ARKIB

KATEGORI

Buletin

ANIH Berhad beri diskaun tol 10% sempena Deepavali

Views

Berita baik untuk pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)! ANIH Berhad menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna lebuh raya, sempena perayaan Deepavali. Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pemberian diskaun itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya kepada pengguna KLK dan LPT1.

Diskaun akan diberikan kepada semua kelas kenderaan berkuat kuasa pada 18 Oktober, mulai jam 12.01 tengah malam hingga jam 11.59 malam hari yang sama. ANIH Berhad turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna untuk merancang perjalanan pulang ke pantai timur sempena cuti Deepavali.

Waktu-waktu puncak di mana trafik dijangkakan membanjiri Lebuhraya KLK & LPT1 sempena cuti Deepavali adalah pada 17 Oktober dan 22 Oktober dengan kemungkinan tempoh masa antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari (untuk trafik menghala ke Pantai Timur) dan antara jam 5 petang hingga 9 malam (untuk trafik menghala ke arah Kuala Lumpur).

Pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke Pahang pada 17 Oktober2017 disarankan untuk memilih sama ada memasuki KLK dan LPT 1 pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang ATAU antara 7 malam hingga 11 malam. Pengguna yang ingin menuju ke Terengganu dan Kelantan pada tarikh yang sama pula boleh memulakan perjalanan antara jam 6 pagi hingga 10 pagi ATAU jam 5 petang hingga 8 malam.

Untuk kembali semula ke ibu kota pada 22 Oktober 2017, pengguna dari Pahang boleh memilih sama ada untuk memulakan perjalanan antara jam 6 pagi hingga 10 pagi ATAU antara 7 malam hingga 11 malam. Pada tarikh yang sama, pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuh raya antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari ATAU antara 8 malam hingga 10 malam, manakala pengguna dari Kelantan boleh menggunakan lebuh raya bermula jam 6 petang hingga 10 malam ATAU antara 9 malam hingga 12 tengah malam.

Jadual TTA boleh diperolehi dari laman web ANIH Berhad atau ikuti Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur. Pengguna juga dinasihatkan sentiasa memastikan baki kad Touch ‘n Go (TnG) mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Perkhidmatan tambah nilai kad di lorong tol akan ditutup sekiranya trafik mulai padat bagi mengelak berlakunya kesesakan di plaza tol.

Tambah nilai atau pembelian kad TnG, boleh dibuat di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) di sepanjang KLK dan LPT1 iaitu di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong, Plaza Tol Karak, Plaza Tol Temerloh dan Plaza Tol Kuantan dari jam 7 pagi-10 malam setiap hari. Kios layan diri atau Self-Service Kiosk turut ditempatkan di Hentian Sebelah Gombak (arah barat), Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Genting Sempah, R&R Temerloh (arah timur dan barat) dan di Plaza Tol Gambang.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply