ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Adakah kereta misteri ini model baharu Proton?

Views

Sekali lagi sebuah treler pengangkut yang dikatakan membawa beberapa unit model baharu Proton ditemui. Foto-foto terbaharu ini telah sempat dirakam oleh rakan kita Shahril Ridwan semalam di sekitar Sungai Buloh. Tambahnya lagi, turut kelihatan sebuah Proton Saga sedang mengiringi treler tersebut dari belakang.

Namun, disebabkan kereta misteri tersebut ditutup penuh, kami tidak dapat mengesahkan model apa yang sedang dibawa oleh treler tersebut. Ada kemungkinan ia model Saga R atau Persona R jika dilihat dari segi saiz yang agak kompak dan bentuknya nampak seperti sebuah sedan.

* Kami mendapat perkhabaran prototaip enjin baharu Proton hampir siap dibangunkan. Tun Dr. Mahathir akan menghidupkan enjin GDI baharu yang sedang dibangunkan di UK dari Malaysia buat kali pertama pada bulan hadapan. Nantikan informasi selanjutnya di funtasticko.net!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

spyshots kereta berbungkus atas treler 1 - funtasticko spyshots kereta berbungkus atas treler - funtasticko

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments


    • Mmm…. itu namanya keterujaan. Ko x teruja kn? Sbb haters? X kn?:P Dah sah2 artikel kata diiringi oleh pihak prootn. Tentu la model2 baru proton yg x diketahui apa dia. Hanya model baru yg tak kuar lagi jer yg akan bertutup lingkup nie. Kalau bukan model proton pun, ko bleh agak model apa yg akan kuar di pasaran m’sia. yg pasti terdekat nie model2 proton:P

      Cheers!


  • Xkompak tu kereta…
    Lori yang diguna tu boleh muat 5 saga/iriz.
    Tapi kereta yg panjangnya 5 meter macam 4wd boleh bawa 3-4 saja. Tapi biasanya bawa 3 untuk balance tu lori. Based on gambar d atas low deck ada 2 dan kat atas ada 1, kalau kereta kompak biasanya atas tu boleh sampai 3. Maksud nya kereta yg di bawa tu bukan saiz kompak


    • subjektif tapi pendapat sy, ini je unit test yang proton ada dan mungkin setiap satu ni mewakili satu variant yang akan proton announce. saga atau persona pun masih belum jalani extensive road test lagi so takkan test unit nak buat banyak2 pulak kan? pendapat sy la. bukan sy tau apa perkara sebenar pun. kita cuma boleh agak.


    • alhamdulillah..satu perkembangan yg sangat positif.. ye memang betul ramai yang memuji Iriz dari segi kualiti, design dan handling.. tp masih terlalu awal..

      x dinafikan juga ramai yang masih takut2 utk kembali membeli Proton setelah dikecewa pada model2 terdahulu cthnya gen.2 dan savvy.. ini antara sebab Myvi masih mendahului..hanya kerana kepercayaan..

      so,.. for 2016.. tugas Proton lebih besar, selain kualiti yang perlu terus dipertingkatkan..penambahbaikan “after sales”..Proton perlu mengembalikan kepercayaan Malaysian melalui 4 model terbaru (termasuk JV Suzuki)…
      jika keempat2 model ini mencapai target.. InsyaAllah..tahun2 akan datang jalan Proton akan lebih mudah

      p/s Proton target 150K unit tahun ni.. kenaikan sebanyak 50% berbanding 2015..hope berjaya.. =)


  • gila cun model kereta yg bawah tu… sekali imbas aku dah nampak model tu memang cun… bentuk dia sempurna… dan yg pasti kalau diikutkan saiznya tu… itu bukan model perdana celup terbaru proton… aku yakin itu model persona baru… bumbung dia ada bentuk yg sangat jelas menyamai betuk bumbung iriz…

    persona kali ini memang boleh jual… lampu depan dan lampu belakang sgt sempurna… langsung tak hodoh cam proton iriz…

Leave a Reply