ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Adakah ini Saga 2016?

Views

Kami mendapat foto yang dikatakan rekaan belakang Proton Saga 2016 yang telah dimuatnaik ke laman Facebook rasmi Proton Iriz Community (Malaysia) Official sebentar tadi. Kali ini bentuk lampu Saga 2016 tampil dengan rekaan dua unit yang bersambung, yang nampak lebih menarik dan elegan berbanding dengan model Saga semasa.

Walaupun gambar ini telah dikaburkan terlebih dahulu sebelum dimuatnaik, kita dapat melihat bendtuk lampunya dengan jelas. Adakah foto ini sengaja ditiris keluar untuk mengusik pesaingnya Perodua Bezza yang bakal dilancarkan Khamis ini? Saga 2016 bakal dilancarkan sebelum akhir tahun ini, nantikan!

KEMASKINI : Foto terpaksa diturunkan atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan.

saga 2016

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

87 Comments


  • mungkin selepas ini, foto bahagian hadapan pula akan (sengaja) dibocorkan oleh Proton..

    pada sy, ini pendekatan yang bagus, untuk mengusik ngusik Perodua Bezza

    hehe

    dengar cerita, Saga R akan ada unsur2 VW Polo, tak sabar nak tgk rupa sebenar Saga R..


  • Pastikan saga ini mendapat taraf ANCAP 5 bintang, 6 beg udara sekurang-kurangnya utk varian tertinggi, VSC & TC terdapat pd semua varian, sistem navigasi sekurang-kurang utk varian tertinggi, push start button dgn smart on/off, enjin baru yg boleh diikhtiraf sbg EEV dan paling penting harga utk varian tertinggi Saga 2016 lebih murah (sedikit pun tidak menggapa) berbanding varian tertinggi Bezza.


    • Dr segi harga proton susah sikit nak compete bro.. Tp kalo bab safety, satu Malaysia dh tau proton mmg tiptop kn.. Aq rase kalo nk buat semua mcm yg ko ckp tu, top spec saga mgkin harganye rm55k kot.. Lbih kurg iriz..

      Kalo aq, aq nk proton saga ni pnye NVH di tingkatkn setinggi2 nye.. Sbb saga skrg bising giler kot.. Huhu. Lg2 bunyik cvt..

      This is my opinion lah..


      • saya rasa tak akan cecah sampai mcm tu.
        A segmen saga nh Rasenyer From 33K sampai 48K.
        B segmen persona dalam RM 49 – 58K
        Sebab Preve C segmen harga RM59-72K


      • ye lah dh nak itu ini bagai.. tp nak harga murah.. ishh celah mana Proton nak bayar gaji staff dan bayar vendor.. hujung tahun tutup akaun.. rugi.. pasti kutuk..

        so biar realistik lah.. kita nak seimbang safety dengan harga. Tak payah lah nk letak sampai 6 airbag, buat permulaan fine tune supaya kepuasan asas memiliki SAGA- FC + Value for Money + Standard Safety + Comfort.

        volume sales Proton terlalu rendah untuk main harga dgn spec tinggi.. jangan Proton perjudikan nasib kali ini jadi seperti Suprima.. lainlah Toyota Honda.

        Pastikan model ini satisfied pelanggan.. dan saya setuju sgt pasal NVH. Saga BLM – FL mmg teruk suffer bising & engine vibration. FC cuba letakkan paras paling terbaik.

        Syabas Proton. Saya yakin Proton akan masuk eksport dengan berjaya jika rekabentuk dan kepuasan pemanduan dipertingkatkan at homeland. Feedback itu penting utk global market.

        Dgn hanya good penetration in global market Proton will get success, kluar dr suffer yg membelenggu berdekad.

        Insya Allah. looks promising.


  • macam Camry
    dak dak Proton rilek jew bila kena banding design
    dak dak Perodua (Axia) punggung pedih bila kena banding padahal banding Bezza bukan Axia pun… hahaha
    LANCAP: Local Asean New Car Assessment Programme


  • design belakang mcm Camry.
    utk entry level sedan mcm Saga ni, spec tak perlu nak fantastik sgt.
    cukup dgn basic safety features, kualiti bagus, enjin lasak, maintenance senang dan murah, jimat minyak, ruang besar, design cantik…yang penting harga murah, sbb target market pun utk golongan yang ade kekangan wang.
    kalau dah letak macam2 features, nanti harga jadi mahal, bersaing dengan model lebih upmarket…akhirnya tak boleh jual.
    all the best Proton.


    • Bro Savvy,

      Saga bagi saya cukup sekadar simple car with safety. Let be honest, org pakai saga bukan semua yg org sederhana dan bukan semua org kaya.
      Still harap ESP akan ada dlm base model. Steel Rim pun dah ok , janji ESP ada.


    • ok lah tu belakang design macam camry. kalau honda pun boleh tiru design belakang volvo (lampu) proton tiru sikit-sikit pun ok lah…


    • tak ckp salah pun blkng mcm Camry.nk ckp belakang mcm Lexus pun boleh.

      kita kena realistik la, kalau semua benda nk letak dalam Saga berapa pulak harga nnti.nnti bila harga mahal komplen Proton buat kerja bodoh.
      kena spot on la dgn market sasaran…soal org kaya nak beli kereta murah itu hal dia lah, tapi kita kena akui yg org tak banyak duit tak mampu nak beli kereta untuk org kaya.
      Saga patut sasar nak jadi popular mcm sedan zaman 80-an i.e toyota ke30, nissan 130y. ada segala basic yang perlu ada dlm sebuah kereta ditambah ciri safety yang setimpal dgn harga, tahan lasak dan tak byk ragam..kereta moden ni terlalu banyak electronics yang kadang2 jadi liability sesebuah kereta.


      • En Savvy, saya setuju dengan pendapat tuan.. Proton kena realistik setiap kali nak final up apa benda di anak taruh pd model ikut segment ini.

        Jgn Segmen macam SAGA dumb dengan macam2..tp low quality mcm cheap china hand phone.. semua menatang ada.. tp pakai sebulan itu tak function ini tk jalan..ye lah mana ada dlm dunia ni nk murah tp premium (relative)

        Saya harap Rn D Proton belajar dr kesilapan SUPRIMA. Bagus bagai.. tp lihat sales akhirnya.. penuhi tak pasaran?

        Jgn asyik baca kt blog.. lihat real market demand.. hidu kehendak pelanggan.. setiap segmen ada target2 pelanggan berdasarkan pesonaliti.

        Segmen yg sepatutnya very high safety ialah MPV! Sebagai contoh Exora biar ada varian paling premium.. maksud premium bukan letak PU Leather atau seat arrangement berubah tp SAFETY dan COMFORT.

        Org berkeluarga akan beli MPV yg melindungi ahli2 keluarganya.. yang bagi selesa..yag puas hati lihat anak isteri tidur dengan selamat semasa perjalanan, entertainment yang sesuai dengan golongan berkeluarga.

        Jadi jika ditawar model premium yg memenuhi kehendak pelanggan, mereka sanggup bayar dengan harga premium.. janji bagi betul2 ‘masak’ lah.. jangan sembunyi kecacatan disebalik kosmetik atau aksesori bagai.

        Sekadar pandangan. Saya amat yakin Proton akan berubah kali ini..

        saya sayang Proton kerana kereta pertama keluarga saya ialah Proton, kereta Pertama saya memandu juga Proton, Kereta pertama setelah kahwin juga Proton, dan kenderaan terkini saya juga Proton (5 jenis Proton dlm family.!)

        Saya boleh bagi penilaian adil pada Proton 🙂


        • Sekadar pandangan saya. SAGA adalah model paling no-frills yang mereka pasarkan sejak awal 2000-an lagi, bermula pada era LMST. Murah, super barebone, low-rent materials, lists goes on.

          Tapi perlu diingatkan pada era itu, market mula shift kepada kenderaan yg kosnya murah, yang mana ciri-ciri tersebut masih dianggap lumrah (walaupun agak tidak consumer-centric). Dan untuk kenderaan yg sedikit mewah pun, bukan semua ada airbags. Sesuatu yg tak terbayang sekarang.

          Apa yg dibuktikan dari LMST hinggalah ke Saga generasi kedua, model no-frills DO WORK. Dari aspek REAL MARKET DEMAND, at the very least. Dan saya taklah fault kan P1 secara seratus peratus, its due to dwindling demand for a better national car (with higher price tag).

          Kegagalan mencongak pasaran untuk Suprima? Obviously due to marketing. But how about “the elephant in the room”? Pasarannya kian tiada di situ pun. Ringkasnya, golongan yg sedikit berkemampuan, terutamanya target demografinya, akan memilih kenderaan berjenama antarabangsa dengan tambahan amaun ansuran bulanan. Ia terlalu niche, namun Proton tersilap catur bahawa mereka boleh upmarket hatch ke C-seg, at launch. (harganya berbeza ketika itu, berbanding sekarang)

          Proton tampaknya dah cuba hidu citarasa pelanggan di samping “mengekang” kos untuk tidak mengulangi kejadian Suprima, menerusi Iriz. Dashboard masih lagi plastik, namun dengan kemasan ala-stitching yg membentuk persepsi visual. Leatherette & fabric seat yg sungguh well-thought. Rupa yg sedikit ranggi. Ciri yg mesra famili. Tapi yg paling penting, harganya tidak melangit.

          Namun, yg masih dibeli orang adalah Saga, kalau “cap pale rimau” yg dipilih. Sebab itu yg paling murah.

          Ini dilema bukan Proton je kena. Perodua turut merasa di era Axia.

          Perlu diingatkan, “penebusan” mereka yg bernama Iriz hadir pada waktu yg sangat malang, ketika pasaran menjadi terlalu sensitif pada harga. Tambahan lagi dengan kelembapan ekonomi dunia, yg mana kita terkesan juga.

          Dan berdasarkan pengalaman anecdotal melihat di showroom (experience may vary), bukannya model Suprima dan Iriz ni tiada demand langsung. Tetapi loan tidak mengizinkan nilai sedemikian. Dan walaupun Proton dah cuba ‘bermain’ dengan rebat tunai, dengan amaun antaranya yg boleh tampung upfront sekaligus. Heck, nak beli Saga pun ada yg kena reject.

          Untuk first time buyer? Of course lah ramai cari Saga dan Axia (dan kini, tambah model Bezza). Sekurang-kurangnya jika pemanduan terasa mengecewakan, taklah banyak sangat berbelanja. Itu menyebabkan model yg lebih mahal kian kurang demand.

          .

          Versi pendeknya, disebalik keghairahan Proton bermain dengan lebih nilai dari segmen yg sedikit ‘upmarket’, wujudnya SAGA dalam barisan Proton seakan mencerminkan ‘kewarasan’ di dalam membaca pasaran.

          Tengok sahaja pesaing pada price-bracket yg sama (bagi model bawahan). Mereka semua bersaing untuk memberi lebih nilai, namun itu je yang dapat dizahirkan pada harga sub-40k.

          Sebut tentang ciri keselamatan, tengok sahaja bagaimana kereta-kereta A-seg nasional disumbat (orang dan barangan). Adakalanya, kereta kecik tapi isinya 7 orang. Untuk yg terhad kemampuannya, mereka sanggup dagangkan keselamatan demi mobiliti.

          Bukannya saya kata nyawa tidak berbaloi untuk dipelihara. Tapi realitinya, ia adalah pertaruhan yg pelanggan sendiri mahu negotiate ketika ini. Hence, the sales volume.


  • Selain rekabentuk yg menarik, pembeli hari ini juga mementingkan prestasi sesebuah kereta. Dari segi rekabentuk spt Iriz, proton sudah boleh bersaing dgn jenama terkenal tetapi jgn abaikan aspek prestasi. Pastikan setiap perubahan spt sistem kawalan pemanduan, sistem gear dll , tahapnya lebih baik dr model terdahulu.


  • Buang masa je launching kete nie.jangan menambahkan lg mangsa P1.
    Nampak cantik, dah beli cbuk masuk service center claim warranty byk sgt defect..kete tak siap, ilmu kurang mcm nie la.tak cukup ilmu xnak tambah ilmu.harapkan vendor 100% dr engineering sampaila sponsor bela awek.


    • Semoga tuan berbahagia, dipermudahkan tuntutan warranti dengan jenama lain….. Amin…. Semoga dibukakan pintu rezeki tuan juga….


    • Tak dinafikan memang wujud ‘parasit’ perosak dalam kerja harian Proton.. sama seperti kakitangan dalam kerajaan.. yg jenis ular air..jenis musang.. ect. Sbb ahli keluarga saya ada terlibat dlm industri ini.

      Dikhabarkan sikap buruk kakitangan Proton yang berurusan dengn vendor menyebabkan vendor ‘pedajal’ Proton? Contoh mcm bro ckp atas tadi.. berlagak bagai.. nak entertain itu ini bagai dr vendor.. (sinis sampai bela awek..itu saya paham..) pendek kata unsur makan suap/ rasuah peras ugut/ “little Napoleon”- moral yang tak bagus yang menyebabkan. tidak profesional dan banyak ketirisan kos verses kualiti. Akhiranya satu pin kecil yang kecil akan menjahanamkan seluruh nama Proton.

      Sbg contoh praktikal bagai mana PUSH BUTTON pada gear Auto SAGA BLM – FLX. design dan material yg cukup memalukan yang mana pihak PROTON tak selesaikan sampai sekarang.. menyebabkan pin dalamnya akan tetap patah lepas push action dlm sela penggunaan tertentu. Jika setiap model dan staf yg jalankan endurance test continuously after mass production secara ikhlas berkerja mereka pasti dapat kesan isu2 seperti ini dan laporkan dan revise cepat2 design n material brdasarkan advise dr vendor.

      Isu sekecil itu mereka tak anggap serius dan boleh beri kesan, memalukan entiti organisai tempat mereka cari rezeki untuk suap mulut anak isteri.. jadi siapa lagi yang nk betulkan mereka?

      Jadikan vendor sbg rakan kongsi.. yg sama2 mahukan kualiti dan untung bukan sebagai ‘membuli’ atau memeras utk ‘entertainment’ . Harap2 benda ini tak wujud lg skrg dlm Proton.


    • Semoga anda berbahagia.

      Cuma yg saya boleh sampaikan, industri auto nasional memerlukan every bit support they could, including as much player as they can. Dengan anggaran TIV yg menyusut lagi, rasanya lebih molek lah kalau semuanya “support each other” (dari sisi ‘industri’).

      Masing-masing dah matang.


  • saya adalah ex owner saga flx 2012(total lost), walaupun sekarang dah pakai axia ( x kan nk beli saga lg kot, hardcore bebenor), saya masih excited camna la rupa saga baru ni.. hehehe, sya memang peminat compact sedan.. saya juga mengalukan kedatangan bezza, sekurangnya adalah pilihan untuk compact sedan di malaysia.


  • Mmm… model saga nie adalah entry level sedan dlm segment model proton. Model low cost sedan nie kumpulan sasarannya semestinya kat kelompok pembeli popular di m’sia iaitu kelompok rendah dn pertengahan. Proton bleh meluaskan lagi golongan sasaran dgn memperkenalkan kepelbagaian varian model nie. Cuma harap jurang spek n modifikasi tidak begitu ketara. Yg paling murah tidak perlu nampak murah. Biar murah tapi nampak mahal:) cth Iriz, model nie varian rendah n premium dari segi kosmetik agak jauh bezanya. Yg premium nmpak elegan n menawan. Yg variant rendah agak kureng dgn bumper so n so je n segala2nya tampak murah. Mmg la murah, tapi biar tampak mahal laa… harap tidak terjadi kat model saga baru nie cengitu. All the best proton!

    Cheers!


  • Semua tau proton boleh dipuji dari segi safety..memang berbaloi dengan hrga yg d tawarkan. Tapi dari segi reliability n quality, masih xcapai tahap memuaskan.


  • Tlg jgn buat sporty pd saga dan persona.Tempt duduk bg tinggi skit biar sesuai dgn kelajuan biasa. Handling cuma comfort bkn hndling by lotus.


    • Perkara lain yang membezakan P1 dan P2 adalah handling…Sebab handling lah aku dapat elakkan kemalangan dalam 2 -3 keadaan luar jangka..


    • Handling perkara sangat penting.. Comfort boleh di peroleh daripada suspensi yang baik dan lembut.. Handling yang tidak mantap boleh menghilangkan comfort..

      Tempat duduk Saga R, persona R, Iriz, Preve, Suprima sememangnya tinggi jika dibandingkan dengan Perdana rebadge Honda yang lebih rendah..


  • Model Saga patut kekalkan pada harga murah.. Tidak perlu terlalu premium, ia akan menganggu pasaran Persona..

    *Jika menggunakan enjin 1.3L/1.6L vvt dengan dengan pengiktirafan 5-bintang ANCAP harganya mungkin dalam lingkungan 40k hingga 50k..

    **Jika menggunakan enjin 1.3L vvt dengan pengiktirafan 4-bintang ASEAN NCAP harganya mungkin dalam lingkungan 30k hingga 40k sahaja..

    Jangan pula jual Saga underpowered sepertimana Bezza 1.0L (91nm).. kekalkan 120nm seperti saga sedia ada atau lebih baik dari itu..

    **lebih sesuai


    • sebagai pemilik Axia, memang diakui engine 1.0L lebih kepada pemanduan dalam Bandar.. agak lincah bergerak ditambah dengan berat kereta yg agak ringan (~800kg)..

      namun, bila masuk pemanduan jalan raya.. axia terpaksa berhempas pulas.. terutama bila kereta perlukan pecutan selepas membrek, ataupun sedang berkonvoi degan kereta yg bersesaran lebih besar.. apatah lagi, dengan muatan dan bagasi yg penuh


    • Ya.. Axia 1.0L 90nm agak sesuai dengan beratnya dibawah 800kg..
      Manakala Bezza 1.0L 91 nm sangat underpowered kerana beratnya melebihi 900kg


      • apa yg menarik, berat Bezza 1.0L antara 865 ~ 880kg.. ini yg Proton perlu belajar, untuk menghasilkan sebuah kenderaan yg ringan dan selamat (5 star ANCAP)

        Perodua sangat beruntung, mereka ada rakan strategic spt Daihatsu..


        • Mmm… saiz bezza lebih kecil drp pesaing. Even attrage atau Saga. saga ; (+128mm pjg)(+60mm lebar) (+10mm tinggi) (+10mm wheelbase) berbanding bezza. Kena tengok ratio saiz vs berat n kesesuaian performance enjin kot.

          Beruntung Perodua sebagai anak syarikat Daihatsu ye?:P

          Cheers!


  • saga r ni pada pandangan sy, bukan lah satu model replacement.. ia lebih kepada major facelift..

    mungkin proton baru tersedar yg ‘periuk nasi’ mereka adalah model saga dan persona.. persona bernasib baik sbb ada platform Iriz, jadi masa dan kos rnd sangat singkat dan minimum..

    platform saga pula sudah lama (2008).. tengok kpd design saga r, terutama A-pillar, ia tak melambangkan saga r ni satu design yg fresh dan terkini.. sbb mungkin proton sedikit tergesa gesa untuk gantikan saga yg ada sekarang.. structure terutama A-pillar tak berubah, bermakna saga r mungkin hanya dapat 4 star ancap


    • Rasanya Proton dah lama sedar dari era LMST lagi, bahawa label SAGA lah penggerak volume untuk Proton.

      Tengok sahaja ‘gambit’ Proton pada tahun 2007. Saga adalah model ke-2 terbaik jualan ketika itu. Perlu diingatkan, takhta jualan terbaik sudah pun beralih pada tahun sebelumnya.

      Btw, saya kurang percaya pada luck, untuk isu Iriz ke Persona. Ia tidak tampak sebagai sebuah “afterthought”, in fact perkongsian platform nya terasa agak well-planned. Namun ya, mungkin belum seketat integrasi Honda lah, untuk perkongsian platform HRV dan Jazz, dengan kesamaan susur galurnya pada City. Imagine that.

      Samada facelift atau replacement, saya rasa lebih molek jika nantikan kemunculan rupa yg lebih jelas terlebih dahulu, yg bocor mahupun yg rasmi. Terlalu banyak ruang untuk dispekulasi jika bersandarkan imej-imej setakat ini. Sekadar pendapat saya selaku antara ramai penggemar auto di Malaysia (level ikan bilis je)


      • ramai yg setuju, Saga ni bread n butter bagi proton.. tapi proton memerlukan 8 tahun untuk gantikan saga sekarang, dari asas structure Saga yg ada sekarang

        pandangan sy, Saga r bukan lah satu design yg fresh sbb kereta dalam segmen Saga biasanya menggunakan pendekatan one-box atau two-box styling, dimana A-pillar ditarik ke depan (mcm Bezza, City, Iriz, Axia)

        apa pun, semua bergantung kpd pembeli, jika proton dapat tawarkan harga yg kompetitif dan rupa yg sedap mata memandang… sy rasa Saga masih mampu memikat hati pembeli


        • xsalah sayalah,berdasarkan blog bekas designer kereta,saga adalah 3 box design, persona 2016 2.5 box design.

          3 box design nih adalah design biasa bg kete sedan,2.5box nih,mcm fastback. mcm accord 8th gen (3box)vs perdana 2016(2.5 box).

          saya bukan designer kete,tp pernah terbaca dlm blog bekas designer kete


    • Mmm… bagi sy ia still model replacement. Bezanya model nie menggunakan platform sedia ada berbanding model replacement yg lain yg totally dri platform yg baru. Semua nie adalah percaturan utk menjimatkan kos RnD. Bergantung la pula berapa percentage olahan kat platform tu nanti. Paling mudah kita lihat la nanti interior designnya macamana. kalau still sama dgn saga flx, bleh ar dikatakan facelift jer…:)

      Cheers!


  • 7 model proton perlu fokus nak buat

    1) kereta base line hatchback macam axia jimat minyak. guna suzuki
    2) mpv kecil macam alza
    harga 50 to 65
    3) suv sederhana hrv. boot besar
    harga 60 to 75k
    4) Pick Up truck. Harga 60 to 80k
    5) SUV 7 seater mitsubishi outlander. boot besar. boleh amik dari platform mpv
    harga mampu milik 80 to 100k
    6) MPV besar macam estima. harga mampu milik 80 to 100k
    7) Wagon 7 seater dengan boot besar
    Hyundai i-40


  • Mantapkan dulu After Sales Service.. baru boleh bersaing dgn perodua.. pengguna x nak bazirkan masa dengan menunggu hampir satu hari untuk buat basic servis.. Buat kereta elok2 pon tp after sales jahanam x guna!! Cuba bandingkan after sales P2 dgn P1.. mcm langit dgn bumi.. Phuih!!!


  • herm,klu 4 bintang dgn esc aseancap,proton masih blum mahir bab cari markah frontal crash test.

    klu tgk iriz n bezza,mark pada dummy lebih kurang,patut markah xlari jauh@lebih kurang,tp bezza lebih tinggi,sebab result clean,xda modifier(tolak markah),iriz ada.

    saga vs myvi,sama2 3 bintang,walupun a pillar myvi patah,tetap dpt markah 3 bintang sbb markah dikira impact pada dummy. saga,a pillar kukuh.

    proton kenalah kaji camne nak dpt markah cantik pada impact pada dummy,perodua of course ada bantuan daihatsu n maybe toyota.

    jadi proton masih kena belajar dari perodua.

    bahagian equipment,org perodua,bhagian product n marketing lebih bijak,mereka tahu target audience diaorg.

    walupun aku lebih suke full safety spec,tp utk kete range harga saga,agak sukar. jadi kenalah belajar dari adiknye,org asean xtgk dah berapa airbags,sbb 5 bintang lebih baik dari 4 bintang dimata org biasa.

    fc mmg xleh kalahkan bezza,tp atleast refinement n qc yg mantap,bleh menaikkan semula prtn.

    eco indicator dpt membantu dr segi psikologi.

    ingat,kete showroom n test drive,jgn buat spoil,itu pandangan pertama org membeli kereta. walupun pra produksi,klu xjaga kualiti,camne plak kete produksi.


    • Kemungkinan besar Saga tidak disertakan dengan Vehicle Stability Control (VSC), Electronic stability control (ESC), electronic stability program (ESP) dan dynamic stability control (DSC)

      Bagi mengekalkan harganya Dari 33k hingga 44k selain menjadi pesaing kepada Persona yang akan mendapat 5-bintang untuk semua Varian dengan harga Dari 44k hingga 55k

      Jika Saga mahukan semua variannya 5-bintang NCAP maka harganya bermula 40k Dan keatas, tidak jauh Dari harga Persona itu sendiri tetapi harganya sangat berbaloi dengan tahap keselamatannya


      • sy setuju jika saga r tiada esc, sbb saga adalah entry model.. tak perlu juga letak features mcm keyless entry, push start button, lcd screen, led headlamp..melainkan proton mampu tawarkan harga bawah 40k dgn features yg disebut tadi

        tak perlu terikut ikut dgn rentak bezza, perodua ada strategi tersendiri, sbb bezza adalah satu2 nya model sedan yg mereka ada, jadi memang munasabah jika range harga bezza sedikit besar


    • Sebut tentang safety, as a matter of fact, Perodua cuba capitalise apa yg kebelakangan ini dijadikan advantage untuk model Proton, untuk marketing blitz mereka. In reverse, sebenarnya mereka lah yg ambil pedoman dari apa yg diimplementasi Proton, ditambah pula dengan kelebihan menjadi ‘latecomers’ dengan kit yg ada at their disposal now, berbanding dengan pilihan yg Proton punyai pada tahun-tahun sebelumnya.

      Ya, saya tidak maksudkan bahawa itu sebuah “excuse” untuk Proton tidak improve keselamatan, untuk sebuah SAGA. Ia lebih kepada sebuah “mantra”, cabaran Perodua buat Proton. And it’s actually a good thing.

      Cuma perlu difahami terlebih dahulu akan perihal crash test itu. Jika Iriz dijadikan perbandingan dengan Bezza top-ranger, perlu dilihat akan kerb weight nya mempengaruhi momentum dalam pelanggaran itu sendiri. Hence, segmen berbeza boleh memberi outcome yg berbeza, walau jika dilengkapi spesifikasi yg hampir sama pun.

      Dari situ dapat dilihat marketing machine Perodua yg sangat efektif, capitalising on that very result. Dan sangat diakui, marketing mereka mantap. Belum ada atas jalan pun dah gegas meyakinkan dengan angka tersebut. Walhal, hanya varian tinggi sahaja yg menikmati ‘luxury’ sedemikian. Can’t fault them. Ia strategi pemasaran yg utuh. Proton wajar cemburu akan sisi itu.

      *

      Versi ringkas: Model tertentu sahaja, markah frontal crash sahaja, airbag 2 biji sahaja, 5-STAR

      Kalau dipinjamkan team marketing Perodua kepada Proton, boleh jadi model mereka juga laku keras. Apa tidaknya, kokpit ala-Preve dalam Bezza mengundang pujian tinggi melangit para netizens. Go figure.


      • betul,weight n momentum lain sbb beza weight dia,bezza n iriz,akan tetapi pemarkahan pada dummy yg diukur. pada iriz,ada modifier(kekurangan yg menyebabkan markah ditolak),kalau xda modifier nih,mcm kes preve,markah xditolak,berdasarkan graphic pada dummy,markah asal iriz sebenarnye lebih tinggi.

        jadi,proton kenalah tgk,kenapa ujud modifier tuh dan mcmmana beza dgn fix steering(xda tilt n telescopic),bleh mengoptimumkan steering position utk dapatkan markah lebih tinggi.

        mcm kes saga n myvi. dlm aseancap, a pillar bengkok xdiambil kira,tp markah pada dummy yg penting. org xtau total homogolation(crashtest bukan sekadar frontal n side sahaja sperti yg diwar war oleh mana2 ncap),tp org tau tgk bintang jek.

        dimata org biasa,5 bintang tetap lebih baik dari 4 bintang,xkisahlah overall kete 4 bintang adalah lebih baik kselamatan dari 5 bintang.

        ini penting dlm hal marketing.

        mcm aseancap,buat sementara ni,side impact hanya pass@fail,ancap lain ada pemarkahannya yg boleh memberi kesan kepada keseluruhan markah,yg akhirnya menentukan 4@5 bintang.

        ini harus dipuji perodua,mereka tahu target jualan asal malaysia n negara asean yg homogolation/ncapnye x seketat yg diluar.

        proton,masih mengekalkan standard homogolation yg mana kenderaan boleh dijual ke seluruh dunia(kecuali emisi enjin),tp masalahnya kete proton hanya dijual utamanya dlm malaysia sahaja n sedikit diasean,termasuk australia.

        mcm iriz,sampai sekarang xsampai ke australia mahupun uk. suprima yg target uk market,pun xjejak kesana.

        ini yg dikatakan perodua lebih tahu target market n target audience dia.

        perodua marketing, tunjuk semua yg premium,tp harga yg paling basic,mcm axia,org berpusu2 sbb tulis harga 25k,tp yg beli akhirnya beli yg 35k+-.

        itu taktik marketing yg baik.

        kete dlm showroom n testdrive pun dijaga baik kualiti.

        itu yg proton ken belaja,1st impression amat penting


  • secara jujur… belakang persona dan saga tahun 2016 mmg lawa dan segar…
    mcm ni la kita nak…

    kalau elok..kita puji…
    yg kita dok mengutuk tu bila telinga pekak dan syok sendiri


  • Aik apesal admin remove gambar ‘blur’ semalam..
    takut Proton saman kot..hahaha..

    anyway spyshots SAGA 2016 yg kita boleh tengok.. Proton sudah ‘betulkan’ weird looks at C-pillar -hujung pintu belakang tu.. bentu ‘celupan’ Savvy yg di jadikan sedan menyebabkan sampai skrg rupa SAGA tk berapa nak ‘hazam’

    Bila di ‘betulkan’ dengan ‘dilandai’ kan slope pillar tu nampak normal balik.. wpun SAGA still 3-box type design..

    Jika ada org atasan atau bawahan PROTON terbaca entry blog ini.. INGAT.. SAGA adalah PERIUK nasi asas PROTON.. betulkan kelemahan SAGA BLM betul2 refinement engine paling mustahak.. Handling n COMFORT. low cost tp nampak sedap mata melalui texture manipulation.. contoh mcm Bezza.. horizontal shape dashboard spy perspektif mata nama ‘LUAS’.. AGREED with him >> Haji Norhashiman Sulaiman
    (mcm Karkun je Head Design PErodua.. tu buat keje bagus kot.. heheh)

    SAGA SAGA..SAGA legasi kita anak Malaysia.. benci atau suka.. ia sebahagian dr WARNA life kita sejak 30 tahun lepas…

    🙂


    • Cuma ya, untuk Proton dianggap Saga-R dianggap “improvement” pun rasanya tak jauh benchmark nya (for a local car).

      Improve sikit sahaja NVH pun dah kira ngam. Tengok rebiu video Bezza sebelum ni pun sedikit ‘mengaum’ kabinnya, mungkin versi yg lebih soundproofed bakal menyusul jika para pelanggan bendar-benar ‘demand’ kepada Perodua. The point is, tak banyak yg perlu mereka achieve untuk segmen ni pun.

      Of which, menjadi sedikit menggusarkan buat yg menjadi “target audience” untuk Saga-R. But thank god, berdasarkan imej yg tersebar tu pun menggambarkan Proton betul-betul “care” untuk menambahnaik sosok model ini. TInggal lagi rupa penuh dan ruang dalaman terus menjadi teka-teki. Setidak-tidaknya, kita boleh berharap perincian yg sama dapat dizahirkan untuknya secara saksama. Ada sinar harapan di situ.

      Prognosis awal: memuaskan. Please don’t let the us all down. Yup, benci atau suka, label Saga itu sebahagian dari lipatan sejarah kita. Do us proud.


  • Designer Proton:

    “Eh, cantiklah KIA Cerato ni. Kita design Persona baru kita macam Cerato:

    “SAGA ni kita design macam KIA Forte pulak la.”


  • excited nak tgk launching Bezza malam ni.mesti penuh dgn gimik marketing;
    1. hebohkan harga untuk varian terendah, tapi highlightkan spec. untuk varian tertinggi.
    2. gimik engine jimat minyak smpai pembeli terlupa ON/OFF system akan OFFkan A/cond sekali.
    3. fokuskan Bezza dengan bodykit paling maksima sedangkan semua benda itu dtg dengan harga add-on
    4. umumkan Bezza 100% buatan jurutera tempatan, sedangkan R&D dan testing dibuat di Jepun, enjin ambil dari Daihatsu/Toyota, dan chassis diambil terus dari Axia yg di hasilkan Daihatsu.


    • itulah benda yg proton kena blaja dari perodua. marketing proton n product planning mmg agak gagal bahagian nih. iklan pun hampeh. hrp2 persona n saga 2016,marketing n tvc lebih baik,termasuklah konsistensi dlm kualiti.


        • takde la class sgt bro..
          konsep dia pada aku mcm fail…
          Perdana segmen-D, yang biasa bawak tetamu, level boss2 atau VIP, dan ada driver…ini iklan tunjuk mamat and minah nak pergi dinner drive sendiri Perdana tu…tak menjurus pada tema prestij langsung kot…haha


          • Mmm… maksud sy kualiti hasil kerja penghasilan TVC tu. Lebih kemas. Cuma isi cerita n skrip tu kureng ler. Yg penting angle n camera shot kat model perdana nie lebih baik.

            Cheers!


          • Iklan kereta paling mantap masa Saga orion diperkenalkan dulu, 5 orang abang sado goyang2 saga hentak2, ketuk2 dgn hempas2 pintu haha klako.
            yang paling klako nya orang sekarang datang pusat pameran Proton wat cam tu, ketuk2 dgn hempas2 pintu
            Pengaruh iklan saga terdahulu


    • Mmm… no. 4 tu; setiap usaha daihatsu atas RnD bezza utk perodua tentu sahaja ada habuannya. Sifirnya mudah, Perodua keluarkan budget RnD RM300 juta utk bezza nie. team rekabentuk perodua rekabentuk model nie, daihatsu n team hasilkan model nie guna fasilitinya di Jepun. Bila siap, pandu ujinya di M’sia. Dan 21hb. Julai di lancarkan sebagai produk tempatan under Perodua. Apa yg Daihatsu dapat adalah model sedan pertamanya (sebelum nie daihatsu terkenal dgn model2 compact hatchback) tanpa perlu keluar kos RnD kerana selepas nie model Bezza utk pasaran bukan domestik akan menggunakan logo Daihatsu. Bezza keluaran daihatsu tak pula disebut sebagai rebadge tapi dikatakan sebagai strategi pemasaran perodua:P… sekadar analisis peribadi jer:)

      Cheers!


      • Setuju dengan pendapat tuan di atas. Tidak hairan klu Toyota/Daihatshu apabila membuat rekaan Agyar/Ayla/Axia sudahpun merancang model sedan atau MPV berasaskan hatchback ini. Kan baru-baru ini dah ada foto prototaip MPV berdasarkan Axia dipandu uji di Indonesia? Jadi kos 300 juta yg dikeluarkan Perodua tu, pada pendapat saya, kebanyakannya adalah utk “customisation” prototaip Agyar/Ayla/Axia sedan yg mmg dh sedia ada dari Toyota/Daihatshu utk pasaran Malaysia, sepertimana Alza adalah “customisation” prototaip Move yg telah dipanjangkan tapi tak pernah dipasarkan oleh Daihatshu. Seperti yg tuan katakan, kemungkinan besar kebanyakan RnD “customisation” ini dibuat di Jepun, mungkin inilah sebab kita tak nampak spyshots Bezza yg dibalut-balut. Dan Toyota juga bijak berdasarkan Bezza atas platform Agyar/Ayla/Axia, sebab klu Bezza berdasarkan platform Passo/Boon/Myvi yg lebih besar dgn enjin 1500cc seperti yg dijangkakan sebelum ini, Bezza akan mengancam jualan Vios.

        Toyota sekarang menggunakan Perodua sebagai “proxy”-nya utk menghapuskan Proton. Mereka tahu Saga tunggak jualan Proton. Dan klu tenggok spec Bezza terutamanya enjin baru Dual-VVTi yg datang terus dari Toyota (bukan lagi Daihatshu) serta teknologi “idle stop”, Toyota mmg mahu “one two punch” KO jualan Proton. Klu jualan Saga menjunam – dan ini ada kemungkinan besar akan berlaku disebabkan Bezza – kerugian Proton akan lebih teruk tahun ini, walaupun ada komentar bahawa jualan Proton akan naik tahun ini disebabkan model-model baru. Klu Proton semakin dlm kesusahan, Toyota/Perodua lah yg menguasai pasaran Malaysia. Dengan menggunakan Perodua sebagai “proxy”, tidaklah macam syarikat asing yg menyebabkan Proton sayonara.

        Untuk mengelakkan bencana ini drpd berlaku, Proton perlu sepuluh kali ganda usaha sebelum ini. Walaupun Proton tak dpt menang dari segi teknologi (enjin Campro kan dh usang dan enjin baru masih belum kelihatan lagi), Proton mampu bersaing dari segi “value for money” (saiz yg lebih besar walaupun kalah pada penjimatan minyak) dan juga rekaan luar dan dlm yg jauh lebih menarik hati drpd Bezza yg rupanya mmg cop “entry level sedan” seperti Toyota Etios India. Sememangnya, saya rasa rupa Saga Plus lebih ada “attitude” drpd Bezza. Harap Proton akan kekalkan harga lama Saga utk model Saga baru ni, dan letakkan harga paling rendah Persona baru *di bawah* harga spec tinggi Bezza, sepertimana harga Persona lama. Harap-harap Proton tidak mengecewakan para penyokongnya seperti saya.


  • “Bang, stok 1.0l tak banyak, lama kena tunggu. Lagipun driving school dah book banyak2. Kalau nak cepat abang beli yang 1.3l. Beza RM5k aje. kalau abang loan 9 tahun, beza bulanan RM50 aje.”

Leave a Reply