ARKIB

KATEGORI

Buletin

Acecourt Auto yang telah dinaik taraf kini dibuka secara rasmi

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC),  pengedar jenama Ford di Malaysia, mengumumkan pembukaan rasmi bilik pameran milik Acecourt Auto Sdn Bhd (Acecourt Auto) yang telah dinaik taraf. Bilik pameran berkonsep baharu yang menepati piawaian Jenama@Runcit jenama Ford global kini dilengkapi dengan ruang menyambut tetamu yang dinaik taraf dengan kelengkapan tercanggih dan kakitangan terlatih bertaraf dunia, sekaligus menjadikan setiap aspek pengalaman servis seiring dengan Piawaian Global Ford.

Bilik pameran yang terletak di Taiping, Perak akan memberikan khidmat terbaik dari segi jualan dan selepas jualan untuk pelanggan Ford. Ia dilengkapi dengan peralatan diagnostik terkini Ford, sebuah lounge menunggu yang membolehkan para pelanggan berehat sambil melayari internet dengan sambungan Wi-Fi percuma dan menikmati minuman panas serta snek.

Acecourt Auto Sdn Bhd terletak di Lot 18992, Batu 2 ½, Jalan Simpang, 34000 Taiping, Perak dan bilik pamerannya dibuka mulai jam 9:00 pagi – 6:00 petang dari Isnin hingga Sabtu, manakala pada Ahad pula waktu operasinya bermula dari jam 10:00 pagi – 4:00 petang. Untuk Pusat Servis pula waktu operasi bermula dari jam  8:30 pagi – 5:30 petang dari Isnin hingga Jumaat, dan untuk hari Sabtu pula waktu operasinya bermula dari jam  8:30 pagi – 1:30 tengah hari. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian hotline Acecourt Auto – 012-519-0001, atau layari laman sesawang www.sdacford.com.my.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply