ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

UMW Toyota Motor sedia semakan mudah untuk Kempen Servis Khas

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengakui bahawa dari masa ke masa, beberapa kenderaan mungkin mempunyai perubahan pemilikan dan apa apa pemberitahuan Kempen Servis Khas mungkin tidak sampai kepada pemilik Toyota semasa.

Oleh itu, syarikat telah menambah seksyen baharu dalam laman webnya untuk membolehkan pemilik untuk menyemak sama ada kenderaan mereka terlibat dalam Kempen Servis Khas.  Pemilik boleh klik pautan www.toyota.com.my/owners/special-service-campaigns  dan ikut panduan mudah yang disediakan.

Dengan ini, ia diharapkan dapat menambahbaik capaian kepada pemilik Toyota yang tiada lagi dalam pangkalan datanya. UMW Toyota Motor menyeru pelanggan mereka menggunakan sistem itu secara berkala bagi menyemak Kempen Servis Khas terkini dan peka dengan pengumuman oleh syarikat bagi memastikan keselamatan pemilik Toyota.

Selain itu, pemilik Toyota juga boleh mengetahui Kempen Servis Khas yang berlangsung dengan menghubungi Talian Bebas Tol Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682).

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply