ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wolfgang Karl Epple bakal tinggalkan Proton

Views

Adakah benar berita ini? Wolfgang Karl Epple dikatakan telah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Pengarah Senior Bahagian Operasi Kumpulan Proton. Beliau telah berkhidmat dengan Proton selama 3 tahun & telah banyak membawa perubahan terutama sekali peningkatan kualiti kereta Proton. Sebelum menyandang jawatannya sekarang, beliau memulakan tugas sebagai Pengarah Senior Bahagian Kualiti.

Sebelum menyertai Proton beliau telah berkhidmat dengan BMW sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pengurusan Kualiti Penyelidikan & Pembangunan (R&D). Mengenai perletakan jawatannya, ia adalah kerana beliau ingin mencari pengalaman baharu dengan syarikat automotif yang berpengkalan di Eropah yang berdekatan dengan kampung halamannya. Berita perletakan jawatan ini telah disahkan oleh Muhammad Amyzaddin Raya, Ketua Komunikasi Kumpulan Proton.

Siapakah bakal pengganti beliau nanti? Diharapkan bakal penggantinya meneruskan legasi yang telah ditinggalkan beliau & membawa kualiti Proton ke tahap yang lebih tinggi lagi, bukan lebih teruk selepas ini. 🙂

Apa pendapat anda?

sumber : www.btimes.com.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

14 Comments


  • erm,xpelah nak berubah angin,tp knp sblm p321a launch? Tggulah launch dl coz dia anttara yg monitor development nih p321a siap tlg promosi lg aritu. Ke ader yg xkena?


  • Perletakan beliau selari dengan kerugian dan penurunan jualan Proton, saya berharap ramai lagi mengikut jejak langkah beliau. Tak kira siapa , orang suka ke tak suka end of the day result count???

    Bimbang syiok sendiri Proton dan Proton Fans. Cuba tengok sales inspira jatuh, Exora Bold macam tak wujud dan saga FLX juga menuju bahaya ada serius complaint sampai masuk TV3. Tanda2 ini memberi signal sukarnya P321A mencapai target 4k jualan bulanan.

    Masalah dia adalah “PERCEPTION” masyarakat dah jatuh, umpama taik fit pakai kopiah pun orang dah tak percaya. Bagi saya sukarlah Proton untuk bangun kembali.


    • Mmm… Kerugian proton gak selari dgn penurunan jualan 20% keseluruhan jualan industri. Semua pengeluar pun mengalami nasib yg sama atas faktor2 semasa. Even jualan Perodua dari 18,212 pada Dec menurun mendadak ke 13,684 pada bulan Jan 2012. Proton pula 10,813 pada Dec dan 11,459 pada bulan Jan 2012. Kerugian proton nie dinilai dgn membandingkan jualan yg sama pada tahun sebelumnya. Sekadar nk highligt kan blog2 tu, mengapa tak juga highlightkan blog2 kereta2 lain yg bermasalah? Bersepah2 kat internet itu…

      Selain isu2 semasa, kemunculan p3-21A yg menjelang nanti gak menjadi faktor kot mengapa pembeli hold pembelian mereka utk menunggu kelahiran baby baru proton (P3-21A) nie:)

      Bagi saya persepsi bukan lagi masalahnya bila proton hari demi hari berusaha keras meningkatkn dari segala segi, tapi mentaliti lapuk rakyat yg memandang rendah produk sendiri menjadi isu yg perlu ditangani… udah2 ler… dah zaman milinium nie…

      cheers!


  • apa masalahnya kalau mamat omputih nie resigned… kenapa tak percaya pada kerja org2 tempatan.. sampai bila lagi nak ikut telunjuk org.. or mmg dah tabiat org melayu nie kerja sambil lewa jer(mmg terbukti cakap aku nie kan)
    renungkanlah…..


  • elok lah tu..harap ramai lagi ikut jejak langkahh beliau..menurut sumber,ramai sangat mat mat saleh yang ntah ape2 kat dalam proton tu..tak kemana sangat pun.bayar puluh2 ribu gaji memasing..


  • Mmm… kalau benar perkhabaran itu, kalau saya jadi dia pun saya akan buat perkara yg sama:) Wolfgang nie punyai latar belakang pengalaman yg baik, tak sukar utk sesiapa menawarkan persekitaran yg baik utk dia berkhidmat di mana2 sahaja. Dgn perkembangan semasa Proton yg akan diambl-alih sepenuhnya DRB secara rasmi penghujung bln 3 nie, baiklah, dia angkat kaki sebelum dia disingkirkan secara rasmi oleh DRB nanti. Proton mmg mampu mengajikan beliau, tapi ‘akauntan2’ DRB jer yg tak rela proton mengajikan beliau hehehe…

    cheers!

Leave a Reply