Naza World kini sedang mengembangkan perniagaan dan kehadiran jenamanya di luar negara dengan menubuhkan bilik pameran 3S NAZA Bikes di Phnom Penh, Kemboja. Kehadiran jenama tersebut dijangka mampu menguasai lebih daripada 10% pasaran atau lebih daripada 30,000 unit pelbagai model, dalam masa 3 tahun akan datang.
Sebanyak RM 1.5 juta dilaburkan NAZA untuk membina bilik pameran 3S berkeluasan 7000 kaki persegi yang menempatkan ruang servis, perkhidmatan selepas jualan, alat ganti dan motosikal di lokasi strategik di ibu kota Kemboja, Phnom Penh. NAZA Bikes akan menawarkan model popularnya NZ 125R, NAZA Blade 250 dan NAZA Blade 650 dengan harga yang kompetitif, cekap bahan api dan motosikal berprestasi tinggi.
“Dalam usaha NAZA Bikes untuk menjadi seorang pemain serantau, walaupun risiko yang lebih tinggi, kami membangunkan bilik pameran dengan pelaburan kita sendiri. Mengembangkan perniagaan memerlukan ketabahan dan sebagai usahawan, kita mesti berani dalam menghadapi cabaran apabila berurusan dengan pasaran antarabangsa. Dalam perniagaan, tiada siapa yang pernah bergerak ke hadapan dengan bermain secara selamat” kata Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA.
Bilik pameran di Phnom Penh, dijangka akan dibuka pada bulan Ogos 2013. Operasi perniagaan akan diketuai oleh kakitangan NAZA Malaysia selain penduduk tempatan akan mengisi jawatan sebagai kakitangan jualan dan operasi. Dengan Kemboja menjadi penanda aras, NAZA Bikes merancang untuk meluaskan kehadirannya di seluruh rantau ASEAN termasuk operasi di Indonesia, Vietnam, Myanmar dan Laos dalam tempoh dua tahun akan datang.
kalau laaa dia bg aku moto tu sbijik….
Tahniah NAZA Ingin berjaya mesti berani mencuba
syabas naza!