ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kobe Steel kantoi menipu, enam pengeluar dari Jepun terkesan

Views

Setelah Skandal Dieselgate dan isu beg udara Takata menjadi bahan bualan hangat di seluruh dunia, satu lagi berita yang pastinya menggemparkan dunia automotif kini sedang berlaku di Jepun. Menurut sumber dari Berita Harian pengeluar keluli dari Jepun, Kobe Steel telah mengaku memalsukan data kualiti produk keluli keluarannya dan ini sekaligus memberi kesan kepada enam pengeluar automotif, antaranya Nissan dan Honda.

Akhbar Nikkei pula melaporkan Mitsubishi Motors, Subaru dan Mazda turut menggunakan produk Kobe Steel dalam kenderaan yang dikeluarkan. Selain itu, Kobe Steel juga membekalkan bahan kepada Toyota untuk kegunaan satu daripada kilangnya di Jepun untuk membuat bumbung, pintu belakang dan bahagian luaran kenderaan lain.

Tambah Nikkei lagi , Menteri Pengangkutan meminta syarikat automotif yang terlibat menjalankan semakan segera bagi memastikan sama ada kenderaan terbabit perlu dipanggil balik. Skandal Kobe Steel tercetus Ahad lalu apabila pengeluar produk keluli itu mengaku memalsukan data berhubung pengukuhan dan kualiti produk.

Siasatan dalaman berjaya mendedahkan data yang dipalsukan membabitkan kira-kira 19,300 tan produk aluminium, 2,200 tan produk tembaga dan 19,400 unit acuan aluminium yang dihantar kepada pelanggan antara September 2016 hingga Ogos 2017. Kobe Steel berkata, pemalsuan itu yang bermula sedekad lalu, berkemungkinan memberi impak kepada 200 syarikat dalam pelbagai industri.

Saham Kobe Steel menjunam 22 peratus kelmarin untuk ditutup pada 1,068 yen (AS$9.50). Pada pembukaan pagi semalam, saham Kobe Steel semakin turun 17 peratus. Adakah skandal ini melibatkan kenderaan yang dijual di Malaysia? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pengeluar yang terlibat.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply