ARKIB

KATEGORI

Buletin

Zulfahmi dan Hafiz banggakan Malaysia!

Views

Tahniah diucapkan kepada dua anak muda Malaysia, Zulfahmi Khairuddin kerana berjaya menduduki tempat kedua kategori Moto3 dan Hafizh Syahrin, pelumba wild card untuk menduduki tempat keempat kategori Moto2. Paling membanggakan Zulfahmi Khairuddin yang mewakili pasukan AirAsia-Sic-Ajo, bermula dari petak utama dan menyaksikan saingan hebat sehingga ke garisan penamat bersama Sandro Cortese dan Jonas Folger. Namun Sandro Cortese lebih bernasib baik kerana berjaya memintas Zulfahmi sebelum mencecah garisan penamat.

Hafizh Syahrin pelumba wild card yang mewakili pasukan Petronas Raceline Malaysia meneruskan kecemerlangan Zulfahmi dengan hampir mendapatkan kemenangan podium dalam kategori Moto2. Cuma ketinggalan +2.941 saat dibelakang pemenang tempat pertama Alex De Angelis untuk tempat keempat.

Memang hari yang amat bersejarah untuk sukan permotoran negara kerana belum pernah lagi pelumba negara mencapai kejayaan yang amat membanggakan seperti ini. Diharap mereka meneruskan kecemerlangan selepas ini, kita semua teringin nak dengar lagu Negaraku berkumandang di litar lumba nanti.

sumber : www.motogp.com

* kita ramai bakat pelumba motorsikal, daripada mati sia-sia lumba haram, baik ikut jejak langkah mereka berdua ni, tak gitu 😉

Jom pilih calon hos Auto Anda! http://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/13/jom-pilih-calon-hos-auto-anda/

Teringin nak jadi Tony Stark aka Iron Man? KLIK SINI http://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/09/advertorial-tempahan-t-shirt-arc-reactor-edisi-khas-kini-dibuka/

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

36 Comments

Leave a Reply