ARKIB

KATEGORI

Buletin

2012 – TAHUN YANG MENARIK UNTUK EDARAN TAN CHONG MOTOR

Views

Kuala Lumpur (21 Februari 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah menganjurkan Majlis Makan Tengah Hari Bersama Media sempena berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina pada hari ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Majlis makan tengah hari ini telah menjadi aktiviti tahunan ETCM sejak lima tahun lalu. Selepas mengharungi tahun 2011 yang agak mencabar, ETCM akan memberi tumpuan kepada pelancaran model-model menarik pada tahun 2012, contohnya pelancaran model serba baru NV200 Vanette dan Navara Single Cab pada baru-baru ini. Model-model lain yang bakal dilancarkan termasuk sebuah sedan segmen B dan beberapa model CBU yang menarik. ETCM juga akan memperkenalkan program perintis bagi model kenderaan elektrik, iaitu Nissan Leaf pada tahun ini.

Semasa majlis itu, Pengarah Eksekutif ECTM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, “Tahun 2012 akan menjadi tahun yang penuh dengan dugaan untuk sektor automotif. Suku pertama tahun 2012 akan kekal mencabar kerana gangguan rantaian bekalan komponen susulan banjir di Thailand masih belum pulih dengan sepenuhnya. Selain itu, syarat pinjaman yang ketat untuk sewa beli kereta mungkin akan menjejaskan jualan kami. Tambahan pula, pengguna juga berasa bimbang tentang prospek ekonomi global. Pasaran hanya akan mula pulih pada separuh kedua tahun ini. MAA menjangka jumlah jualan industri akan meningkat 2.5% kepada 615,000 unit pada tahun ini. Kami pula yakin bahawa jumlah jualan Nissan akan melepasi pertumbuhan industri dengan pengenalan model-model baru dalam segmen-segmen yang belum diceburi Nissan.”

Jumlah jualan Nissan pada 2011 menghampiri 31,000 unit. Malah, Nissan menduduki tempat kedua dalam ‘Kajian Indeks Kepuasan Jualan (SSI) Malaysia 2011’.

Pencapaian-pencapaian penting yang lain termasuk Nissan Grand Livina masih merupakan model jualan terbaik MPV Bukan Nasional dengan menguasai 40.4% pasaran manakala Nissan Urvan yang menguasai 43.7% pasaran kekal sebagai Van Bertingkap Diesel paling laris. Di samping itu, Nissan Sylphy adalah model 2.0L terlaris dalam segmen C Bukan Nasional dengan penguasaan pasaran sebanyak 10.1%.

“Sektor automotif telah mengalami situasi turun naik tahun lalu akibat bencana alam yang tidak diduga di Jepun dan Thailand. Banyak syarikat automotif yang terjejas dan Nissan juga tidak terkecuali. Namun begitu, kami masih memperolehi beberapa pencapaian yang hebat walaupun semasa menghadapi keadaan yang penuh dugaan,” tambah Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Berikut adalah anugerah yang dimenangi oleh Nissan sepanjang tahun 2011:

 ModelAnugerahDaripada
1SylphyPemenang – Segmen Kereta Bersaiz SederhanaJ.D. Power Asia Pacific 2011 Malaysia Initial Quality Study (IQS)
2TeanaKereta Eksekutif TerbaikNew Straits Times/ Maybank COTY2U Awards 2011
3TeanaPemenang – Kategori Sedan BesarAUTOCAR Asean Car of the Year Awards 2011
4TeanaSedan Eksekutif Pemasangan Tempatan TerbaikAsian Auto / Auto Industry Awards 2011
5Navara King CabTrak Pikap Terbaik 2011New Straits Times/ Maybank COTY2U Awards 2011
6Navara King CabTrak Terbaik 2011 Wheels Weekly / LIVE LIFE DRIVE Car of the Year 2011 & 2012 Award
7Navara 4×4 ManualKetiga dalam Kelas – Kategori Trak PikapAsian Auto AmBank Fuel Efficiency Awards 2011
8Latio HatchbackKetiga dalam Kelas – Kategori Kereta Keluarga KecilAsian Auto AmBank Fuel Efficiency Awards 2011
the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply