ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alza facelift buka tirai arena automotif tempatan 2014!

Views

EMY_0506

Pada hari Jumaat yang lalu, Perodua membuka gelanggang arena automotif tempatan pada tahun baru ini dengan memperkenalkan model Alza yang dinaiktaraf.  Dengan beberapa penambahbaikan  seperti ciri keselamatan yang lebih baik, sistem audio-visual yang dinaiktaraf, rekaan dalaman yang lebih selesa dan yang paling menarik harganya juga lebih murah daripada model sebelumnya.

Antara penambaikan yang ada pada model ini ialah titik ISOFIX untuk kerusi keselamatan kanak-kanak pada tempat duduk barisan kedua dan kerusi di barisan ketiga boleh dibuka separuh untuk membolehkan penyesuaian yang lebih besar oleh pengguna – ini adalah 2 penambahbaikan yang standard untuk semua varian baru. Untuk varian Advanced Version, Perodua menambah sistem multimedia baharu seperti monitor di bahagian bumbung untuk penumpang dan sistem navigasi baharu bersama kamera undur untuk pemandu.

“Alza facelift mewakili Perodua dan vendornya yang berganding bahu untuk memberikan lebih nilai kepada para pelanggannya. Kesemua penambahbaikan dibuat adalah bernilai RM4,000 setiap unit,” kata Presiden dan CEO Perodua , Datuk Aminar Rashid Salleh. Alza facelift telah dilancarkan oleh Pengerusi Perodua Chairman, Tan Sri Asmat Kamaludin.

“Sejak tempahan dibuka pada 20 Disember lalu Alza facelift telah menerima 5,000 unit telah ditempah sepanjang 21 hari! Sambutan yang menggalakkan ini merupakan penghormatan kepada kami kerana ia menujukkan keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama kami dan kami akan sentiasa menambah nilai kepada produk keluaran kami di masa akan datang,” ujar Aminar lagi.

Alza facelift masih mengekalkan enjin 1.5 liter DOHC 16-injap dengan DVVT dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan/automatik 4-kelajuan. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White, Ebony Black, Glittering Silver, Mystical Purple dan termasuk warna baharu Passion Red.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM52,400 untuk varian Standard (MT) dan RM55,400 bagi Standard (AT). Varian SE pula harganya ialah RM56,400 (MT) dan RM59,400 (AT). Untuk varian Advanced harga yang ditawarkan ialah RM64,000. Menurut Perodua, harga yang ditawarkan ini telah diturunkan antara 2.1% hingga 7.4% berbanding dengan model sebelumya. Jaminan tiga tahun termasuk servis secara percuma turut ditawarkan untuk Alza facelift ini .

Perbezaan harga Alza facelift dengan model sebelumnya:

Variant

OTR Price (RM)

 

Penurunan

Lama

Baharu

 

Standard (MT)

53,517

52,400

1,117 (2.1%)

Standard (AT)

56,517

55,400

SE (MT)

60,517

56,400

4,117 (6.8%)

SE (AT)

63,517

59,400

Advanced Version (AT)

69,517

64,000

5,117 (7.4%)

 Risalah Alza facelift

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

25 Comments

Leave a Reply