ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen tayang lakaran penuh Jetta 2019

Views

Jika semalam kami memuatnaik satu foto acah Volkswagen Jetta 2019, kali ini satu set empat foto lakaran rasmi model tersebut pula mengusik jiwa peminat model keluaran Jerman itu. Model yang bakal membuat debut global sulung di Detroit Auto Show 2018 ini tampil lebih tampan berbanding model sebelumnya dan gaya rekaannya kali ini lebih banyak dipengaruhi oleh model Arteon terutama di bahagian depan.

Di belakangnya pula ia nampak lebih elegan dengan rekaan lampu melintang yang sedikit berlekuk di bahagian but dan lebih sporty dengan kehadiran dua corong ezkos pada bumparnya. Paling menarik perhatian adalah lakaran rekaan kabinnya yang nampak lebih kemas, moden dan teratur. Paparan kluster meter digital dan unit infotainmennya pula menggunakan skrin berwarna yang besar.

Volkswagen Jetta 2019 yang berkongsi pelantar MQB bersama dengan model Golf dan Audi A3 akan dikuasakan oleh enjin 1.4-liter dengan pengecas turbo yang dipertingkatkan dan digandingkan bersama pilihan transmisi 6-kelajuan atau 8-kelajuan automatik. Kombinasi ini mampu menghasilkan 150 kuasa kuda dan 249 Nm tork.

BACA >> VW tayang lakaran rasmi Jetta generasi baharu

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply