ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

5 perkara yang bakal membuatkan rakyat Malaysia terpikat dengan SUV pertama Proton – Sharaf Saleh

Views
Safety 360° by Proton - Episode III

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai bakal SUV pertama Proton, kami telah meminta pandangan seorang ‘pakar’ dalam pemanduan dan pengendalian (ride and handling) yang merupakan bekas pemandu uji prototaip model Proton yang pernah terlibat secara langsung dalam fasa pengujian model tersebut ke seluruh negara, saudara Sharaf Saleh.

Beliau kini sedang mengembangkan portfolio kerjayanya ke negara China dan pernah bekerjasama dengan beberapa pengeluar kereta di China seperti BAIC dan ZOTYE. Untuk pengetahuan anda, beliau juga pernah muncul dalam video di laman YouTube rasmi Proton. Tonton video di atas untuk melihat aksi beliau memandu Proton Persona (bersama seorang penumpang wanita di depan dan dua lelaki di belakang).

Inilah 5 perkara yang bakal membuatkan rakyat Malaysia terpikat dengan SUV pertama Proton menurut pandangan peribadi beliau:

  1. Stereng yang dilengkapi dengan dua mod pra-tetapan iaitu : Comfort dan Sport. Mod Comfort amat sesuai untuk pemanduan di dalam bandar, lebih tangkas dan mudah untuk dikendalikan, manakala mod Sport pula lebih sesuai untuk pemanduan di lebuh raya, berwajaran dan memberikan perasaan yang lebih tenang.
  2. Pemanduan dan pengendalian yang selesa – Relevan dengan fungsinya untuk membawa penumpang, sistem suspensi ditentukur untuk mengoptimumkan keselesaan perjalanan sambil mengekalkan keupayaan pengendalian yang mencukupi. Pemanduan yang bersemangat mungkin bukan intipatinya.
  3. Kualiti binaan yang baik dari kebiasaan – Bagi ‘mereka’ yang begitu skeptikal dengan kereta atau barangan “Buatan China” yang secara umumnya tidak berkualiti, zaman itu sebenarnya telah pun berlalu. Kini dan pada masa akan datang, ‘mereka’ akan lebih menghormati produk yang datang dari negara tersebut. Geely Boyue ini salah satu daripadanya!
  4. Penjana kuasa – Gandingan serasi enjin 1.8 TGDI bersama transmisi enam-kelajuan automatiknya memberikan jumlah kilasan yang cukup padu untuk pecutan penggunaan harian. Yang paling penting, ia sangat responsif, lancar dan tersusun. Penukaran gear yang lancar, ditentukur untuk meningkatkan keselesaan penumpang. Sesuai untuk pemanduan di dalam bandar, dan memadai untuk pemanduan di luar bandar.
  5. Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) – Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Pra-Perlanggaran (PCW) dan Brek Kecemasan Autonomi (AEB) menambah keseronokan memandu, mengurangkan penggunaan bahan bakar dan meningkatkan keselamatan. Ciri-ciri keselamatan terkini dan moden ini kebiasaannya hanya terdapat pada kenderaan mewah premium dan penggunaannya semakin sejajar dengan arus pembangunan celik automotif.

Kami berharap artikel ringkas ini mampu membuatkan anda semakin tidak sabar untuk menantikan kelahiran SUV pertama Proton yang bakal dilancarkan menjelang akhir tahun. Khabar angin mengatakan, fasa percubaan pengeluarannya akan bermula dalam masa yang terdekat di China. Unit terawal model ini akan didatangkan secara CBU dari China dan akan dipasang secara tempatan (CKD) pada awal tahun 2019 setelah selesai pembinaan kilang pengeluaran terbaharu hasil usahasama Proton-Geely di Tanjung Malim.

Terima kasih tidak terhingga kepada saudara Sharaf Saleh yang sudi kongsikan pendapat beliau bersama kami. Selamat maju jaya dan terus sukses kami ucapkan!

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply