Beberapa rakan kita telah menghantar pesanan peribadi kepada kami di Facebook rasmi Funtasticko.net mengenai sebuah artikel mengenai Proton yang ditulis oleh saudara MatRodi. Kami kongsikan pandangannya untuk anda semua. Jika anda ada pendapat lain, jom bincangkannya di ruangan komen ye!
Proton: Nota kepada Menteri Kabinet
Artikel oleh MatRodi
1. Kurang daripada 24 jam selepas perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Proton, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengeluarkan kenyataan terhadap model perniagaan Proton.
2. Kemungkinan ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana seorang menteri kabinet memberikan kenyataan yang begitu kritikal berkenaan dengan sebuah syarikat swasta.
3. Berikutan itu, tidak kurang 6 menteri kabinet yang lain turut memberikan pandangan yang sama.
4. Menurut kenyataan menteri tersebut, industri automotif tidak seharusnya dilindungi dan Proton juga perlu belajar untuk berdikari. Jika Korea Selatan dan Jepun boleh, mengapa tidak Malaysia?
5. Pada 2009, kerajaan Amerika Syarikat telah menggunakan dana awam sebanyak USD150 billion untuk menyelamatkan General Motors daripada muflis. Sudah pastilah tindakan tersebut tidak akan dianggap sebagai ‘perlindungan’ dan tiada kajian yang dibuat untuk memahami mengapa tindakan sedemikian dilakukan oleh sebuah negara yang begitu terkenal dengan konsep ‘pasaran terbuka’.
6. Pada 2014, industri automotif Australia telah pun terkubur berikutan keputusan penutupan kilang kereta Toyota, Holden dan Ford pada 2017. Dianggarkan lebih 200 ribu pekerja akan hilang pekerjaan dan lebih USD29 billion akan hilang daripada KDNK Australia. Sekali lagi, tiada kajian yang dibuat.
7. Pada tahun lepas, 2015, Malaysia Airlines telah disuntik RM6 billion dana awam dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan nasional. Tindakan ini adalah suatu tindakan yang berani sebagaimana pengenalan Proton pada 30 tahun yang lepas.
8. Walalupun Proton kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun yang lepas, tetapi Proton tidak pernah melakukan ‘strategi MAS’ di mana 6,000 pekerja ditamatkan perkhidmatan dalam usaha menyelamatkan syarikat tersebut.
9. Kemungkinan disebabkan itu, maka Proton dianggap oleh menteri-menteri kabinet sebagai tidak professional dan diketuai oleh barisan pengurusan yang tidak cekap.
10. Industri penerbangan bukanlah penggerak ekonomi utama di Malaysia berbanding dengan industri automotif. Industri ini menggaji lebih 550,000 pekerja dan menyumbang hampir RM30 billion kepada KDNK negara. Atas sebab inilah kerajaan terdahulu memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai RM 13.9 billion.
11. Walaubagaimanapun, insentif dan bantuan yang diberikan tidak hilang begitu sahaja.
12. Pertama, Proton telah pun membayar balik pinjaman RM800 juta dari kerajaan.
13. Kedua, Proton telah menjual 4 juta kereta dan hasil jualan ini dikenakan cukai. Sejak penubuhannya, Proton telah membayar cukai sebanyak RM24 billion kepada kerajaan.
14. Ketiga, melalui pembelian kereta nasional, aliran wang keluar berjaya dikurangkan. Jika diambil harga purata sebuah kereta adalah RM30,000, ia bermakna sejumlah RM120 billion aliran wang yang kekal mengalir dalam pasaran ekonomi tempatan. Jumlah ini- jika dibiarkan mengalir keluar melalui pembelian kereta asing, pasti akan memberi kesan kepada defisit kerajaan.
15. Sudah jelas dari sudut wang ringgit, pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adalah amat berbaloi.
16. Bagaimana pula halnya dengan sumbangan Proton dari aspek lain? Untuk rekod, lebih 77,000 jumlah pekerjaan yang diwjudkan melalui Proton. Tambahan dari itu, terdapat 400 vendor yang bergantung kepada Proton. Hari ini, Proton merupakan syarikat tempatan yang paling aktif dalam mendaftarkan hak cipta dengan 2,800 IPR (Intellectual Property Rights).
17. Dalam kenyataan menteri tersebut, beliau mengakui terdapat sebilangan vendor yang memerlukan pertolongan. Namun, di sebalik cuba membantu memulihkan Proton, kementeriannya telah memberikan pinjaman mudah bagi meringankan beban. Sungguhpun ia tindakan yang terpuji, tetapi ia masih tidak menangani isu sebenar.
18. Bagaimana pula dengan persaingan yang tidak adil di mana kenderaan luar boleh memperolehi pengecualian jika tidak menepati piawaian negara? Bagaimana pula dengan definisi mudah ‘kereta nasional’ yang hanya memerlukan 40% komponen tempatan bagi membolehkan kenderaan luar menikmati status bebas cukai kereta nasional? Bagaiman pula halnya dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan kenderaan luar masuk ke dalam negara sedangkan negara tersebut mengenakan syarat yang ketat kepada Proton?
19. Kesemua ini tidak diendahkan. Sebaliknya, kementerian beliau tetap mencadangkan agar Proton mempunyai rakan strategik asing. Nampaknya kemampuan tempatan masih belum mencukupi. Oleh itu Proton haruslah menjual pegangan majority kepada syarikat luar.
20. Bagaimana pula dengan Perodua? Perodua adalah model yang lain. Prestasi kewangannya membanggakan tetapi tidak ada model Perodua yang dihasilkan 100% oleh warga tempatan. Sebaliknya Proton mempunyai beberapa model yang dibina 100% daripada lakaran sehinggalah ke jalanan.
21. Setiap negara yang mempunyai kenderaan nasional pasti akan melindungi pasarannya. Ini termasuklah di negara maju. Di Korea Selatan, setiap kenderaan asing perlu menjalani ujian mengikut piawaian mereka yang biasanya menelan kos yang tinggi. Di Jepun, mereka telah mengasingkan pasaran kereta bawah 660cc hanya untuk kenderaan mereka sahaja. Ini adalah pasaran yang lumayan. Di China, setiap pengeluar kenderaan asing perlu menjalin usaha sama dengan GLC mereka. Ini adalah apa yang berlaku.
22. Sebaliknya di Malaysia, perlindungan dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan jijik.
23. Adalah amat menghairankan apabila sebuah model perniagaan yang tidak ‘mapan’ seperti 1MDB yang telah kerugian RM665.36 juta pada 2013 dan menghadapi masalah aliran tunai yang serius, barisan kabinet memberikan bantuan kredit sebanyak RM950 juta.
24. Tetapi apabila sebuah syarikat kereta nasional membuat permohonan menuntut dana R&D dan pinjaman mudah, terdapat menteri kabinet yang memperlekehkan syarikat ini.
Org marah ngan Proton bukan baru tapi dah lama dah. Isu yang paling hangat ialah kereta Proton yg di import ke luar negara lebih berkualiti dari yang dijual dalam negara. Alih2 timbul kenyataan Kami segan untuk membina kereta yang berkualiti. Apa ni main segan2 pulak? Ingat buat kereta ni macam jual makanan ke? konsep sama je bila kereta mahal barang mesti kualiti. Bila berniaga kena jujur lagi2 kita org Islam jika kualiti di luar maka dalam negara pon sama kualitinya barulah perbandingan harga sahaja yang dibuat. Pastu design kenalah ikut trend terkini, Jika tidak terkini janganlah terlalu jauh ngan design terkini. Contoh design Preve dan Suprima. Ramai kata cantik. Saya pon kata cantik tapi bila Saya pandang lebih lama memang Ada yang tak kena. Terutama bahagian lampu depan. Jika garis body dari depan MENAIKI hingga kebelakang buntut kenapa KEDUDUKAN Lampu depan MENDATAR jika di pandang dari sisi. Setiap kali saya pandang PREVE n SUPRIMA sering saya termenung PANJANG. Jika aku ada MAGIC ingin sahaja aku tukar rupa lampu depan tu. Design lampu depan begitu menjadikan bentuk kereta mengecut dan Bukan mengembang. Ingat ye trend dekat Malaysia suka lampu depan yang mengembang. So ikut la trend macam Proton Iriz but is to late ma. PERODUA dah sapu habis da. Banyak perkara kecil yang Proton kena ubah. Bila kita org Asia maka gaya pemanduan pon gaya org Asia. So jangan la sangat nak ikut Gaya org Eropah. so kesudahan buatlah kereta gaya org Asia dan jangan buat Gaya org Eropah. Betullah apa yang org kata bila buat kereta design syok sendiri so yang terima akibatnya nanti org bawah yang bekerja. Org atas yang gaji dah besar2 ni senang la cable mana2 Ada. Tak kerja Proton boleh keje dekat kompeni lain, org bawah ni Jika Proton tutup Kedai nak cari kerja apa. Apa Korang org atas2 ni tak pikir ke??? Diorang yang atas2 ni kena Ada anjakan Paradigma dan smart bila bekerja. Berilah pada mereka yang betul2 PASSION tentang KERETA. Janganlah tangkap muat. POKOK yang kuat dan cantik datang dari AKARnya. Why note sekali sekali tanya pendapat atau buat SURVEY dengan Staff Proton yang beribu tu. Nape nak ikut kata tertentu sahaja yang minat satu2 design sahaja dan akhirnya tak terjual. Mari tukar segera bermula dari Iriz. Proton You’ll Never Walk Alone! Insya-ALLAH
NO 18 ANTARA YANG GUA SETUJU.TAPI RAKYAT MALAYSIA JUGA YANG BISING KERETA IMPORT AKAN JADI MAHAL.
we support proton,
but can proton makes car at least as good as kia or Hyundai. that,s the main issue.
a good car has a good power delivery and the interior is ergonomically compliance.
yes proton has turbocharged but where is its sweet linear power delivery.
yes proton has good handling but where is its ergonomic design between steering seat and pedal relation for a supreme car control.
not to mention about efficiency and some itsy bitsy issues.
testimony, you can tell the sales performance of the export, if the car doing they will ask for more if the car is so so , then…..
Lepas ni xyah la anta anak2 ke sekolah pandai2.
Blaja engineering penat2, design segala macam, pastu keje rebadge.
Cuba la depa ni tgk jauh sikit. Sampai bila nk jd end-user saja. Nnt kompeni luar ni pull-the-plug, baru la depa tau.
Aku nmpk proton sbg fardu kifayah.
Bagus komentar di atas!
hahahaha….
korang komen nak marah sapa?
punca kpd masalah ni ialah untuk mengekalkan Najib sbg PM ja.
macai2 yg telah didedakkan akan buat kerja la.
semua masalah akan selesai bila Najib bukan lagi jadi PM. semua benda di dalam kerajaan pada hari ini adalah untuk mengekalkan Najib.
sokonglah Tok Det. Tok Det suruh tukar PM sebab PM sekrang ni ibu segala masalah.
isu bnyk sgt sampai org lain kena cover.
sampai bila oiii…
baru buat proton dah bising.. lepas tu gatal2 suruh buat jet pejuang sebab PRC makin berani dekat LCS. tak tau la kan kalau jet tu tak laku/tak kualiti apa lah dikatanya pula
bukan nak sokong, tau nak bash jeee..