ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Achilles Formula Drift Malaysia 2013 kini kembali!

Views

1072418_10151732005444096_1024483076_o

Demam drift bakal melanda dengan kembalinya Achilles Formula Drift Malaysia 2013 tidak lama lagi! Pemandu drift terhebat bakal bertarung pada acara Drift Berpasukan yang pertama kalinya diadakan pada sebelah malam. Dianjurkan oleh FOX International Channels Asia dan disiarkan di saluran STAR Sports, Achilles Formula Drift Malaysia 2013 adalah edisi yang kelima di Malaysia dan bakal berlangsung pada 1hb September di Speed City Kuala Lumpur.

Bersemangat untuk mengejar kejuaraan dan mengetuai cabaran Malaysia pada Drift Asia Champion Formula 2010, Tengku Djan Ley, yang juga naib juara untuk siri Asia pada tahun lepas begitu teruja untuk mewakili Malaysia dan berharap akan memenangi gelaran tersebut di laman sendiri. Pada tahun ini, beliau akan disertai oleh rakan sepasukan Ser Ming Hui, Mervyn Nakamura, Tan Tat Wei dan Loyai yang juga berazam untuk membanggakan Malaysia selain berusaha menewaskan juara dunia bertahan drifter Jepun, Daigo ‘The Ninja’ Saito.

Daigo telah memenangi pusingan pembukaan musim ini di Australia pada awal tahun. Beliau akan menghadapi saingan sengit dari peserta Malaysia selain nama-nama seperti Robert Whyte, Tom Monkhouse dan Josh Boettcher dari Australia, Daynom Templeman dari New Zealand, “The Hammer” Fredric Aasbo dari Norway, rakan sepasukan Daigo dari Jepun Robbie Nishida serta kemunculan semula superstar Formula Drift Amerika Syarikat, Ken Gushi. Selain itu peserta dari Indonesia dan Thailand seperti Saranon, Oat dan Rio turut mengambil bahagian dan tidak lupa juga kemunculan pertama bintang Jepun Masao Suenaga dalam edisi kali ini.

Peminat drift Malaysia juga berpeluang merasai pengalaman baru pelumbaan malam bagi kategori Drift Berpasukan dan untuk pertama kalinya dalam sejarah Formula Drift Asia, peminat akan dapat menonton Drifters terkemuka beraksi pada waktu senja dan ini akan menjadi acara kemuncak. Achilles Formula Drift Malaysia 2013 bakal dipancarkan secara langsung di saluran STAR Sports pada hari Ahad 1 September bermula dari jam 3.30 petang sehingga 5.30petang (waktu tempatan) dan pengumuman mengenai jualan tiket akan dibuat tidak lama lagi. Layari www.formuladriftasia.com dan facebook formula drift asia untuk maklumat lanjut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply