ARKIB

KATEGORI

Buletin

VOLKSWAGEN FOKUS STRATEGIK TERHADAP ASPEK KEPUASAN PELANGGAN

Views

vw-logo-png-3201-hd-wallpapers

Volkswagen Group Malaysia berbesar hati mengumumkan bahawa 20 pusat servis sah Volkswagen di Semenanjung Malaysia akan dibuka pada hari Ahad dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang mulai 16 Mac 2014 untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Ia pasti memberikan lebih fleksibiliti dan kemudahan kepada semua pemilik Volkswagen untuk menyelenggara kenderaan masing-masing.

Para pemilik kenderaan Volkswagen hanya perlu membuat temujanji beberapa hari sebelumnya, jika mahu kereta mereka diservis pada hari Ahad di pusat servis yang diingini. Lanjutan tempoh operasi oleh pusat servis yang mengambil bahagian adalah selari dengan komitmen Volkswagen untuk terus meningkatkan kepuasan pelanggannya.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Christoph Aringer berkata, “Kepuasan pelanggan merupakan komponen penting dalam Volkswagen Group Malaysia kerana ia secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan jenama kami di pasaran tempatan. ”

Volkswagen Group Malaysia turut mengumumkan bahawa mereka kini sedang giat menjalankan program latihan profesional untuk kakitangan jualan dan selepas jualan di seluruh rangkaian pengedar serta pusat servisnya. Ini merupakan pendekatan bersama rakan pengedar Volkswagen Group Malaysia yang merangkumi semua aspek jualan dan servis, sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan Volkswagen di Malaysia.

Pusat servis Volkswagen yang akan dibuka pada setiap hari Ahad sebagai sebahagian daripada kempen selepas jualan adalah seperti berikut:

No

PusatServis

No. telefon

1

Volkswagen Georgetown04 2826 333

2

Volkswagen Glenmarie03 5567 0691

3

Volkswagen Ipoh05 5063 133

4

Volkswagen Jalan Ipoh03 6259 6669

5

Volkswagen Juru04 5022 999

6

Volkswagen PJ03 7960 0801

7

Volkswagen Sungai Besi03 9236 2929

8

Volkswagen Skudai07 237 9301

9

Volkswagen TTDI03 7725 3303

10

CNB Auto Sdn Bhd (Klang)03 3318 8526

11

CNB Auto SdnBhd (Old Klang Road)03 7983 3226

12

CNB Auto Sdn Bhd (Tebrau)07 3617 860

13

F.A WagenSdnBhd (AlorSetar)04 7301 846

14

F.A WagenSdnBhd (Sg. Petani)04 4411 006

15

Hicom Auto SdnBhd (Bayan Baru)04 6408 808

16

Hicom Auto SdnBhd (Cheras)03 9074 3702

17

Hicom Auto SdnBhd (Seremban)06 6321 551

18

MHV AutohausSdnBhd03 4026 9200

19

N3 Auto SdnBhd06 2822 422

20

Swire Motor SdnBhd (Puchong)03 5882 7288

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif