ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia tawar Bonus GST untuk pembelian model terpilih antara 18 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018

Views

Honda Malaysia Sdn. Bhd. turut mengumumkan insentif Bonus GST sempena pengumuman kerajaan Malaysia yang bakal melaksanakan kadar sifar GST bermula 1 Jun 2018. Pelanggan yang membeli model Honda yang terpilih dalam tempoh 18 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018, Honda Malaysia akan menyerap 6 peratus GST dan mereka juga layak untuk mendapatkan bonus “Welcome Ramadhan Rewards” Honda.

Antara model yang layak mendapat Bonus GST adalah City (Varian Petrol), Civic, CR-V dan HR-V. Selain itu, model seperti Jazz, BR-V, Accord, Odyssey, Civic Type R, Jazz Hybrid dan City Hybrid tidak layak mendapat Bonus GST, tetapi layak untuk menerima bonus “Welcome Ramadhan Rewards” Honda.

Honda Malaysia akan mengumumkan harga baharu kenderaan keluarannya bersempena dengan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam masa yang terdekat. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang www.honda.com.my

KLIK UNTUK BESARKAN

    

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply