ARKIB

KATEGORI

Buletin

276,000 unit Tesla Model 3 ditempah dalam masa dua hari!

Views

Ini barulah terlajak laris! Siapa sangka kereta elektrik Tesla Model 3 yang diperkenalkan pada 1 April lalu menerima tempahan hampir 300 ribu unit hanya dalam masa dua hari! Amat jarang sekali kita dengar sehebat ini penangan sebuah kereta elektrik yang masih lagi di fasa pembangunan. Yang diperkenalkan oleh Elon Musk baru-baru ini hanyalah prototaip yang berfungsi, bukan model pengeluaran massa.

Menurut CEO Tesla, Elon Musk melalui akaun Twitter rasminya, sebanyak 276,000 unit tempahan telah berjaya direkodkan untuk Model 3 hanya dua hari selepas pengenalannya. Sebagai perbandingan BMW telah menjual sebanyak 476,792 model 3-seriesnya sepanjang tahun 2015, manakala Mercedes C-Class telah terjual sebanyak 443,909 untuk tempoh yang sama.

” Kami jangka hanya mendapat suku atau separuh dari jumlah tempahan yang kami terima setakat ini. Tiada seorang pun di Tesla menyangka perkara ini akan berlaku. ” reaksi Musk apabila ditanya mengenai sambutan luar dugaan untuk Model 3.

Tesla akan mengeluarkan 500,000 unit bateri pada tahun ini di kilang giganya untuk menampung permintaan model terbaharu keluaran syarikat tersebut. Penghantaran pertama dijangka pada awal 2017. Tesla Model 3 dijual pada harga USD35,000 (RM136,991.84) di Amerika Syarikat.

Adakah resepi kejayaan Elon Musk ini petanda kepada angin perubahan dalam sektor automotif global kepada sumber yang lebih mapan seperti kereta elektrik? Kita tunggu dan lihat!

MODEL-3-5 MODEL-3-4 MODEL-3-3 MODEL-3-2 MODEL-3-1

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply