ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

SPYSHOTS : Proton CH (segmen C Hatchback)@ P3-22A di R&R Rawang!

Views

382532_631946580153615_597875869_n

249043_631946506820289_1795948491_n

Ini adalah spyshots terbaru yang saya ambil dari laman web forum.lowyat.net. Gambar ini telah dimuat naik oleh atreyuangel yang memperoleh gambar ini daripada rakannya Mudzaffar Alfian di R&R Rawang. Kali ini spyshots diambil pada jarak yang paling dekat dalam semasa kereta itu sedang berhenti di tepi jalan.

Walaupun masih dalam mode penyamaran, tetapi kereta ini nampak lebih menarik jika nak dibandingkan dengan gambar “bocornya” sebelum ini. Tepat jangkaan saya dari sudut gambar “bocor” kereta ini diambil, nampak kurang menarik. Amat malang sekali bahagian dalaman masih tidak dapat dirakam. 🙁

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

34 Comments


  • Mmm… mmg nmpak brbeza compare dgn gambar bocor tu:) Yg gambar bocor tu mmg tak tumpah rupa seakan proton tiara. Tpi yg nie dah nampak setanding dgn model hatchback eropah yg lain;)

    Dgr2 citer, preve menang 2 anugerah dlm award frost n Sullivan lagi baru2 nie? Ternyata, preve antara model yg baik dikalangan yg terbaik:)

    cheers!


  • Cuba lihat kedudukan lampu depan semacam ada kelainan dengan lampu model Preve sekarang. Lampu Preve sekarang kecondongan hampir kepada 45% tapi gambar di atas kecondongan hampir kepada 10-15% sahaja.

    Mungkinkah sebab kenapa bahagian ini ditutupi?

    Even bahagian belakang di kawasan plat number juga nampak rata dan bulat jika dilihat dari posisi tepi.


  • Kpd: Sendoh

    Bentuk sebenar susah mahu kita cakap. Walau bagaimanapun, saya juga rasa ada sedikit kelainan bentuk depan atau mungkin disebabkan masih ditampal dengan tebal mahupun sudut gambar yang diambil itu. Bagi hadapan, bukan sahaja lampu malah “grill” dan “bumper” pun saya rasa lebih menegak dan tidak secondong seperti gambar-gambar yang pernah dilihat dulu.

    Jikalau benar, mungkin Proton telah mendapat data daripada ANCAP, dan diarahkan memperbaiki rekabentuk yang sedia ada . Ini adalah kerana semasa Preve menjalani ANCAP, data menunjukkan rekabentuk depan Preve adalah tidak begitu selamat bagi pengguna jalan (pedistrian safety).

    Kalau betul-betul adalah perubahan, lancar lambat sikit pun tidak apa. Ini adalah penting!


  • saya da tengok bahagian dalaman model ini…dashbotd sama mcm preve tetapi nmpak lebih bermutu…seat kulit warna hitam dan apa yg dpt saya pastikan model ini menggunakan tanmisi manual 6kelajuan…gear knob tu mmg nmpakmenarik…malang skali sy tidak dibenarkan mengambil sbrg gambar


  • Kepada Rider,

    Saya pon setuju jika ada perubahan pada lampu depan. Jika tengok gambar kat atas macam lampu model kereta BMW. Apa yg saya perhatikan Proton suka ikut rekabentuk kereta2 dr German.

    Jika saya silap mgkin berpunca dari sudah gambar ini diambil yg menampak bentuk rupa lampu kereta depan kelihatan menegak.


  • Saya pun perasan juga headlamp dia agak rata, macam BMW 1 series. Cuba tengok gambar BMW 1 series yang hatchback. belakang pun dah macam preve ni, cuma plate number di bumper.


  • hahaha, mitos mengatakan lain plak, 7 spoke equal to 6 speed manual.. kidding too, oh back to the real world, yes it’s damn true.. manual 6 speed will be available in the CH package oso.


  • Wah… harap tidak menghampakan model hatchback ni. Mmg dah kira2 nak sambar ni. Den dah kira campur duit yg den simpan + duit raya budak2 lebih dari cukup nak sambar ni.


  • sure sangat…dkt gear knob tu nmpak nombor dr 1 sampai 6…gear reverse sebelah gear 1…saya sempat borak lagi dengan bro yg drive keta tuh…atas pmintaan dia…saya xdpt nk snap sbrg gambar…spec sy rase 4airbag da pasti sbb ape yg saya lihat ada tag ‘airbag’ pd kerusi hadapan dia…berkenaan dgn enjin…saya ada bertanya…tetapi saya xdpt sbrg jawapan…sy terserempak kereta nie masa dkt bukit kayu hitam dkt tempat imigresen…diorang baru blk wat ‘roadtest’ dkt thailand…apa yg bole saya katakan…model ini mempunyai trimming yg terbaek dalam barisan model proton…kepada yg berangan nk beli kereta tu dlm bajet bawah rm80k…hold la dulu sampai model ini dilancarkan…acceleration model ini mmg nmpak terbaek…nmpak ‘berdesup’ jugak…proton sedang berubah…da jd ‘private company’ da skrg…bukan lagi GLC seperti sblm ini…sudah pasti mereka akan berusaha utk memastikan ‘survival’ proton…:)


  • awieeeeeee….piiiiiweeettt!!! terbaik wokkk… bukan apa duit yg lebih tu den nak beli bodykit siap2.. biar ternganga mulut den bawak kereta ni..


  • Civic pon ok gak.. Tapi mahal la… Nanti den menang bergaya habuk pon takde dlm poket. Sekurangnya ambil preve ni bolehlah jimat sampai rm400. Boleh lah menabung. Penting skrg ni ada duit lebih dlm akaun. Kecemasan boleh guna.


  • Saje nak mengaburi mata semua orang.akan keluar nanti preve FL lain sikit dari preve skrg lampu baru ….cuma preve HB akan guna front face yang preve skrg pakai.yg warna putih test utk preve FL.nama pun tukar tiada lagi preve.akan guna nama persona R.insyallah.


  • belilah bro sendoh…saya sekadar berkongsi sedikit info yg saya ada…kalo bro ada perancangan nk beli kereta dalam bajet yg saya katakan….harap bro bersabar sehingga model ini dilancarkan kerana untuk bajet rm80k kebawah saya rasa model ini adalah yg terbaek…jika nak dibandingkan dengan vios dan city…saya tau walaupon berlainan segmen jika nk dibandingkan dengan model p3-22a…saya sekadar mahu bro sendoh mendapat nilai yg terbaek atas wang yg bro belanjakan…bdasarkan pengamatan saya pada model ini lebih2 lg bahagian ‘interior’ model ini…nmpaknya model ini tidak mengecewakan dan saya sebenarnya rasa kagum…masukkan model ini dalam ‘list’ bro sendoh…harapan saya supaya pihak pengurusan proton pertingkatkan kualiti selepas jualan mereka…pusat servis biarlah setanding dengan honda dan toyota contohnya…ini akan membuatkan pengguna terasa jenama proton lebih premium dan akan menambah keyakinan pengguna terhadap produk proton secara tidak langsung…sebagai contoh saya sendiri sudah ‘experienced’ dengan pusat servis toyota dan proton sebelum ini dan perbezaan kualiti dan ‘atmosphere’ antara dua pusat servis jenama ini memang tidak dapat disangkal lagi…pusat servis proton dirasakan terlalu ‘proton’…tidak ada rasa nilai premium pada jenama ‘proton’ itu sendiri…diharap kehebatan model ini akan diimbangi dengan perkhidmatan selepas jualan yg baek dan akan meningkatkan persepsi jenama ‘proton’ itu sendiri…

    #maaf sbb ‘out of topic’…saya sayangkan proton…:)


  • Kepada bro Awie terima kasih banyak diatas info dan sokongan yg anda berikan. Sememang plan asal begitu. Saya sedang mencari model kereta yg berciri Urban yg mana saya banyak menggunakn dlm kawasan bandar. Saya mmg menanti kemunculan model baru ini.


  • narakka says:

    27/05/2013 at 2:58 pm

    Saje nak mengaburi mata semua orang.akan keluar nanti preve FL lain sikit dari preve skrg lampu baru ….cuma preve HB akan guna front face yang preve skrg pakai.yg warna putih test utk preve FL.nama pun tukar tiada lagi preve.akan guna nama persona R.insyallah.

    Kepada saudara,

    Bagi pandangan saya, saya tidak berasa sebegitu.


  • whoa, its good to hear that proton will be the first car with 6 speed manual. i think the sixth will be more of a long distant highway for a torquey cfe engine. 5 to 6 six to 5 is a bit spring loaded i presume.

Leave a Reply