat sana.. lagi ramei beli lagi murah pak.. ya tak gitu mas joko
menarik..harga ats jln ke tu…HMSL (High Mount Stop Lamp). tu apa??
lampu brek ke3 la kot.. haha
Boleh juga tengok kemari 🙂
http://ariefinm.wordpress.com/2012/01/26/varian-baru-proton-exora-star-dengan-komponen-asli-indonesia/
thanks bro ariefin, boleh berkongsi info dengan kami nanti… kalau kawan2 semua nak tau bro ariefin, ownner exora dari Indonesia… 🙂
Exora cukup banyak dia punya penjualan. Khusus Exora Star sejak June-December 2011 sudah terjual 750 unit. Total penjualan Proton Edar Indonesia 2011 adalah 2000 unit dengan 70% adalah penjualan Exora
bro ariefin,
selain faktor harga, apa agaknya faktor lain yang menyebabkan exora star mendapat sambutan di Indonesia?
Exora kereta lebih selesa dibanding Avanza, Xenia dan Livina serta ride and handling yang the best untuk MPV. Harga tentu lebih murah dari Innova
Proton Indonesia ada buat promosi buy back utk beli semula kereta proton pada harga yg ditetapkan bg yg ingin tukar baru dlm tempoh 3 tahun, ia supaya resale value kereta proton tinggi
Dipanggil sbagai ‘Proton Buy Back Guarantee’
Selain Buy Back Guarantee mereka juga bikin Proton Used Car Center
Off topic:
nak tanya, nasim dah launch Peugeot Boxer. Sebab baru 2 hari lepas nampak Boxer dengan actual no plat dekat Pj berdepan dengan berjaya joylong/chana Showroom.
Dgr cite interest rate dia paling rendah kat sana.. betul ke? patut lepas nih kalau wat loan dgn bank muamalat patut dapat la special interest jugak.. tak gitu? ke sama je mcm duduk bwh khazanah.. bank2 berkaitan khazanah ketuk jugak pembeli proton..
dulu dah elok ada EonBank.. gi jual kat HongLeong. aku masih ragu2 lagi pada DRB ni… derang la yang bawak masuk Proton Tiara dulu.. yang buruk nama Proton, bukan DRB.
yup betul tu.. yg buruk nama adalah Proton… tu pasal aku tak suka DRB..
Dulu GM bawah DRB & sekarang GM bawah Naza,
sama GM bawah DRB, byk kereta GM dapat jual sbb ada special packages offer oleh Bank Muamalat, but after few years, list HP defaulters yg banyak adalah pembeli kereta GM/Chevy, saper nak beli 2nd Chevy boleh tanya kat Bank Muamalat,… last2 yg rugi Bank Muamalat..
Proton seharusnya membangunkan sendiri in house financing untuk meraka yang income bracket RM1500 ke bawah, local bank mmg tak berminat kes-kes tulang macam ini.
Satu lagi Proton terlepas pandang banyak kes2 foreingner especially student (mostly arab & iran) meraka berani deposit tinggi tapi local bank masih tak yakin dan meminggirkan meraka.
Produk sudah ada dan content produk juga sudah par dengan Perodua cuma masalah teknikal dan marketing sahaja perlu diselesaikan untuk merampas position market leader national car.
Tutup sahaja proton-commerce pada hidup segan mati tak mahu same to bank muamalat tak boleh diharapkan, bagi laon Proton gen2 85% sahaja untuk kerata baru.
Credit to AMBank yang banyak support kes 50&50 dan kes tulang proton.
Video : Proton Satria Neo S2000 terbakar di Rali Monte Carlo 2012 >>> http://ridinstylin.blogspot.com/2012/01/video-proton-satria-neo-s2000-terbakar.html
Sesiapa yang kerja proton. Pergi suruh boss motorsport korang selamatkan proton ni. Ini history dan legacy proton. Gila babi rugi kalau hilang.
http://forum.lowyat.net/topic/2205483
http://www.youtube.com/watch?v=W2epkJIHUkQ
sedihnya!! patutnya owner kereta ni bawak ke VIP contest tu!rebuild balik!
Kerajaan menawarkan harga lebih murah di Indonesia berbanding di Malaysia..Mengapa kerajaan x mnjual Exora di Malaysia pada harga yang rendah..Sy yakin kalau kerajaan menjual Exora pada harga yang murah,Exora mampu mengalahkan penjualan Alza dan juga mampu meningkatkan ekonomi Proton…Kalau jual murah kat Indonesia pun belum tentu dapat smbutan..Proton dan kerajaan perlu memikirkan rakyat Malaysia dahulu…
aigoo… huh.. x larat rasenyer nak jawab soalan / statement mcm nh..
bukan kerajaan kita yg tentukan harga kat indonesia bro, kerajaan indonesia la yg buat semua tu.. lagipun aksesori exora tu ada yang dibuat di sana, jadi kosnya mungkin lebih murah dari yang kat sini…sebab tu la ada perbezaan harga
Yang menawarkan harga Proton bukan kerajaan tapi kerajaan hanya atur cukai. Di Indonesia roadtax Exora satu tahun = Rp 2.100.000 = RM 750 dan diluar insurance yang punyai interest 3 % harga kereta berarti ditambah 3% x Rp 154.000.000 = Rp 4.620.000 = RM 1650.
Bila kita mau beli dengan leasing / credit kita harus beri Down Payment minimal 20% harga kereta serta lama leasing maximum 5 tahun dengan interest 4-6% / tahun
Jadi sebetulnya termasuk cukup mahal punya kereta di Indonesia.
Belum lagi harga minyak Shell Super 92 = Rp 8600 = RM 3.07 serta Shell Super Extra 95 = Rp 9000 = RM 3.21
wow…cantik exora star ni…clean & simple………