ARKIB

KATEGORI

Buletin

VOLKSWAGEN SERAH BEETLE 2.0 BAHARU KEPADA PELANGGAN BERTUAH MAYBANK

Views

Pic 1

Tuah ayam nampak di kaki, tuah pergi KLIMS 2013 dapat Volkswagen Beetle 2.0 baharu! Akhirnya pemenang bertuah Syed Ahmad bin Mohamed Ghani yang berjaya memenangi sebuah Volkswagen Beetle 2.0 baharu. Beliau telah berjaya mengalahkan hampir 6,000 peserta lain tidak menyangka dipilih sebagai pemenang walaupun  sebelum ini tidak pernah memenangi sebarang peraduan.

Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Christoph Aringer dan Ketua Kewangan Pengguna Maybank, Abdul Razak bin Mohd Nordin yang menyerahkan menyerahkan replika kunci kepada Syed Ahmad dalam satu majlis ringkas di Kuala Lumpur semalam.

Dilancarkan ke pasaran tempatan sejak 7 November 2012, Beetle 2.0 kini ditawarkan pada harga RM222,888 seunit. Ia kini boleh dipandu uji di semua pengedar dan bilik pameran Volkswagen di seluruh negara. Varian lain termasuklah Beetle 1.2 dan Beetle 1.4. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

 

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply