ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA Carnival bakal buat kemunculan di Malaysia Autoshow 2016

Views

Menurut rakan media kami di pandulaju.com.my Naza KIA Malaysia bakal mempertontonkan MPV KIA Carnival buat pertama kalinya di Malaysia sempena Malaysia Autoshow 2016 bermula 10 hingga 13 November 2016. MPV ini dijangka dilancarkan secara rasmi dalam masa yang terdekat. Buat masa ini tiada sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi model tersebut.

Di Korea, Kia Carnival didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.2L CRDi turbodiesel yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 200hp dan tork 441Nm dan versi 3.3L GDI V6 petrol yang berkuasa sehingga 278hp dan tork 336Nm. Kita tunggu kemunculan sulung MPV terbaharu KIA ini setelah lama mereka tidak membawa masuk model baharu dalam segmen tersebut, nantikan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments

Leave a Reply