Foto intipan terbaharu Volkswagen Passat B8 baharu sahaja kami perolehi sebentar tadi melalui Mohd Bukhari Ridhwan yang telah berjaya mengesan model tersebut di lebuh raya Elite. Unit ujian yang menggunakan plet perdagangan dari Pahang itu juga kelihatan tanpa sebarang pelekat penyamaran.
Buat masa ini tiada sebarang khabar berita mengenai tarikh pelancaran model tersebut yang kami jangka sebelum akhir tahun ini. Mana lah tau, tiba tiba je Volkswagen Group Malaysia nak lancar model ini sempena Malaysia Autoshow 2016 yang akan berlangsung tak lama lagi kan? Nantikan kemunculannya.
KLIK UNTUK BESARKAN
Uji gear DSG tu betul-betul sebelum jual.. Karang buyer lepak kat SC repair gearbox memanjang.. Dahlah RV teruk.. baik beli Proton Perdana kalau macam ni..