ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Aksi SUPER GT bakal gegar litar Sepang Jun ini!

Views

Super GT Launch_1

Aksi SUPER GT bakal kembali ke Litar Antarabangsa Sepang bulan hadapan (15-16 Jun) dengan Malaysia sekali lagi diberi penghormatan menjadi tuan rumah pusingan ketiga Autobacs SUPER GT Series 2013. Perlumbaan yang dahulunya dikenali sebagai All-Japan Grand Touring Car Championship (JGTC). Super GT Series adalah jelajah siri perlumbaan yang dianjurkan oleh Persatuan GT (GTA). Siri Autobacs SUPER GT dianjurkan oleh JPM Motorsport adalah untuk tahun ke-13 berturut-turut.

Diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai salah satu siri perlumbaan GT terpantas dan menarik di dunia, Autobacs SUPER GT Series 2013 terdiri daripada lapan pusingan dan dibahagikan kepada kelas GT500 dan GT300. Perlumbaan ini bakal menghimpunkan pengeluar kereta Jepun seperti Lexus, Honda, Nissan, Toyota dan Subaru, serta jenama antarabangsa seperti Porsche, Lamborghini, Ferrari, BMW, Mosler, Chevrolet, Audi, Aston Martin dan Mercedes-Benz.

Bekas pemandu Formula 1 dan juara Super GT Ralph Firman akan memandu untuk pasukan HSV Honda Autobacs RACING TEAM Aguri, pelumba Amerika Selatan dan pemandu Formula 3 German, Joao Paulo de Oliveira memandu Nissan GTR untuk Team Impul, bekas pemandu Le Mans Seiji Ara, Michael Krumm, juara Siri GT1 Championship FIA 2011 dan bekas pemenang Macau Grand Prix, Andre Couto bakal bersaing sengit kali ini.

Perlumba tempatan Fairuz Fauzy bakal bergandingan dengan Jepun Yuki Iwasaki untuk pasukan APR Audi R8 LMS Ultra dalam kelas GT300 musim ini. Penamat terbaik pasangan tersebut setakat ini ialah ditempat ke-14 dalam pusingan pembukaan Siri di Okayama International Circuit pada bulan April. Dalam pusingan 2 di Fuji Speedway di Shizuoka, Jepun, Fairuz , Iwasaki dan pemandu ketiga Kenji Kobayashi menduduki tempat ke-15.

Cabaran tuan rumah Malaysia, bakal diwakili oleh pasukan Petronas Toms SC430 yang baru-baru ini meraih kemenangan di pusingan 2 Autobacs SUPER GT Series di Fuji Speedway di Shizuoka, Jepun. Pasukan yang bersaing dalam kelas GT500 bakal diterajui oleh pasangan Kazuki Nakajima dan James Rossiter. Nakajima adalah juara Siri Formula Nippon 2012, manakala Rossiter adalah bekas pemandu pasukan pengeluar Lotus dan pemandu ujian untuk pasukan formula 1 Force India.

Peminat perlumbaan juga bakal melihat saingan kereta hibrid yang bertanding dalam kelas GT 300 . Saingan bakal diketuai oleh Toyota Prius GT yang muncul pemenang untuk kategori kereta hibrid dalam siri SUPER GT dipusingan ke-2 dan turut disertai oleh jentera MUGEN CR-Z GT.

JPM Motorsport telah tampil dengan tema 5-Bintang SUPER GT! Antara komponennya adalah: Perlumbaan SUPER GT, Affin Bank Motorshow, Bandar Jepun oleh Sachi, Himpunan Terbesar Superbike dan Dash Berlin ‘Music is Life’ World Tour 2013!

Peminat juga boleh bertemu pemandu dan krew pasukan semasa Walkabout Pit, di mana jentera lumba dan ratu litar akan turut serta. Pada hari Sabtu, selaras dengan tradisi SUPER GT, sesi tinjauan mesra pit percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 dengan diiringi oleh ibu bapa mereka. Acara tahun ini juga akan menyaksikan perlumbaan Piala Asia yang pertama yang dianjurkan oleh Meritus. Diluar trek perlumbaan pula, aktiviti lain seperti Ultra Racing Gymkhana & Drifting turut diadakan.

Selain itu, JPM Motorsports juga akan menganjurkan Affin Bank Motorshow dan pada edisi kali ini, saiz pameran berkeluasan kira-kira 7,500 meter persegi. Ia menggabungkan elemen inovatif, iaitu SummerNat dimana kereta dari pengeluar Jepun seperti Honda, Toyota, Nissan, Mazda, Subaru dan Eropah seperti Porsche dan Lamborghini akan dipamerkan. JPM Motorsport juga akan mempamerkan dan menjadi tuan rumah persaingan untuk kereta dan motosikal “custom”. SummerNat adalah acara utama di Australia yang mengumpulkan kereta “muscle” eksotik serta jentera jalanan yang lain.

JPM Motorsport juga bakal mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records bagi Himpunan Terbesar Superbike di Litar Antarabangsa Sepang. Ia bakal menjadi himpunan terbanyak motosikal dalam acara tunggal buat pertama kali. Acara Bandar Jepun pula dibawakan khas oleh Sachi dan JPM Motorsport dengan kerjasama penaja seperti Code 10, Luminox dan OK, bakal membuat penonton berasa seperti mereka sedang berada di Jepun pada musim panas. Konsert Dash Berlin ‘Music is Life’ World Tour 2013 pula merupakan acara yang paling dinanti-nantikan tahun ini yang dianjurkan bersama oleh Music Sound Global dengan JPM Muzik.

JPM Motorsport juga telah menyediakan pelbagai tarikan termasuk Kids Zone dan persembahan muzik untuk menambah kemeriahan acara tersebut. Tidak dilupakan pertandingan Malaysia SUPER GT Queen Pageant Search 2013. Pemenang akan berpeluang untuk menyertai barisan Ratu GT Jepun di Jepun dengan tujuan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, kepakaran dan bakat antara Malaysia dan Jepun.

Tiket untuk pusingan Malaysia yang Autobacs Super GT Series dijual pada harga RM100 dan peminat boleh mendapatkannya secara online melalui www.supergt.com.my atau di facebook.com/SuperGT.my. Ingin menjadi calon Malaysia SUPER GT Queen Pageant Search 2013 layari facebook.com/SuperGT.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply