ARKIB

KATEGORI

Buletin

Android Auto kini boleh diguna pada telefon pintar

Views

Google akhirnya memperkenalkan Android Auto yang boleh digunakan oleh telefon pintar setelah menampilkan ciri terbaharu tersebut pada versi naik taraf 2.0 bermula hari ini. Untuk versi telefon pintar, paparan antara mukanya lebih ringkas dengan huruf dan butang yang lebih besar untuk memudahkan penggunaannya ketika di jalan raya. Ia akan memudahkan pemandu untuk mengakses Google Maps, WhatsApp, Telegram dan menstrim muzik dari Spotify, selain membuat panggilan atau menghantar pesanan ringkas dengan menggunakan pengaktifan suara Google.

Aplikasi Waze dijangka akan mengikut jejak yang lain dalam masa yang terdekatce. Android Auto tidak akan memaparkan pemberitahuan sekaligus mengurangkan gangguan semasa memandu. Versi terbaharu ini juga membolehkan aplikasi tersebut untuk bermula secara automatik apabila telefon disambungkan melalui Bluetooth.

Buat masa ini Android Auto belum boleh didapati secara rasmi Malaysia, kerana Google akan melancarkannya secara global beberapa minggu lagi. Namun anda yang ingin menggunakan aplikasi tersebut perlu memuat turunnya melalui sumber lain dan bukannya dari Google Play Store. Hanya telefon Android yang menggunakan versi 5.0 (Lollipop) dan ke atas sahaja yang boleh menggunakan aplikasi ini, antaranya adalah LG G5, HTC 10, Pixel dari Google, Samsung Galaxy S7 Edge, Moto X, Nexus 6P dan NEXUS 5X.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply