ARKIB

KATEGORI

Buletin

VERTEX : Rekaan konsep SUV Proton masa hadapan!

Views

Jika Proton keluarkan SUV dengan rekabentuk sebegini mungkin ramai yang akan meminati dan memilikinya.  Namun buat masa ini belum ada kedengaran mengenai perancangan Proton mengeluarkan model sebegitu. Sebenarnya ini adalah karya 3D sahabat kita yang sungguh berbakat, Idiyaz Baharuddin yang telah sudi berkongsi penyertaan beliau dalam Pertandingan Rekabentuk Proton tahun lalu. Beliau kini sedang berkhidmat sebagai Lead 3D Artist di Glue Studios Sdn. Bhd yang telah menerbitkan animasi Rimba Racer.

proton suv - funtasticko5

SUV kompak yang dinamakan VERTEX ini adalah manifestasi beliau dalam menzahirkan rekaan konsep untuk kereta keluarga pada masa hadapan. Idiyaz memilih SUV kerana Proton masih belum menawarkan model tersebut walaupun telah 30 tahun bertapak di Malaysia. Dengan menampilkan gaya rekaan yang moden, VERTEX nampak segak dan bergaya walaupun dilihat dari segenap penjuru. Walaupun rekaan ini tidak terpilih dalam senarai 10 finalis, kami di funtasticko.net cukup kagum dengan bakat yang dimiliki olehnya. Apa pendapat anda mengenai rekaan ini?

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

proton suv - funtasticko6 proton suv - funtasticko5 proton suv - funtasticko7 proton suv - funtasticko4 proton suv - funtasticko3 proton suv - funtasticko1 proton suv - funtasticko2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments


  • Cantik..! Proton tidak ketandusan pemberi idea dari kalangan rakyat Malaysia.. Kita sama2 doakan tahun 2016 ni dengan hampir lengkap model2 Proton dlm setiap segment

    A : Saga & kemungkinan model dr Suzuki
    B : Iriz & Persona
    C : Preve & Supirma
    D : Perdana

    berupaya melonjakkan jualan Proton.. Dgn jualan yg meningkat, keuntungan yg diperolehi dpt lah disalurkan utk R&D yg lebih baik.. Jika transformasi ini berjaya, Proton boleh meneroka segement SUV dlm bbrp tahun akan dtg.. Kita sbg rakyat Malaysia hendaklah menyokong produk buatan Malaysia..


  • Idiyaz Baharuddin patut ditawarkan oleh proton dlm tenaga rekabentuk mereka. Nanti beliau disambar oleh syarikat automotif lain proton jgn menyesal.


  • OK this is a much better effort than that fool Theopelius ..yes that asshole who Paultan.org really likes ….I mean come on man, cant they see that there are much better car designers in Malaysia than Theo …he doesn’t even know to design a car from scratch ….uhhrrggg

    And I cant believe that this design did not win the Completion I meat WHAT!!!!!!!!!!
    the one who won the bloody event is some guy who design a car that can flout ……….


    • Just want to correct some minor misconception as a graphic designer myself. There is a marginal difference between Creator and Manipulator. Theo is a manipulator which creates a new product based on existing one while creator which this guy is, creates a new product from scratch. We cant simply say Theo is pointless just because he chooses to manipulate only a certain area of the canvas. If he manipulate the whole image, he is considered making a full adjustment which is in term, a creator too.

      My point is, these two great peoples is in different arena and is not apple to apple. I dont really like Theo’s illustration myself but as a graduate and employee of similar profession, i admire both of them and dismissing one of them is an unfair judgment at least for me. Peace.


    • this design is awesome.
      proton must consider this design in its model desigm roadmap.

      theo design just copycat from current design and paste only.


  • Tire Size Comparison
    Specification Sidewall Radius Diameter Circumference Revs/Mile Difference
    175/65-14 4.5in 11.5in 23.0in 72.1in 879 0.0%
    195/55-15 4.2in 11.7in 23.4in 73.7in 860 2.1%

    tire size comparison between iriz 1.3 and 1.6
    1.6 tire circumference is nearly 2 inches more than the 1,3’s.
    this huge difference makes iriz 1.3’s wheels look puny.

    proton need to check its tire size selection


  • proton akan laku sekiranya design kereta int dan ext mcm ni.
    proton perlu pembaharuan di dalam design.
    ketua designer proton perlu org yg idea mcm ni.


  • Proton ni memang ditakdirkan dicipta untuk rakyat Malaysia..Dan mereka tak boleh hidup di pasaran antarabangsa. Akan sampai satu tahap di mana proton akan mengalami susutan jualan di dalam negara.


  • Mmm… tahniah kat design/rendering model ‘vertex’ nie. Ada bakat yg bleh dikembang dgn lebih baik lagi. Dari segi design bagi saya masih kurang wow factor n agak similar dgn model yg ada dipasaran kini cuma puji kat bahagian styling dia terutama kat bahagian lampu blakang:) Nampak tertinggi plak bumper blakang tu. Overall kecantikannya banyak dibayangi asas rendering yg cukup baik. Ada potensi kat designer utk mengembangkan bakatnya. Chaiyok!:)

    Cheers!

Leave a Reply