ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sumbang RM1.5 juta naiktaraf makmal MIROS

Views

p2 & miros

Baru-baru ini Perodua  telah memberi sumbangan berjumlah RM1.5 juta untuk mengubah suai makmal PC3 Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di Melaka untuk membolehkannya menjalankan ujian penentukuran patung kemalangan. Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial Perodua untuk membantu industri automotif dengan memberikan infrastruktur dan peralatan yang diperlukan.

“MIROS  merupakan institusi yang penting dan adalah menjadi keutamaan kami untuk menyumbang kepada akitiviti mereka, kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh semasa majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman. Ujarnya lagi sumbangan tersebut juga merupakan contoh  “perkongsian pintar” antara sektor swasta dan awam.

Kerja pengubahsuaian telah dimulakan sejak Oktober tahun lalu dan kemudahan tersebut bakal siap pada penghujung Februari tahun ini. . Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan tersebut, MIROS akan memaparkan logo dan nama Perodua di bilik penentukuran ujian patung kemalangan. Selepas pemasangan, MIROS akan menyelenggara kesemua peralatan tersebut sendiri.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Ini kalau proton buat confirm belambak komen kat sini. Kalau kompeni lain jadik camni la. Sunyi sepi. Kalau blog nak lebih maju, owner kena variety kan cerita bukan sekadar proton saja. Tapi kalau masuk cerita kompeni lain senyap la plak.

Leave a Reply